CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 29, 2011

Cara-cara supaya hubungan korang tidak renggang .




Hello ladies and gentleman . Assalamualaikum dan selamat malam saya ucapkan . Kepada yang da tido tuh haaa , selamat tidur la ye. Hey awal nye korang tido hahaha . Okay hari ni aku nak update blog . Why-so-mengada-ngada , hahaha biarlah aku nak update . Pastu aku nak update pasal relationship jea pulak tuh . Kah kah kah , lagi sekali aku cakap biarlah . Ini kan blog aku . Hahahaha wink wink . Hari ni aku nak share cara-cara supaya hubungan anda tidak renggang . Aku spesifik utk pasangan yang berbahagia la ye ngehehe ;). Hahaha , aku nih da macam DR . cinta kan . Alaaa bukan apa , ini sebenarnya proses pembelajaran tau belajar-untuk-hidup . Aku banyak baca-baca so aku nak kongsi la berdasarkan sedkit ilmu di dada dan sedikit pengalaman yang tak seberapa ni huhu . So here it is ngeee .

  • Buat aktiviti bersama-sama
Okay , kenapa aku kata cam ni ? Baiklah , ini sebenarnya supaya korang tak bosan dalam perhubungan korang . Haaa tak kan kan la setiap kali dating je , pegi jalan -jalan mall , pusing-pusing tgok benda yang sama . Oh-myyyyyyy-sangat-tak-best ! Hahaha , so cadangan nya korang pegilah tengok movie ke.Okay sebelum tengok wayang tu kepada couple yang rajin buat research atau study movie , korang tengok la dlu trailer cte apa yang best , cite yang trbaru . So naty dah sampai depan panggung , takda lah masing-masing dok bertanya ,nak tegok cte apa . Dialog biasa ," alaa ikut awak la saya mana tau hahaha " . Dok tanya pasal nak tgok cte apa je da lah bapak lama dan buang masa , ini kepada yang kaki movie la . Hehe , Okay banyak lagi aktiviti lain . Contohnya , pegi jogging , main kayak , ice skating hehe ,main tenis , sukan extreme ke hahaha dan banyak lagi . Sambil-sambil tu dapat jugak menyihatkan badan ye dak ? HAHA . Seronok je buat aktiviti bersama nih , kita boleh kongsi sukan yang kita suka kan . Katakan i suka main tenis , minggu nih main tenis , minggu depan ikut u lak, suka main apa . Jangan main permainan yang nakal-nakal dah la yer , bukan apa belum halal lagi HAHAHA , sabar okay =.= . Bila buat aktiviti sesama nih takda la hubungan korang tu suram je , tak seronok . So bila buat macam ni , disamping dapat merapatkan hubungan kita , dapat jugak buatk aktiviti yang berfaedah kan . Orang kata macam sambil menyelam minum air , jangan lemas dah la hehe .

  • Seterusnya , ialah saling memahami
Huk huk , okay memang la benda ni senang nak cakap kan . Well , sebagai seorang lelaki dewasa dan perempuan dewasa kalian haruslah matang dalam menjaga hubungan korang nih , yelah benda ni mmg susah, tak mudah tapi tak susah jugak kalau ada nya sifat faham memahami. Katakan lah korang nihh jauh , nak jumpa susah . Dah la jauh , sibuk pulak tu dengan aktiviti harian . Okay jangan salahkan dia , dia mungkin memang betul-betul sibuk . Kita sebagai pasangan bagilah dorongan kat dia bukan hentaman . Kadang-kadang memang nampak macam dia tak perlukan anda sebab dia busy tapi sebenarnya kekangan masa dia yang busy buatkan anda nampak macam tu walhal dia mmg perlukan anda . Oleh itu , dua-dua pihak kena saling memahami , tak boleh nak harapkan sebelah pihak . Kalau ada masa terluang tuh , janganla tak layan pasangan anda , sebaiknya call la dia walaupun sekejap , mmg tak harapkan perhatian selama 24/7 tapi sekurang-kurangnya dia tahu anda masih perlukan dia .Lepas tu bila da jauh macam-macam la cabaran dan halangan akan terjadi . Komunikasi adalah yang terbaik dalam hal nih . Jumpa dan bincangkan apa yang tak puas hati dan cari jalan penyelesaian bukan dengan sikap saling menyalahkan dan mengungkit . Perkara tu tak akan ke mana guys believe me ! So faham pasangan kita , kasi meseg yang ringkas pun dah cukup asalka comel dan bermakna ngehehe ;)

