CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 31, 2010

Cinta Itu Indah ?

Dalam perhubungan banyak yang perlu dikorbankan . Okay itulah mukadimah aku pada kali ini :) Baiklah entri kali ni aku nak berkongsi pendapat tentang perhubungan . Aku jarang tulis tentang benda nih kan kat blog aku , so kali aku nak trylah menulis pasal relationship . Okay apa yang kita tahu pasal perhubungan , dia ada banyak jenis hubungan antaranya hubungan dengan Pencipta, Ibu Bapa, Keluarga, Kawan-kawan, Kekasih dan masyarakat namun hubungan yang bakal aku sentuh ini ialah hubungan dengan kekasih . HAHA aku bukanlah pakar cinta atau DR cinta yang arif lagi bijaksana pasal benda nih tapi lebih indah dan molek rasanya jikalau kita dapat berkongsi sama-sama tentang pengalaman yang kita ada atau dari pembacaan kita sendiri .


Dulu, kawan aku pernah kata . U want something so u have to sacrifice something too . Betol ke camtuh ? Tapi kadang-kadang aku akui ada kebenaran disebalik kata-kata kawan aku tuh . Sebabnya kita memang tidak boleh TAMAK kan . Ehem yes dalam perhubungan kita memang tidak boleh tamak . Okay kenapa aku kata camnih ? Okay contohnya BF/GF kita sudah tentu mempunyai komitmen terhadap perkara lain jugak , contohnya seperti komitmen terhadap keluarga, pelajaran, tugasan , kawan-kawan dan banyak lagi . Aku fahami naluri perempuan yang inginkan segalanya ditumpahkan kepada dia sahaja . Tapi kita juga kadang-kadang kena fikir rasional dan harus mempunyai timbang rasa terhadap BF/GF kita , maklum la pasangan kita bukannya robot malah dia juga punyai tanggungjawab terhadap perkara lain jugak .Tetapi aku rasa lagi sweet dan comel kalau korang boleh memahami pasangan korang dengan bersikap GIVE AND TAKE , aku rasa mesti pasangan korg lagi bertambah-tambah sayang dekat korang. Dalam hubungan, inilah yang harus kita hadapi realitinya , sapa kata dalam hubungan itu semuanya indah , haha aku dah penah laluinya lah weh , time indah mmg kau pun syok la kan, cuba time kau gaduh haa indah tak indah lah kan baru kau tau tinggi ke rendah langit tuh . Sebabnya dalam hidup nih kita tak boleh nak fikir diri sendri jugak kita kena fikir keadaan orang lain . Okay aku cakap camnih untuk diri aku sendiri jugak . Aku sedar jugak lelaki memang sukar untuk difahami tapi sebenarnya tak susah nak fahami lelaki . Yang penting kita tahu cara dan teknik yang betol untuk memahami lelaki .


Next, cinta bukanlah seperti cerita-cerita FAIRYTALE yang salu kita tengok kat tv atau kita baca kat buku cerita . Aku dulu masa zaman muda remaja salu jer nak tengok cite The Rapunzel, Snow White HAHA , pastu dah besar sikit baca novel-novel pulak . Kalau dah nama novel , tentunya lelaki dalam novel tu umpama nya perfect habis gua cakap . Contohnya, punya kerjaya hebat, baik, beriman ,kacak, tinggi, kaya , dan semua ciri-ciri yang perempuan semua nak lah. Kau ingat zaman moden nih camnih ada ke lelaki yang camtuh ? Whoaaa susah sangat nak cari yang camtuh , maka nya aku pon bila dah besar bila pikiran dah matang sikit aku pon sedarlah diri , takda la pasang niat nak ada BF yang perfect camtuh kan aku sendiri pon tak seberapa kan so berpijak pada bumi yang nyatalah , terima seadanya sudah memadai namun adalah ciri-ciri yang penting dan perlu di ambil kira . Konsepnya bila kau dah bersedia untuk menerima seseorang dalam hidup kau itu bermaksud, kau dah bersedia untuk menerima dia dalam segala hal . Haa dalam hal nih , baru la korang semua akan nampak di mana ada kelemahan dan kekekurangan. Tapi hal ini bukanlah masalah besar , kalau korg pandai nak tolerate dengan pasangan korang segalanya akan berjalan lancar , ini juga akan menunjukkan sejauh mana korang pandai untuk menghandle pasangan korang itu sendiri :)


