CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 30, 2010

home sweet home

Selamat pagi semua. okay hari nih sgt indah begitu pagi sekali haha bangun awal sgt nih !
sbb nya aku da tadik tdo awal. ohh semalam sampai rumah jugak thanx tak terhingga kat farhah dan adiknya kerana sudi anta aku nih kat bukit jalil. kalau tak mesti aku da meraung dahh. itu pon dah nages kalau tak pat balik. maklumlah duk kat ngeri orang. kl pulak tuh. sebatang kara, takda sapa. sedih sgt laa. sob sob. lagi sedih kalau tak pat balik bila dgr suara mak cakap takpa laa kalau tak pat balik. naty kamu sesat lagi susah sapa pulak nak tolong. ayah aku pulak takda outstation wuuu. tapi aku pon mmg da tekad nak balik mggu nih ! so balik walau apa cara juak pon. aku memang tak reti sgt kl nih. aku dari dulu mmg agak bergantung. aku tak reti nak naik bus ke apa nih, bukan nak kata aku manja. tapi aku dari dulu kalau g mana mak ayah anta tak pon g guna transpot sndri. so naik train pon bukan pndai sgt mmg kampung kan aku? huhu aku nih satu mmg agak penakut ! lagi-lagi kat kl. aku dulu cukup tak suka g pudu tuh. aku sgt rasa tak secure. rasa setiap yang memandang tu cm nak makan aku. huuu takut. tapi skrang aku belajar. tak bleh nak mengharapkan orang. kau kena buat sendri. so aku pon tekad buat sendri walau ada yang tak percaya tapi itulah yang aku buat and aku mmg takda pilihan.


Oh result HE da keluar. boleh tak cm tuh? aku tak habis exam tapi dah kuar result pulak . hum aku takut sgt nih dengan paper yang lain. oh tidakkk.. kuatkan semangat aku ini ! itulah yang terbaik ouhh. Ngehhh humm boleh tak nak cakap. hum semalam sedih gila bila ingat tak dapat balik. lepas ada pulak yang marah-marah. what do u expect? mstilah sedih kan aku memerlukan jalan penyelesaian bukan nya memarah pulak. ntahlah sakit pale ohh. aku balik nih nanab berry mesti sedih kn. jangan cmtuh awak. sabar yea. awak kena belajar. ohh yea saya da lama tak nampk sorang kwan baik aku nih. hum dia asek megurungkan diri jea. aku doakan yang terbaik ye utk kau ! maafkan aku kalau aku ada buat salah ke apa. aku tak tahu knapa kau menyndri skarang nih. aku nak tnya tapi aku takut. takut naty kau tak slesa tapi kalau kau perlukan kwan utk bercakap i always there for u. aku sayang kau sgt irma !

Yes, okay berbicara pasal apa yea. aku nak cite nih. actually aku bukanla suka sgt nak nages sgt depan public nih. series tak suka.tapi kalau dah sampai satu tahap yang buatkan aku rasa sgt sedih tertekan dan sebagainya dan dengan kuasa apa ntah ia mampu meruntum hati aku lalu membuatkan air mata aku mengalir tanpa disedari. yes aku memang kuat cengeng. dari kcik lagi. suka merajuk. kalau mak ayh tegur skit nages. apa skit nges. suma nak nanges ! so sikap itu aku terbawa-bawa smpi kat U. ada orang marah skit aku msti terasa. aihh susahkan cmnih?
so sekarang aku telah merasakan aku kena mengawal emosi aku supaya tidak nampk lemah.
jadi kalau apa pon berlaku haruslah aku menjadi lebih kental termasuklah dengan perpisahan atau apa jua sekali pon bukan? haruslah tabah menghadapi.


Sekarang. kami kawan yang selalu bersama tuh. dah jarang bersama. hum ntahlah adakah juga tidak serapat dulu? tak tahu siapa yang akan jawab persoalan itu? tak tahulah biarlah masa menentukan semua nya. :((
Lepas naty ada pulak orang kata saya hanya mementingkan kawan. tidak kah anda faham bahawa disini hanya ada kawan bersama saya. keluarga saya jauh. yang saya ada hanyalah kwan. mereka la tempat saya bergantung. kalau saya tdak punya kawan. kalau saya mati naty sapa yang tlg inform orang lain. jadi lebih kurang cmtuhla konsepnya kn.