  • Next , berkongsi dengan pasangan anda .
Berkongsi dengan pasangan anda . Tak kisah lah cerita apa pun. Sama ada apa yang anda lalui ke , masalah ke , apa saja lah . Asalkan kita berkongsi dengan dia , kita bgitahu dia apa yang berlaku ,dengan cara nih boleh merapatkan hubungan kita . Sebab nya kita berkongsi dengan dia , dia tau apa yang kita rasa . Agak-agak kalau tak mampu nak call , internet adalah jalan yang mudah dan murah boleh YM , Skyping dan sebagainya , gunakan medium yang ada ini dengan sebaiknya . Yang penting kita berkongsi apa yang kita rasa dengan pasangan kita . Alaaa biasalah mana ada pasangan yang bahagia tanpa ada gaduh-gaduh kan . Gaduh kejap pastu baik lah kan saja nak mengada-ngada kata orang hahaha . Kalau gaduh tuh teruk sangat , jangan takut nak ucapkan perasaan sayang kita kat dia . Dengan cara ini , boleh lembutkan hati dan perasaan yang tengah marah durjana tu huk huk . Ingat balik , betapa susahnya korang mengharungi dugaan dan cabaran bersama . Ingat balik saat bahagia anda dan pasangan anda , insyaallah baik la lepas tu . Jangan la ego sangat kn , sikit sikit da la . Haaa aku dh belajar nih , jangan nak ego sangat , maklum la ego tu tak ke mana pun huhu .Dan tak semestinya berkongsi perasaan je , kalau bab-bab duit pon boleh kongsi la jugak . Yelah kalau yang masih belajar tuh kita pun nak guna duit utk belajar , so kalau makan ke , kita share la sama -sama kan , tak kisah la apa-apa pun , toksah nak dok berkira sangat lah huhu .Seronok je kongsi-kongsi ni hahaha .

  • Jangan putus asa guys , come on .
Ahaaa , kita jangan putus asa dengan pasangan kita . Ingat , memang tak mudah bila ada nya pergaduhan , salah faham dan sebagainya . Tapi kita jangan putus asa utk fight nak dapatkan orang yang kita sayang . Jangan la bila gaduh sikit nak break , nak clash . Come on la , cari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah . Bincang baik-baik , kemudian baru buat keputusan . Kalau ada yang kata break adalah cara utk menguji, its just not the way . Ingat clash boleh menyelesaikan masalah ke ? Bincang macam orang dewasa yang mempunyai akal yang matang bukan macam budak-budak okay .Yang penting , just dont give on each other . Melainkan kalau dah cannot go sangat dengan pasangan korang . Okay just go . Kalau bersama pun dah tak guna kan kalau hati pun asik sakit je . Tapi yang penting kita ada nya usaha utk pulihkan keadaan . Kalau kita sayangkan orang tu , kita cubalah dapatkan dia dengan cara yang baik . Kita tak berhak tentukan dia patut dengan siapa , biar dia yang pilih dia nak bersama dengan siapa kan , inikan soal hati dan perasaan .Yang penting , jangan putus asa mungkin adanya kemanisan disebalik kepayahan yang dialami .






  • Berdoa .

Akhir sekali berdoa lah kepada yang Maha Pencipta kerana Dia selalu mendengar . Kalau betul dia pasangan anda tak kemana kan . Insyaallah ada jodoh tak ke mana. Setelah berusaha , kita berdoa lah semoga mmg benar dia adalah jodoh kita . Kita hanya mampu merancang selebihnya kerja ALLAH SWT , dia lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambanya . Yang penting kita kena redha walaupun apa pun terjadi . Kalau hubungan berkekalan alhamdulilah lah kan , kalau tidak berkekalan kita redha lah . Walaupun susah nak terima tapi kia kena redha . Sebab Tuhan tahu yang terbaik , segala apa yang tertulis itu ada hikmahnya kan .