Okay last aku nak cakap untuk entri kali ni ialah , dalam perhubungan kita kena pandai nak amik hati pasangan masing-masing , yes itu lah dia . Aku pon kena belajar jugak dalam hal ini . Apa yang terjadi dalam keretakan hubungan aku mkin disebabkan adanya ego, tak boleh nak tolerate , tak memahami dan juga faktor2 yang lain kan . Okay forget it . Kalau korang nak hubungan korang kekal , pandai-pandailah amik hati beb, lelaki ni senang je , kalau korang pandai amik hati dia , konpem dia cair punya lah ! Tapi tak yah over sangat beringat-ingat lah jugakkan . Contohnya, katakan BF korang punyai satu hobby yang mmg korang tak amik port langsung haha cam bola, music ke BMX ke , korang pandai2 lah amik hati dia kan, tak suruh pon kau join sekali main BMX ke main bola ke kan , cukup sekadar bila dia ada tournament korang memberikan sokongan padu dan semangat kat dia, aku yakin mesti dia happy habis beb dan bersyukur punya GF yang memahami dan menyokong dia ! Ataupun bila masa dia nak meluangkan masa dengan hobi dia, korang tak yah mara-marah dia sebb dia nak spend masa ngn benda yg dia suka . DIa ada life dia jugak , tapi lelaki tak yah OVER jgak smpai nak melebihkan hobi dari gf korg kan sapa tak angin huk huk . Dulu aku penah jeles sebab benda ni la haha teruk betol kan mmg tak patot aku buat camtuh . Di masa akan datang aku akan berubah menjadi lebih baik wahaha . Takpa kita belajar dari kesilapan lampau ye .


Okay itulah sajalah untuk entri kali ini .Takpa lepas nih aku update lagi okay , lagi panjang lebar akan aku story yea !~

Saturday, October 30, 2010

Okay Aku Sedih Gilaaa

Huks, hari nih dah ahad . Weekend nih family aku datang , pg holiday dekat Plaza Hotel .
Semalam jugak lah bola Piala Malaysia , aku mmg tak tengok la kn, huk huk mengharapkan orang lain je yang bgth aku meh huhu . N9 kaloh yo , sodih sangat tuh . Semalam jugak aku jalan-jalan dekat Ikea dengan family aku , aku okay jelah ngehh cool kan walaupun sedang menghadapi konflik hati but then kita kena lah cool alaa aku dah cekal menghadapinya .
( Elehh cekal ke ain).

Aku terasa sangat down series . Tak tipu nih , haha but cam biasalah aku selalu act like nothing happen . Well aku sangat pandai bab cover-cover nih , wahaha ! Ehem aku tak tau nak buat apa dengan apa yang aku rasa . Nak mintak pendapat tak tau dekat sapa , yelah cam orang rajin pulak nak dengar masalah aku kan . Lgipon bukan aku boleh luah kat sembarangan orang meh .Ahhh so berdiam diri jelah menanggung perasaan sumpah tak best ! Diam jelah , buat-buat happy sikit dan jangan diikutkan sangat perasaan tuh !

Dah lah orang semua dah habis anta asemen jap lagi aku nih haa ada lagi satu asemen yang masih belum dilaksanakan . Fonetik . Tuh lah ain kan kau yang nak amik jabatan nih maka kau haruslah bersedia untuk menghadapinya , ohh yes aku tau semua tuh . Ahh series susah sangat aku nak siapkan . Adui sekarang dahh masuk Stdy Week , ada orang balik kampung , ada orang stay je kat kolej nih haa contohnya cam aku , tapi afta stdy week aku balik lah .


Okay petang nih aku nak main tenis , mkin dengan cara nih aku boleh release tensen tapi ....
ahh mana raket aku ?? Grr neal pinjam tapi dia pulak takda ahhh lagi bertambah tensen aku , i want my racket back ! huk huk . Apa nak buat petang-petang nih tak kan nak study ahh memang lagi GILA lah aku naty . Exam dah nak dekat tapi aku tak rasa aku nak amik exam , cam mana nih ? Mcam mana nak kekalkan pointer macam sem lepas ? Huuu okay ketakutan mula menyelubungi diri ini :( Ohh tidak tidak , aku harus membuat anjakan paradigma . Ini dah saat-saat genting nih hoho --------------> Jum bertukar !