Sekarang juga aku belajar taknak terlalu mengikut perasaan yang terlampau tuh. maksudnya jngan dilayankan sgt. ikut rasa binasa ikutkan hati mati ! haa mcm tu la yer.

Okay bersambung kembali. post ini telah disimpan dulu sebab aku g kuar ngn mak aku haha, g shopping. banyak sangat sale nya tuh haha baby berry sila sila dan sila jeles ! :))
wohh pnat sgt nih ! mengantok uhh. huhuhu. oh yer paper lepas aku ada belajar pasal budaya ekspresif . budaya ekspresif ialah satu bentuk pengluahan persaan melalui pelbagai media seperti drama, nyanyian, tarian, pantun, syair dan sebagainya. ini sebagai medium untuk meluahkan perasaan kita. apa yang kita lakukaan itu mempunyai perlambangan nya yang tersendiri. oleh itu, sekarang nih aku melihat blog juga sebagai satu tmpat pengluahan perasaan.

Aku rasa aku dah jatuh hati kat seseorang !

Buat baby berry, sila jangan sedih semasa ketiadaan saya haaa. abg kan ada. hehe kamu bacalah buku hahaha. naty saya balik yer muaahhahaha sayang kamu okay!







Tuesday, April 27, 2010

kepentingan kepandaian memasak !

Hoo yeah tetiba saya mempunyai idea utk post mengenai perkara ini ! hahahah. okay baiklah dulu saya mempunyai satu pemikiran di mana perlu ke belajar masak bila mak saya suruh saya belajar memasak atas dasar naty bila dah kawen senang. haha so saya cakap kat mak tapi "ain bukan nak kawen dalam masa yang terdekat pon" jadi adakah ini bermakna saya hanya perlu belajar memasak bila dah nak kwen jek? haha. jawapan nya tidak tidak. kita kaum perempuan memang harus dan perlu dan wajib belajar memasak. hehe supaya menjamin kehdupan yang harmoni dan aman. cewahh ayat tak bleh blah !

Ngee baiklah disini saya nak gariskan beberapa kelebihan kalau kita nih pandai memasak hehe :)

1) Pertama kalau kita pandai masak menjadi kelebihan kat kita sebabnya kalau kat rumah takda siapa ditambah dengan perut yang sangat lapar nih maka adalah menjadi kewajipan kita untuk menjenguk ke dapur tuh haha ! bukan la mnjenguk jek kena la masak sekali meh. oleh itu, bila pndai masak maka perut pon terisi kan hebat tuh :) tak perlu membazir duit nak ke kedai bagai kan.

2) Kedua, bila kita pandai memasak maka kita nih kira menjadi pilihan lelaki-lelaki yang hensem lagi soleh diluar sana tuh ahha ! konon lah. tapi betulah rata-rata lelaki pon nak wanita yang pndai masak. yelah kalau aku pon letih ler hari-hari mau makan luar, bakalan baiklah kwen dengan mamak kat kedai tu kan huhu. tapi yang lelaki pon tak yah nak demand nak yang pndai masak semata bukan apa kami nih sebelum kawen busy dengan tanggungjawab sosial yang lain lagi maka tak la power sangat masak memasak nih kan tapi mkin kalau dah kawen kehebatan kami dalam memasak makin terserlah suami pon makin sayang tak gitu? haha !

3) Seterusnya, kalau kita pndai memasak boleh la kita berniaga kecil-kecilan kat depan rumah kan sambil mencuci mata haha tak salah kan. sambil menyelam minum air. agak-agak kalau ada jejaka hot lalu bleh la kenyit-kenyit mata di sambil kita dapat buat duit, lagi-lagi kalau makanan yang kita jual tuh sedap dan puas hati orang msti akan dtg lagi la i tell u ! orang kalau bab makan nih tak kan berkira sangat meh . buktinya ayah saya sendiri begitu huhu. jadi apa lagi, mari kita belajar memasak. :)

4) Kalau kita pandai masak mesti orang sayang lebih kat kita punya. mana tak nya. kalau orang tu merajuk ke apa ke. kita masak lah yang sedap-sedap kat dia kasi dia cair sama kita huhu so msti orang tuh sayang gila kat kita punya lah siap puji-puji lagi tau ! jadi itulah kuasa air tangan seorang wanita hebat bukan?