Jadinya, itu sahaja coretan dari aku utk malam ni . Hahaha semoga ada manfaatnya . Selamat malam rawr ;)

Monday, May 23, 2011

Transformers 3 Dark of the Moon Teaser Trailer - Official (HD)



Gah , aku tak sabar nak tgok cite ni weh . Hahaha . Nih adalah antara cite fav aku teheee . Ahaks tak silap aku cte nih kuar bulan Jun naty . Hoho . Ehem hari tu aku baru tengok cte Transformer 2 waaa aku cam kagum walaupun da tengok cte tu kan . So , aku sangat tak sabar nak tengok yang ketiga lak hahahahah !

Okay tu je nak cakap bye suma ! Take care ;)

Wednesday, May 18, 2011

LOVE


Mencintai bukan saja mencintai kelebihan seseorang
tetapi juga mencintai kekurangan seseorang itu
with love,
NA

Being in a relationships is not easy .


Gahhh , tetiba aku nak cakap pasal nih . Ahaks , semua orang tau nak bercinta je.Tapi semua orang tau tak dalam bercinta itu tak semuanya indah dan bahagia . Kalau time kau suka grmbira okay lah, tapi kalau time kau baling periuk senduk segala , haaa okay tak okay la time tuh kan . Well , tuh la tak semua nya tau nak musahabah atau cari kesilapan diri sendiri . Come on benda ni sangat common kan , kalau korang gaduh masing -masing akan saling mengungkit , ungkit cte bukan kemain , tanak mengaku salah , nak cari salah orang je , iye besela tu aku sendri berada dalam situasi yang sama kadang -kadang haha. Susah nak cakap . Keadaan sebelum dan selepas bersama tak akan sama . Akan ada je yang tak puas hatinya , tapi dah sayang kan . Nak buat macam mana , kecai tak kecai , kecewa tak kecewa itu jugak yang kau nak . Gaduh nih kadang-kadang seronok sebab dapat merapatkan kita tapi kekadang pon tak bagus jugak .So kita kena la main peranan masing-masing supaya perdamaian dapat dihasilkan ;)

Okay , berada dalam perhubungan tak mudah and yet you want to have a partner ,nak ada orang sayang segala, kau da fikirkan masa depan kau . Yes , aku admit perkara tersebut , mungkin ramai yang kata muda lagi kan buat apa nak tergesa-gesa . Pada usia aku yang da hpn 22nd ni aku mmg da fikirkan masa depan aku semua , iye aku hanya mampu merancang dan ALLAH la yang menentukan semuanya . Cuma fokus kita mestilah belajar dulu supaya dapat menjamin masa depan yang baik Insyaallah .

Manusia memang diciptakan berpasangan . Cuma macam mana kau nak handle pasangan korang . So kat sini aku nak bagitahu la agak-agak apa yang kita nak buat kalau bergaduh ke apa ke. Sebab macam biasa , manusia mmg akan nak menang je , tak nak mengaku kesilapan diri sendiri ego la katakan , baik lelaki atau perempuan semua ada ego masing-masing tayah nak tipu lah ye . Hahaha .
So here ada tips tapi takda la hebat sangat pon hahaha .Tak kisah lah yang baru nak being in relationship , atau yang dah lama , atau yang asik tukar gf/bf segala kan . Huhu .

  • Kita cuba selami dan mencari apa punca korang bergaduh .
Okay , sedangkan lidah lagi tergigit kan , inikan pulak manusia biasa nih haa . Come on guys . Masalah nih mmg semua orang ada , kalau tak ada masalah bukan manusia la namanya kan . Haa , masa nak mengorat bukan main lagi kan , ayat nak manis macam nira . Bukan main macho , sopan santun , senyum pn memalu segala haha . Adui , perhubungan berlandaskan kepercayaan dan dimulakan dengan persahabatan. So just be urself okay . Aku tanak nanty masa berkenalan , suma tanak tunjuk TRUE colours of u , naty bila da bersama ,high expectation , tapi sebenarnya yang korang harapkan tuh takda pun lepas tu akan kecewa lah. Kan susah kalau macam tuh , maka jadi la diri kita yang sebenarnya , supaya orang tuh dapat terima diri kita seadanya kita . Tak kisah la kau annoying ke apa pn , dia akan terima kau seadanya kau . Cuma kita behave la bila masa yang kita rasa perlu . Be fair utk pasangan korang okay . Mungkin ada yang dah terlalu lama dalam relation korang akan get bored and sebagainya , aku rasa korang perlu ada gap utk jarakkan hubungan korang supaya feel macam korang baru couple bole datang balik . Dan cuba variasikan hubungan korang dan ingat usaha sebelah pihak tak kan berjaya tanpa ada adanya sokongan dari sebelah pihak lagi . Ini apa yang aku belajar dari pengalaman . So cuba cari kat mana silap dan jangan asik nak salah orang lain je tgok dlu apa silapnya kat diri kita nih haa then cari jalan penyelesaiannya ;)