ZZZZZZZZ .. apa nih nak tido ke apa ni ? haha entah pape okay aku nak buat sesuatu yang berfaedah okay have a nice weekend ppl :)

Ohh sebelum terlupa . 27/10/2010
... HAPPY BIRTHDAY ....


Sorry dapat wish kat msg je , i busy settlekan asemen .
I doakan u all the best okay exam nih :)
Semoga kegembiraan sentiasa berpihak pada u .
Semoga dimurahkan rezeki.
Semoga dipanjangkan umur.
I mintak untuk segala kesalahan i pada u .
Pls take care okay !





Monday, October 25, 2010

Segala yang berlaku pada hari ini ada hikmah apa pada masa yang mendatang


Hey , selamat malam semua . Okay hari nih aku takda class , seronok aku kat umah haha . Bangun2 jea terasa ada bau makanan best tak ? best kan kan ? haha . Pastu mandi , dah wangi smua elehh aku mmg wangi pon . Ngehh , okay pastu aku buat satu perkara yang mmg dah lama aku nak buat uhh , cuba teka apa ? hoho , Mempersembahkan puding . huk huk

Lama dah aku nak buat tapi tak sempat busy kot . kak raihan dah banyak kali tanya bila nak buat ain ? Aku kata haaa ye kak raihan naty ain buat , so tadi datang mood aku yang rajin tuh maka aku pon buat la yer . so , siap lah sudah puding aku kan . huhu . puding manggo esok aku nak suh budak2 nih jual meh . Then sepatutnya malam nih aku dah berjanji nak belanja kawan aku benjo , tapi sobs sedih sangat nih ,, aku tak dapat nak laksanakan sbb nya aku takda transpot nak g sana then bam dah sampai 10th pon tak kan nak susahkan dia , aku dah janji . SORRY sangat tak sengaja .

Baiklah , apa yang aku nak cerita hari nih yelah kita kena tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan . Memang kita tak mintak pon nak jadi cam nih , yelah sapa yang nak mintak jadi perkara yang kita tak nak kan ? Tapi inilah kehidupan , ALLAH knows better for us , kita hanya berserah dan berusaha ke arah tersebut. Ahh cakap mmg sng kan ain ? Yes aku akui la cakap mmg sng tapi itulah hakikatnya kan ? aku penah je lalui mcam-macam perkara dan ini membuatkan aku semakin memahami apa yang dilalui dalam khdupan .
Tapi tak kata aku nih hebat atau apa . tak sama sekali , im still in a learning process, banyak yang perlu aku pelajari dan fahami .

Kadang-kadang penah jugak rasa , ishh sedihnya kenapa kena camnih . kenapa mesti aku ? kenapa ? Okay biasalah ini semua biasa terjadi kan . timbul segala macam persoalan yang kadang-kadang aku sendiri tak dapat nak kasi jawapan nya . Humm aku suka biarkan masa yang menentukannya just go with the flow . Sebab aku tak nak bebankan otak aku dengan segala macam masalah yang banyak nih . Asik nak jaga perasaan orang kan habis sapa yang nak jaga perasaan aku , asik nak kena marah semua . Habis aku ? Haa cam tuh la konsep nya maka aku ambil jalan yang untuk melepaskan itu semua dulu sbb mkin aku nih tak cukup masa ke apa ke macam-macam sebab la kan . Tapi masa nya akan tiba just sabar jela kan . Sebab nya aku dah penat so aku nak rehat .


Bukan nak kata aku ego atau apa , mmg lah aku ego skit kan , tapi sbb apa aku jadi ego kan ? Tapi aku percaya ada hikmah utk segala apa yang berlaku . maka kita kna lah terima semua itu . Aku dah lalui dlu penat la kau nak kena jaga semua kan , jaga hati semua . Fine lah aku akui jugak mkin ada jugak salah aku , mmg ada pon . Aku akui my bad aku cubalah untuk mengubah nya insyaallah .
Tapi bila masa itu datang aku percaya untuk melalui nya kelak . Walaupun aku nih sebenarnya luar nampak je gigih jap lagi dalam aku over2 nanges . Tapi aku kena kuat , itu basicnya mudah dan simple . Tapi simple ingat senang ke ? Takpa sabar okay .