5) Selain itu, menjadi kebanggaan keluarga bila kita pndai memasak. katakan kita dah kwen kita selalu masak bagi anak-anak kita bawak bekal kat skola maklum lah lebih terjamin dan save bajet juga. kita kena ajar anak-anak kita supaya jgn kedekut dan sharing is loving. so anak kita pasti akan bkongsi makanan dia dngan kawan dia. lepas tuh, kawan si anak nih msti memuji wah sedap nya siapa yang masak nih? anak pon dengan bangga berkata mestilah sedap mak aku yang masak tau ! hehe yeah satu kebanggaan di situ namun begitu kita tak boleh juga riak . dalam hal ini, tak smestinya utk yang da kawen jek cm aku pon bleh gak huhu agak-agak rajin nak masak bagi adik bawak bekal ke sekolah ke kan haha tapi konsep dia sama je bukan hehe. then boleh jugak nak ajak kawan-kawan datang rumah buat makan-makan skit kan .


Jadi, banyak kelebihan nya kalau kita nih pandai memasak meh. saya ingat lagi masa saya kat kampung. mak ayah outstation maka kami adik beradik tinggal di kampung bersama atok tersayang. haha al maklum la aku pulak sorg pempuan kat umah tuh i mean perempuan yang matang gitu haha matang la sgt maka menjadi tanggungjwab aku utk memasak waktu tuh.
seyes mmg gelabah sangat nih ! haha sanggup call mak tanya resepi sekian-sekian utk memasak. pagi- pagi lagi da bgun nak masak memang tahap super rajin lah hehe. tapi akhirnya menjadi jugak la kan, selama seminggu saya harus memasak utk mereka. tapi fuh nsib baik lega mereka tak komen byk kira okay la tu kan ~.~ haha..

Huhu saya tak lah pandai masak sangat macam mak saya tuh. mak saya pndai sgt masaknya sebab hobi dia memang suka msak. sampaikan kadang-kadang ayah jemput kwan datang rumah utk merasa masakan mak yang special iaitu nasi beriani batu pahat ! banyak lagi resepi istimewa dari mak saya tu :D alamak tetiba rasa lapar pulak kan. okay lah diharapkan kita dapat manfaat daripada post kali ahh ayat gedix gila hehe :)

bye ~

Monday, April 26, 2010

stress yang semakin menebal.

happy besday baby i love you muax !


Hai asalamualaikum.. lerr hari nih paper JXEA 1102 huuu aku tak cukup masa lah kan..aihh apa lah semua nih tertekan gilaa. Okay nampaknya semua orang sgt sgt stress dengan exam nih muka semua ketat hahaha ! tuh la kan nak buat cm mana kan dugaan hidup meh.
Dah ler masa exam linguistik pon ahh aku cuak jgak adui takut sangat nih shaner ekk !
:((

Waaa aku pulak nampaknya da beberapa hari tak cukup tido.. penat sgt dan mengantok juga. so tinggal lagi 2 paper jek. lepas u cuti. tapi aku bukan cuti pon. kemudian pemergian senior pulak. aih aih banyak sgt nak harungi nih. aduhai YA ALLAH beri aku kekuatan untuk mengharungi semua ini. takut dan stress dengan exam aih kalau la aku stdy dari awal-awal lagi kan haha.
okay dah jangan menyesal dengan apa yang dah berlaku. tapi kalau nak mnyesal tak dapat apa pon yang aku dapat hanyalah suatu penyesalan jek

Sepanjang aku tak cukup tdo, banyak gila benda yang berlegar-legar kat kepala aku nih. aih berlegar? ingat alien ke berlegar-legar kat angkasa hehe. tapi betul lah banyak sgt pekara yang di pikirkan. tak tahu nak buat apa? just wait and see je la kot. ohh ye ye semalam hari jadi adik ku aleya meh ohh dia suda berumur 3 tahun !
Gaa sangat rindu dia hahaha. mesti dia skunk tgah bising-bising kat umah dengan mulut dia yang cam bertih jagung tuh hehe.