  • Jangan cepat terasa / jeles / atau seangkatan dengannya .
HAHAHA ! Okay ini sangat lumrah ye , even aku sendiri pon macam nih . Susah sikit bab ni, sebab nya kalau pempuan nih dia mmg sensitif plus cepat terasa semua kan . Well , lelaki pon ada je kadang-kadang jeles tak kena tempat dan tak patut pon nak rasa jeles biasalah lelaki pon ada perasaan jugak kan . So aku tanak salah sesiapa sebab dua-dua pn sama . Apa yang penting kat sini ialah kepercayaan macam yang aku cakap tadi . Korang kalau setakat couple jea lama kemain tapi takda nya kepercayaan antara satu sama lain boleh blaa lahhh jugak ! Huhu tak guna jugak macamtu kan . Cemburu mmg tanda sayang , tapi janganla cemburu yang membabi buta takut naty mudaratkan diri masing-masing . Trust la kat pasangan korang ye .

  • Kalau tak puas hati bagi tahu je terus terang
Benda nih kan kadang-kadang susah nak bgth , yelah kalau aku pun tak semua benda yang aku tak puas hati aku nak bgitahu , kadang-kadang aku nak dia tau sendiri , tapi kalau tak bagitahu macam mana dia nak tau kan. HAHAHA . Tapi yang lelaki pon kena la ada effort , pegi la pujuk . Adui suh pujuk je pon , kau amik la hati dia . Bukan susah sangat , janganla kejam sangat , orang tuh tengah tak puas hati kau tinggalkan dia terkontang-kanting sorang2 . Yang pempuan pulak tayah lah nak majuk lelama sangat kan orang tuh da pujuk kau pn terima lah. huk huk , Pempuan bukan la nak harapkan apa sangat cuma nak kan perhatian je yelah manja katanya ye hahaha . Kekadang mmg benda simple je pon , contohnya , tak angkat call utk amik kat station bus ( mungkin tertido ) , well takda la marah . Tapi atleast alert je kot , kalau penat bagi tahu awal-awal so boleh la guna alternatif lain . Boleh je berdikari jangan risau la . Hahaha . Banyak la contoh lain , misalnya tak ingat birthday ke apa ke , walau pun bnda tu kecik tapi mendatangkan kesan yang besar . So just tell if kita tak puas hati dengan sesuatu perkara . Iye mungkin kita akan terasa sakit waktu perbincangan tu but at the end benda tu akan settle dengan baik . Yang penting kena ada tolenrasi , janganlah dua-dua pon nak ego jugak kan . Sorang kena jadi COOLER bila sorang lagi tengah HOT , ngeee .



Ngee , itula jela yang boleh aku cakap kat sini . Utk side saya sendri , mungkin saya pun ada kekurangan , bukan mungkin tapi mmg ada . So saya pon bukannya sempurna jugak harapnya boleh terima diri saya seadanya saya , dan saya akan terima awak seadanya awak jugak . Faham , kita bukan saja mencintai kelebihan seseorang itu tapi jugak kelemahan dia , Tapi apa yang boleh di ingatkan kat sini , berubah ke arah kebaikan tidak mengapa utk menjana masa depan yang lebih baik dan cerah . Ini just a bit pandangan daripada aku okay ngeee dan juga pengalaman yg tak seberapa hahaha , pape pon mintak maaf kalau ada yg tak puas hati ;) .Okay last but not least peace , sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya dan yang baik datang nya dari ALLAH SWT .
with love , NA .