Salah tetap salah tapi sampai bila ur going to blaming urself , just move on . Masih banyak yang harus dilaksanakan dan tanggungjawab , apa yang terjadi hari ni pasti ada hikmah pada hari yang mendatang . Bersabar adalah segalanya , wlaupun sabar ada limitnya bukan . Aku bercakap bukan untuk orang lain jugak malah untuk diri sendiri . Okay .

p/s ; Tabah dan sabar ^-^ , lagu ni sedihh huk huk




Saturday, October 23, 2010

outing ;D


Okay semalam outing bersama beliau , huhu . Beli barang , duit pn banyak habis T-T
Ahh janji aku puas kan . best ! Kepada siapa yang tak dapat ikut padan muka . Konon petang yang nyaman dan indah kan kah kah . haaa mmg la indah , sila lah tido huk huk . hehe jangan marah yer :))


Kenali lapan bahasa tubuh wanita

Ngehh okay ini hari sabtu agak-agak nak buat apa ? hak hak okay bosan sangat tinggal aku dengan miss nabby je maka aku ada terbaca sesuatu yang agak menarik kan . so aku nak berkongsi lah memandangkan benda nih agak sama ngn apa yang aku selalu buat hahah ! jum kita terjah hehe :)
Lelaki selalu ingat yang perempuan ialah makhluk tuhan yang suka bercakap tak kira masa dan tempat kan ? tetapi lelaki juga harus ingat yang perkara nih boleh disangkal sama sekali apabila datang waktunya . kerana perempuan juga boleh kurang bersuara apabila dia tengah panas hati kan , maka lelaki haruslah tau hint hint yang akan diberikan oleh si gadis yer antaranya :

  • Lima minit
Haha , ini best sbb aku salu buat haha , okay kalau pmpuan cakap lima minit, maknanya korang semua kena tungguh setengah jam lagi . Perkataan ini selalu kuar bila ada temu janji ke apa-apa lah . aku salu je buat kalau kawan aku kata dia dah datang aku kata jap padahal lama gilaa dorang kena tnggu ksian haha , smpai mreka dah tau maka ambil langkah berjaga-jaga sebelum sampai dah call cakap dah kat bawah bila aku turun takda sapa cis ! berani btol buat aku tunggu hehe . Konsepnya , mereka cuba memberi gambaran sudah bersiap sedangkan ketika itu masih ada yang perlu dibereskan.

  • Tiada apa-apa
Okay , hati-hati bila dengar perempuan cakap camnih , mungkin ia kedengaran cam ayat yang selamat dan tiada apa-apa tetapi sebenarnya pempuan sedang cuba memendam perasaan . Dan biasanya perkataan inilah yang akan mencetuskan bibit-bibit percintaan eh salah bibit pergaduhan kecil antara kedua-dua blah pihak . Aku pon kadang-kadang suka jer cakap camtuh , haaa konsepnya perlu ke nak ulang banyak -banyak kali jadi cakap je takda apa-apa . sapa suh tak FOKUS hahah !


  • 'Fine'
Huk huk , okay perkataan ini salu jer aku cakap haha. kalau aku cakap perkataan ini orang akan tau lah apa mksud aku , tapi sapa yang rapat dengan aku jela ah kan . baiklah berdasarkan apa yang aku baca , perktaan ini merupakan perkataan kegemaran wanita apabila mereka penat dan ingin menghentikan pergaduhan. namun, itu tidak bermaksud mereka mngaku kalah tetapi hanya sekadar untuk menutup mulut supaya tidak mengeruhkan keadaan. Namun begitu , bagi lelaki jangan menjadikan perkataan ini sebagai satu tabiat ketika memberikan komen akan pakaian yang dikenakannya , kerana ini jelas menunjukkan yang korang acuh tidak acuh dan tidak ikhlas memujinya.

  • 'Mengeluh Dengan Kuat'
Mengeluh memang bukan satu perkataan namun dapat membantu memberikan gambaran mengenai wnita. Jika anda berdepan dengan perempuan sebegini, itu tandanya dia menganggap anda seorang yang bodoh. Pada masa yang sama , dia bermonolog sendirian dan bertanya mengapa dia mnghabiskan masa bergaduh dengan anda akan perkara yang tidak berfaedah.