Harituh mak call. tanya bila balik? waaa kan aku ada paper hari nih so tak dapat nak balik. sedih sob sobb :(
tapi insyaallah aku nak balik minggu nih dengan cosmate aku hihi ~
yes sila laa bawak aku balik umah ye bam hehe :))
so, next paper hari jumaat. semoga aku teguh untuk menjalani hari-hari yang sangat mencabar nih. ehh lupa lak. aku kesian kat kawan-kawan aku yang aktif tapi tak dapat stay kolej atas reason yang merapu je adehh kesian kat korang . sengal sungguh laa !

nak belajar rajin-rajin nih aku taknak jadi kongkang haha.
hehoo :))

tapi kalau jadi kongkang yang comel boleh tak? wahahah ~ okay nak tido lah ngantok sgt nih.
haha bape hari dah tak tdo huahahah babai !

Sunday, April 18, 2010

Romantik? Gitar?

hye :))
Semalam tengah kami kusyuk belajar. walaupun ada orang tu kata kami nih nak jadik kongkang ke apa belaja main-main.
cis ingat kami nih kongkang ke. kami nih manusia okay. manusia yang comel-comel lagi pulak tuh.
berani samakan kami dengan kongkang huhh. grrr

Baiklah. sambung balik haha. emosi sekejap. yer sedang kami kusyuk belaja dalam jam 2 pagi cm tuh tibe-tiba kami dikejutkan ada orang dalam bilik music.
and dia adalah seorang daripada kawan kami.
apa yang dia buat dalam bilik music dengan seorang perempuan? jam 2 pagi?

Oh oh oh.dia sedang menyanyikan sebuah lagu untuk perempuan itu.
ouchh so sweet romantik gilaaa wuuu..
saya nak jugak macam tuh ada orang buat lagu untk saya dan kemudian nyanyikan utk saya
jgn risau saya tak kisah pun kalau suara kamu tak sedap hahahah.
yang penting itu akan buat saya terharu.

Tiba-tiba hujan. waaaa bertambah romantik.
hahaha.
mereka nampak kami melihat mereka. kemudian mereka tersipu-sipu malu.
aww.
sumpah sweet.

Saya nak jugak
ada request nih sapa pandai main gitar? dan buat lagu?
buat lah utk saya hehehe. huhuhu. hohoho . ahaks.
:D

Saturday, April 17, 2010

sorry


saya dengan ini
nur ain bt ahmed nasir ingin meminta maaf
andai diri ini telah melakukan kesilapan
maafkan saya.
saya hanya insan biasa.
yang tak bisa lepas dari melakukan keslahan
saya tahu kamu telah byk berjasa
maafkan saya :((
buat kwan-kwan tersayang.
maafkan saya juga yer.
semoga Allah swt merahmati kalian semua.

doakan yg terbaik utk saya !

Friday, April 16, 2010

Kawan.

Urhh aku baca blog alec tadik gaaa dia buat aku sgt sgt terharu-haru dan sedih :(
yaa, sebenarnya apa yang dia cakap tu memang benar rasenya kami semua memang belum bersedia nak lepaskan senior yang rapat dengan kami tu keluar dari U nih..ahh tak kisah la orang nak kata apa sebab kami memang rapat dengan dia kan..sebenarnya kita org satu family masa MKB so dari situ dari situ dah rapat..kalau orang tak percaya kat aku atau nak jeles sebab aku rapat dengan dia ahh biarla janji kami rapat sebagai junior dan senior dan juga kawan baik.
kami tahu akan hakikat itu.