Sunday, May 15, 2011

Terima kasih semua

Guys , thanks a lot okay ;)
sayang korg <3



Thanks jugak kat korg okay . Especially cik nab selaku rumet
saya , alec , lili , roy , pojan and most important farid afiq ;)


Oiii korg haha ! Tenkiu sangat
aku sangat gembira !
En popo jugak
Maseh ye , yus skali tau sorry takda gamba .

Okay , terima kasih kat korg semua ye . Semua yang wish jugak . Saya da masuk 22nd hahaha . Da dewasa . Harapnya perangai saya jugak dewasa . Doakan yang terbaik ye untuk saya . But then guys , im so happy . Thanx a lot ye .

Ngee , semua yang celebrate my besday . Tenkiu bebanyak. Sayang korg <3
Especially farid afiq , tenkiu tau ! ngeee <3

Monday, May 9, 2011

Im just not good enough babe .

Hoi , selamat petang . Assalamualaikum semua . Hahaha , takda keje kau petang petang yang murni lagi baik , lagi indah sonok nak main game kau nak hoi hoi org kan , tayah nak hoi sangat ! Okay petang yang tak berapa nak seronok sebenarnya . Huhu isk isk T-T . Sedih weh dan bertambah pilu okay . Ngaaaa . Jum main game , kalau lah aku nih mmg kaki game mesti bahagia hidup aku kan ? Tapi masalah nya sepatah haram game aku tak layan , harapkan game bubble yang tak seberapa tu bai , apa je yang kau boleh buat dengan game tuh ? Huk huk .

Fine , finally. I know the result okay . hahaha , yeahh im not good enough . Fine la , boleh terima , mungkin aku tak cukup bagus kan . Di usia yang muda nih , pengalaman pun kurang semuanya pun kurang . Sedih jugak rasenya kan . Takpa la kan dah cakap tak semua benda yang kita nak kita dapat , kau jangan nak yakin sangat ain , tapi harapan dan cita-cita tuh ada kira okay lah tu wuuu . Gahhh tapi sedih tetap sedih jugak . Tak tau kenapa , sedih bertambah pilu disebabkan faktor -faktor lain jugak . Sobs , dahhh enough ! Tak payah nak sedih sangat ye .


...............................................................................................................


Btw , sem nih da nak habis . Sedih weih aaaa sedih lagi . Hahaha , cepat je masa berlalu . Wlaupun exam ada lagi 2 paper , kau jangan nak berangan sangat ain . Kah kah kah . Lpas ni tak jumpa dah . 4 bulan ? Matilah aku , kalau tak da alat bantuan pernafasan pink tuh ? Hahaha . Yeay rahsia terbongkar . Malu mmg malu , tapi alang-alang dah terbongkar takpa bongkarkan je terus lagi pun benda betul kan . Walaupun owner alat bantuan pernasafan itu merupakan kekuatan saya tapi dalam masa yang sama dia jugak turut merupakan kelemahan saya . Yeahh itulah kebenaran nya , saya tak kuat nak hadapinya . Tambahan pula , sikit-sikit saya rasa asek nak tacing je wahahah . Euw euw .

Lepas ni nak msuk final year , oh myyyyy . Im not ready yet seriesly . Tetiba je rasa da final year cane nih huk huk . Adui , segala suka dan duka semester ini telah pon saya tempiaskan kepada orang-orang disekeliling saya yang saya sayangi termasuk kawan kawan dan the special one . Terima kasih diucapkan terutamanya FA terima kasih bebanyak ye . Tanpa kalian di sisi i dont know how i would survive it alone . Huhu , gahh tacing nya ucapann . Lalala . Bermacam dugaan dan halangan yang dihadapi dengan hati yang sedikit tabah ye. OKAY dah jangan nak sedih je tau . Tapi kalau tak happy macam mana nak buat buat happy . Yelah apa guna nya kawan kalau kita tak tempiaskan kesedihan dan kegusaran kita ye dak ? Hum hum .

Btw , terimas saya ucapkan kepada semua . Walaupun exam saya tak habis lagi , maka sila lah mendoakan kan dan meredhai saya ye , ngeee . Saya mendoakan kalian berjaya jugak . Ohhh .
Okay last but not least , hargai orang yang ada di sekeliling kita ye . Once dah takda kau jangan nak meracau-racau cari dia lagi . Iye tuh nilai murni yang aku belajar pada petang ini .
Okay doakan saya . Daaa ~