  • 'Pergilah'
Baiklah , terdapat dua gaya dan intonasi yang boleh dilontarkan oleh wanita melalui perkataa ini. Pertama, jika dia mengucapkan perkataan ini sambil mengangkat kning sambil mengunakan suara yang agak tegas itu tandanya dia marah pada anda . namun sebaliknya jika dia mengatakannya dengan lebih perlahan, itu tandanya dia pasrah dan tidak mengambil kisah akan apa yang anda mahu lakukan . Maka korang semua haaa kena la pndai mengenal pasti .

  • 'Oklah'
Lelaki harus berjaga-jaga andai perkataan ini terpacul keluar dari mulut wanita kerana ia melambangkan situasi yang bahaya. Pada masa yang sama wanita akan berfikir panjang tentang apa yang hrus dilakukan untuk membalas perbuatan anda yang menyakiti hatinya . Huhu aku suka jugak cakap perkataan ini lalala .

  • 'Terima kasih banyak-banyak'
Haaa, perkataan ini agak berbeza sedikit dengan terima kasih sahaja. lelaki tak boleh perasan sebaliknya harus sedar betapa marahnya wanita tatkala dia melontarkan perkataan ini. Ada jugak yang cam sedikit sedihdan pasrah dengan apa yang terjadi so dia pon cakap lah camnih .
Pada masa ini juga si gadis mungkin juga tersinggung dengan perbuatan mahu pon kata-kata yang anda telah ucapkan.


  • 'Tolonglah'
Sebenarnya , wanita memberikan peluang dan ruang kepada lelaki ketika berkata 'tolonglah'. inilah masanya dan ketikanya untuk lelaki memberikan penjelasan dan alasan atas apa yang telah terjadi .
Hati wanita masih lagi terbuka dan lelaki mendapat keadilan namun jangan sesekali mensia-siakannya dengan membuat kesilapan memilih serta menyusun ayat . Memang berani lah korang dah dapat peluanng tetapi pegi bagi ayat tah apa-apa mmg laa angin kan .


Maka berakhir la sudahh tips-tips untuk anda semua , ini semua aku baca dekat majalh wanita credits to majalah ini .
okay Have fun <3

Friday, October 22, 2010

so sweet !

Soal selidik tapi tanya dulu itu lebih baik ~

Eyt , selamat malam semua . Hari nih aku dah cukup tido sbb nya siang tadi aku tido je setelah aku tido tak dapat untuk beberapa hari dah , mata aku sebijik cam mata panda dah okay . series tak tipu meh sobs . sampai pagi tadi aku terbangun lewat , aku tak sengaja kot mmg aku tak sedar . Waaa sedih sgt nih , banyak gilaa bnda yang kna buat asemen yang nak kena hantar , projek kat kolej , lega projek dah settle meh .
so aku dah free lepas nih tinggal dua asemen yang nak kena submit je .
Okay talking pasal orang yang nak selidik aku kan, haaa mmg la best kan ada orang amik tau pasal kau kan , tapi alangkah lebih baik kau tanya aku sbb nya tanya orang tuh , orang tuh lak tau pasal aku laa kan luar dalam . mereka tak tau sgt pon ,
pastu naty jadi cite ntah pape ntahh . lagi aku tak suka .

Ehem , tapi kiranya ada jugak orang nak amik tau pasal aku kan , hahaha lawak jugak rasenya .
aih aih jangan sampai salah sangka sudah , sbb nya naty bdosa maka lebih baik bertanya .
So, lebih baik tanya aku kan , tak salah pon aku takda nya nak marah meh ingat aku nih lak suka ke nak marah-marah , marah pada tempat nya saja , tapi kalau orang buat aku geram maka aku marah lah haha , tapi aku bukanla pemaraah orangnya ,


Akhir kata , bertanya lebih baik dari tuan badan sendri kan kan kan .

20.10.2010

Selamat hari jadi
my dad
yang tercinta
thanx for everything
membesarkan anakmu
dengan gigihnya
Semoga dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki
:))

Saturday, October 16, 2010

Jum sembang-sembang haha !