Semalam, merupakan hari pertama kami di sini tanpa beliau memandangkan beliau pulang ke kampung halaman..tetiba kami rasa pelik jugak sebab dia takda. aku nmpk keresahan vijay sebab vijay antara orng yg rapat dengan beliau tapi korang jgn salah faham rapat sebagai kwan not more than than maklum mnusia nih suka berkata-kata kan hanya kami sahaja yg faham..nanab berry pon terasa sedih jgak same goes to irma, ayu and of cos me.
sepanjang kami berkawan si abg lah yang menjaga kami semua..dia risau kat adik-adik dia semua..pernah aku kena marah sebab taknak makan walhal aku cakap kat tapi yang aku tak makan dari pagi lagik lepas tuh dia ajak la makan aku tak nak mmg kena marah la kan..ak tau dia risau kat aku tapi dia ego tak nak tnjuk jap lagi dia marah aku sebab aku tak nak trun makan..aku masa tuh terkulat-kulat rasa nak nages da nih tapi tahan jek..masa irma sakit tgn dia jugak yg tolong bubuh ubat apa ntah supaya kurangkan sikit kesakitan tersebut.

Masa besday vijay. kami tak sempat celebrate sekali so masa makan harituh si abg jugak yang ajak aku g bli kek utk vijay smntara dorang kat kedai mkan nak buat suprises. si abg nih walau dia ego tapi sebenarnya kami tahu dia sayang kami smua. Masa nanab berry merajuk si abg jugak yang pujuk nak bawak nanab nih pegi A&W sebab nanab nih teringin sangat nak mkan float. kalau tak aku tak nak pegi yelah tak muat kete ayu lagi. aku tak kisah pon tapi dia nak gak aku pegi supaya semua ada sama-sama.
so, si abg akhirnya berjaya jugak pujuk nanab berry nih. see dia akan cuba utk jaga adik-adik dia nih haaa.. so bila dia takda nih kami semua rase pelik.


Sekarang nih. si vijay yang menjaga kami sekarang nih. dia nih pon ego tinggi melangit nak mati.
aku tak paham apa korang dapat dengan ego yang sangat tinggi tuh. haha semalam sanggup dia balik dari bangsar sebab nak teman nanab berry makan. dia kata sekarang "aku kena jaga korag semua " okay fine aku ngn nanab berry sngat terharu T_T
dorang nih mulut cakap tak sayang semua padahal kami tahu korang sayang kita orang kan. ahh korang plastik jek bila cakap tak sayang kan hahahaha :)
masa aku down PM si vijay ngn si abg jugak yang sibuk2 tanya aku okay ke tak.
mereka sangat concern pasal kami semua..
kalau ada orang nk jeles pasal aku ngn vijay tuh tak payah la sebab kami memang kawan baik.
dia pon dah ada special one okay tak yah nak jeles tak tentu pasal lak hahaha.
there's no point..

Jadi, kami berenam nih memang rapat.. aku sangat berharap yang kami akan rapat sampai bila-bila andai kata kita tak bersama sekali pon aku harap korang tak lupakan waktu kita sama-sama dulu. aku sayang korang semua okay sangat sangat. aku juga doakan korang semua nih berjaya utk exam kali nih. same goes to abg jangan nak malas-malas kata nak grad awal kan.
kalau dah grad naty jgn lupa kami kat sini pulak ye. kalau lupa haa taula apa akibatnya hehoo.




" Ya allah terimalah segala amalan sahabatku ini. dan ikhlaskan lah
dia dan kuatkan dirinya ketika dia lemah dan ikhlaskan dia
ketika dia mengharap sesuatu selain dari Engkau "

Thursday, April 15, 2010

Nescafe lagi dan lagi

hari nih nak minum nescafe lagi
yeay NESCAFE

yahoo..ho ho he he
mari mari kita minum nescafe

best best dan juga sedap

marilahh.
okay ain enough!

selamat petang ~.~

hoho.. hari nih bangun je mata sembap haha sebabnya semalam tdo lambat gila stdy stdy..
ahaks ouchh haha.. semalam seyes tak rase mengantok sangat sebabnya aku pegi minum nescafe hasilnya memang aku tak mengantok pon!
wuuu.. boleh bersengkang mata wei cayalah nescafe i love u so much muaxx..
so sekarang rajin gila aku nak update blog hehe..padahal sekarang kan tengah stdy week. hoho.
yeahh semalam kami stdy group kat bwah mula-mula kat DS fuhh sgt la panas jadi kami bertukar ke bilik seminar memandangkan budak balai dah habis meeting.


kenapa kami tukar ke sana?? sebabnya sejuk ada air-con hehe so best la skit kan haha
lepas si vijay tuh merepek nak pkai inai la suma ahh kami suma layankan je huhu..
nak sgt pakai kan so pkai laa.. yg si muncit saralan lak duk mengadap pc jek apa ntah di buatnya stdy la kot katanya dia menulis semula apa yang dibaca.. irma pulak stdy la kan hehe.. nanab berry pon sama gak stdy tapi jap lagi lagho kejap haha release tensen. so aku pn stdy gak la kan.. :))


lepas tuh kat ds ada disediakan air ngn biskut masa stdy week.. aku n irma da bosan nih so kami pegilah amik biskut n air teh tuh..perhh rupanya biskut dia sedap gila kot biskut coklat..
aku apa lagi dengan perasaan yang tamak haloba amik lah banyak banyak maklum laa si vijay tuh makan banyak haha nafsu buaya hehe.. lepas tuh msuk bilik seminar nanab berry n vijay mengadakan sesi bergambar lak ahh mana aci aku n irma nak jugak. huu yang tak bestnya si vijay amik gambar kita org ntah pape lepas tuh dorang gelak gila gila kat kita orang sengal!

so, kami menempek la sekali.. terus jadi gila malam tu hahaha.
sumpah vijay dah cm org gilaa lepas tuh bleh buat pose geli mat mat mat..uh rejoice gagaga
sengal punya vijay kumar huh :P
aku ngan nanab berry da gelak guling guling dah..
bukan apa sebab memang sebijik cam geli mat haha.. vijay vijay..
lepas tuh siap gila kuasa pulak..katanya lepas si abg balik kg kuasa secara automatik jatuh kat tgn beliau so kami suma kena dgr cakap dia haha.
kan gila kuasa tuh. hoho.

.
.
.
.
.
.
.
so si abg tuh dah balik kg dapatlah beliau jumpa family tersayang dengan orang tersayang haha
ehem ehem kan :))

jadi mode bertukar
uh STUDY.

:DD

Wednesday, April 14, 2010

perempuan oh perempuan


tetiba nak upload pic sendri haha
ahh biarlah aku pon perempuan jugak
knp nmpk gemok?
ke mmg gemok? haha





woot cantik betul dia nih aihh
aku suka haha

haha okay tetiba aku rasa nak post pasal benda alah nih..perempuan?? ada apa dengan perempuan..huh boleh tnya pulak kan. ada mcm mcm la wei.huhu. okay aku hanya nak menyingkap persepsi orang je iaitu cantik itu dipandang dari sudut apa??

ada orang kata :-
kalau kurus itu cantik

kalau badan berisi pon comel apa

kalau tinggi itu cantik

ada yg kata kalau kecik tuh comel jek

ada jugak yang kata kalau kulit putih tuh cantik

habis kalau kulit gelap tak cantik??

ahh bagi aku hitam manis cantik apa

hitam tu kan menawan

ada yg kata mata besar lawa..aku suka mata heliza
tp kalau org lain buat aku rasa tak lawa pn

ada jugak kata mata sepet lawa

ada yg kata bibir tebal cantik

ada yg kata bbir nipis cantik

sekarang lagi yg terbaru kalau bijak itu cantik!

haa kan menarik tuh


jadi terlalu banyak definisi cantik tuh..kita sendiri yang menilainya bukan..setiap orang adalah penilaian dia sendiri lalalala..hak masing-masing bukan?? ahaks..aku suka jea tgok perempuan cantik huhu tapi tak bermakna aku LESBIAN okay harap maklum!
aku msih suka kan lelaki..bila aku tgok perepmpuan cantik aku akan puji dorang sbb dorang cantik..suka ohh tgok dorang..lepas tu cakap kalau aa aku cantik cam dorang hahaha
ehh takdala kita kena bersyukur dengan apa yg ada pada kita okay.