Hello, salam semua , apa khabar ? baik . okay bertemu kita lagi dalam rancangan cik ain pot pet haha apakah yang aku sedang lakukan hehe . baiklah hari nih hari sabtu aku kat rumah hehe . Yer saya balik rumah nampaknya yer , setelah lama tak balik disebabkan saya nih busy mengalahkan PA perdana menteri haha . berani ada budak kata aku busy kalah PA perdana menteri berani btol! Baiklah , hari nih saya buat homework yang sepatutnya aku hantar semalam , tapi semalam aku gigih siapkan asemen sosiolinguistik aku , perhhh nak nanges aku rasa nak menyiapkan nya . sampai tertido , adui . Gilaa lahh minggu nih mmg minggu yang amat memenatkan aku . Dengan APK dengan AFC , adui banyak sangat nih . pheww nak pengsan dah aku rasa . Camnih la rasenya bila kau takda masa utk menguruskan dri pon haha eh yeke ? iye iye je kau ain.



Betol apa . seyes aku busy sangat , asemen tok sah cakap gilaa banyak . aduhaii okay tapi aku bukan nak bercakap pasal tuh . aku hari nih nak membuka satu topik yang lebih hebat yang lebih menarik . Haaaa cuba teka apa ? wahaha .Ahakss aku nak berkongsi cerita jea . Cita nih biasalah kan hal-hal kehidupan .Kita dalam membuat sesuatu perkara mestilah kita soal selidik dahulu apa yang berlaku sebenarnya berlaku kerana itu adalah lebih baik yer kwn-kwan,bukan apa bimbang naty bila kita dah tersalah faham pasti itu akan menimbulkan syak wasangka bila dah syak wsangka maka ia berdosa , haaa kan tak elok tuh .


Saya juga bukan insan yang baik hati mahupun warak tetapi aku sama-sama mengingatkan diri aku jugak . Kalau betol orang tuh sayangkan kita no matter how beautiful girl yang datang dekat dia pasti dia mampu untuk menolaknya kerana dia sayangkan GF dia kan . hoho , aku nih takda niat apa pon , mkin salah aku jugak lah kot tapi aku bukanla gatal , kalau aku gatal aku boleh buat lebih dari itu tapi aku tak nak sbb nak buat apa tak berkualiti benda tu suma lagha belaka . tapi aku series takda niat apa sbb benda yang terjadi satu ketika dulu telah pon menjadi lipatan sejarah dalam hdup aku . Dan aku mmg dah lupakan nya okay , aku mmg tak suka nak amik hak orang nak buat apa tak ingin aku . Namun tak bermakna kita nak bermusuh pulak kan , lagipon bukan aku yang buat salah kalau nak diungkit balik ceritanya kan . tapi takpa hal yang lepas jangan dikenang lagi . kita kena berfikiran luas . Kita buka minda kita yer kawan-kawan . Kita jangan sekatkan minda kita dengan perkara-perkara yang tak baik . Tak berfaedah pon . Aku tak marah pon malah aku mintak maaf lagi , sbb aku mmg suka mintak maaf walaupun bukan salah aku kan , tapi takpa lah yang penting kita tahu apa niat kita . Mulut orang mmg boleh cakap macam-macam tapi dalam macam-macam yang mereka cakap adakah mereka sedar dan tahu apa yang sedang mereka cakapkan ? Jadi apabila kita nak bercakap atau menulis sekalipon kita haruslah mengambil kira perasaan orang lain yer bimbang naty orang tuh terasa ke apa ke haaa kan tak baik tuh .Huhu cerita nih tak ditujukan untuk sesiapa . Namun hanya sekadar untuk ingatan buat semua dan juga diri aku, mana tau aku tiba-tiba camtuh kan mana lah nak tau , so harus lah berwaspada . Harap takda siapa terasa . Sebabnya aku pon tak terasa dengan mana-mana pihak , biasalah tu kan lumrah kehidupan aku sangat memahami kompromi jangan bimbang :))


Wahaha banyak pulak yang aku membebel kan , tapi aku rasa puas bila aku dah cakap .okay selamat malam suma .
psst ; pelik bila benda yang remeh temeh nih jadi isu , haha chill babe :)

Friday, October 8, 2010

Selamat Datang ke dunia yang sibuk dan serabut



my group presntation < 3


that nite la kan i won haha !



Hello , salam semua dan selamat petang , Okay aku sedar its such a long time that im not update my blog to writing over here so sad aite ? But what i can do i have been so busy lately until go not time to update my blog . Ehem , sangat serabut sangat kusut sangat kelam kabut dan sangat macam-macam . Penat tkejar sana sini . haha but its life baby be chill and enjoy it okay but still have a limit and thats a must !


Okay , Hari tuh aku busy dengan presentation oh . sangat lah kelam kabut nya sebab nak buat dua presentation kan dalam masa seminggu , Fuhh hebat terbaik mmg mantap ! haha , gilaa apa nak serabut kepala otak aku kan , nak kena present lagi kan jadi ustazah pulak tuh haha mmg laa aku nih layak jadi ustazah kan sapa lah aku ni hanya insan biasa kan humm bnyak kekurangan pulak , yes aku cuba memujuk gelora hati ini haha cewahh , so alhamdulilah okay lah semua nya , aku present ala ala jadi ustazah kan dengan jubah bagai hiks semua terkjut melihat penampilan aku alaaa apa salahnya kalau kita jadi camtu kan .
hoho mungkin aku akan berpenampilan sebegitu satu hari nanti :) Insyaallah .


Okay , aku tahun aku masuk SUKMUM , cis bajet cam laa kau STAR kan , haha . ishh tak lah aku biasa jer tapi saja nak msuk dan cari pengalaman since aku dah tinggalkan sukan netball for a long time semenjak darjah 6 haha , then msuk UNI barulah aku nak bejinak-jinak balik , Netball adalah antara sukan yang aku ceburi meh , sebelum TENIS :) so aku menjadi netballers untuk koleh aku nih haa , busy la jgak kan penat bila training wlaupon kita orang tak berjaya memenangi apa -apa game , tapi takpa still boleh cuba tahun depan okay . Antara kekurangan yang aku rasa kita orang tak banyak training , sukan nih kena hari-hari training baru la kau btul2 power , sama cam tenis dulu aku stiap hari training barula aku boleh improve my perfomance .
so sama la cam netball nih jugak .


Oh habis dua kisah aku kan ,next haha , okay kita tinjau kepada agenda seterusnya pula kan .
selain apa yang aku cerita kat atas, aku jugak agak busy dengan projek kat kolej heww , Hari tuh baru je berlangsung Festival Aidilfitri Bestari , haha dan kami JKPAI menguruskan gimik meh tuh yang agak busy skit kan . haaa aku pulak jadi runner FM , so kena laa buat macam macam benda ini kan melibatkan satu kolej tuh laa yang cam banyak keje nak buat . Tapi satu jea yang tak boleh blahh , aku sebgai antara ajk yang bertugas malam tuh jap lagi benda lain pulak yang aku dapat haha . aduii apakah ? Guess what ? Aku dapat best dresses haha tapi aku pakai biasa je pon , jubah one , haha , ala ala muslimah gitu . ada jugak yang kata cam minah arab jer kat china , ayoo aku pon tak faham , its suprised me a lot jugak , malu wei maluuuu ~
hahaha . Tapi alhamdulilah la okay mkin rezeki aku kan . heee :)


Lepas tuh pula , kembali dengan demam AFC haha , okay busy busy memanjang . aku pon dah tak larat bila lah nak hbs suma bnda alaa nih kan aihhh . Aku dah tak sabar rasenya kan . hoho. cepat lah cepatlah , huhu . hummm ,
Aku rasa dah tak terurus sampaikan nak makan pon kadang2 takda msa uuuu sedih jer rasenya kan :(
tapi bleh la kurus kan aahhh kurus la sangat kan !
Ohh yaa one more thing , aku rase sedih sangat nih , my fav things yang sngat berharga itu telah hilangg sobs sobs apa nak buat ni ? aku dah cari dahh tapi tak jumpa pon , wuuu sedih sangat nih tak tau nak buat apa , hanya mampu bersedih dan berduka ditambah pula dengan kedukaan -kedukaan yang lain , but like i said kita haruslah tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang melanda ini hanyalah ujian dari ALLAH Swt kepada kita kan .

Okay ain chaiyokk !