ALLAH maha besar dia telah menciptakan yg terbaik utk umatnya..yang penting sekali hati kita.
kalau lawa cm mana pon tapi perangai cm apa..tak mau jugak. so inner beauty jugak penting okay. jgn hanya menilai pada kecantikan luaran semata tapi kalau dapat its credit to you :)
hehe

bak kata Vijau Kumar a.k.a alec haha lelaki tak memandang pada kecantikan semata mreka memnadang sesuatu yang lain pada seseorang perempuan tuh. ngeh ngeh iaitu HATI huhu pendapat beliau lah haha~ jadi kepada perempuan di luar sana yakin lah bahawa anda semua cantik okay be confident! you are beautiful no matter what u are :))
yakinla pada diri sendiri..sentiasa berasa yang diri kita cantik apa?? tapi jgnlah bongkak pulak naty jadi lain huhu dan kita jgn ada rasa dengki dan iri hati kat orang lain.
perasaan ini biasalah dalam kalangan mnusia kan tapi kalau boleh elakkan..kalau nampk perempuan cantik dalam hati kita kagum dengan kecantikan mereka hehehe..

Jadi,, semoga kita menjadi cantik luar dan dalam yea :DD




hello, hello dan hello.

Wohoo hai semua.. apa khabar?? hik hik hik ngehh okay harinih hari rabu dahh,, dan masa umpamanya sgt mencemburui aku huhu..ahh sgt nak dok jeles je kejenya hahaha :)
aih aih aku nih dok mengejar masa yg sgt laju tuh fuh fuh tak terkejar aku rasenya wawawa
aku asek rasa mengantok jek ya Allah pls laaa jgn kasi aku mengantok mana la semangat belajar aku yg telah pergi nih uwaaa kasi balik cepat cepat!
aku nakk kasi la balik sob sob..kalau tak aku tak leh nak belajar huhu. ksian aaa dekat saya nih wink wink..

ohhh ye hari nih saya dapat panggilan daripada kwan baik saya
NUR ATHIRAH MAZLAN hum hum aku dapat kejutan apabila dia cakap opah da meninggal..da lama aku tak dapat jumpa opah katanya opah meninggal secara mengejut. marilah kita sedekah kan Al-Fatihah utk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. takziah buat kwan baik aku tuh semoga kau tabah ye sayang..kau kena kuat utk hadapi semua ini i always here for u okay my dear..

ohh semalam postmortem prospek..perhh lama gila la kan meeting nya aku pon tak pham aku da mngantok gila nih..nanab berry siap tdo lagi haha..aku ngn irma kat belakang dah meracau sbb lama sgt smpai hampir kul 12 kan lama tuh huishhh..
tapi takpa sebab lepas tuh kami dijamu dengan Domino's Pizza hahaha 20 kotak tuan pengarah beli huhh memang tak larat nak makan la kan.. sgt banyak kot huhu..kenyang aku semalam hehe thanx to semua laa yang telah menjayakan PROSPEK. aku syg dengan prospek walaupun gerak kerja dia agak berat dan pahit tapi sebenarnya seronok apabila menjalankan seminar ini dan projek ini merupakan satu satunya projek yang mengambil tempoh masa yang pling lama dijalankan iaitu dari sem 1 dan berakhirnya pada sem 2 nih..dan fasa 2 yang akan dijalankan pada bulan mei ini dekat Sabah best best hehe:))

ngeh ngehh..
ohh yeaa exam final ku semakin menghampiri..rase nk pengsan nak pitam semua pon ada..rasa berdebar-debar umpama ada org mengungkapkan kata cinta atau dia admire kita tapi tak bgth kat kita hehe winkk :P haaa macam tuh la rasenya nak exam nih hehe.
ahh ain poyo pulak kauu..wuuu exam ohh exam akhirnya kau menjelma lagi sayang.

kau tahu aku sgt rindukan kau..tapi kalau kau tak muncul pon bgus juga tapi jgn risau aku ttp syg dekat kau lalala..yeahh semnagt belajar ku pls come pls i need u baby :D
knapa tak nak dtg dekat saya..saya sgt rindukan kamu..kamu da lupa saat kita slalu bersama-sama dulu kan??
tak kan awk da lupa..kini awk tinggalkan saya sendirian saat saya perlukan awk nih..
pls come to me hehe..

yeahh jadi saya nak belajar nih..cepat cepat ho yeahh..
selamat memasuki mode peperiksaan.
saya mendoakan semoga kwan saya berjaya mendapat keputusan cemerlang okay :)
love u all lalala.
okay daaa~

Sunday, April 11, 2010

tenkiu :))

Semalam kwan saya belanja saya
makan kek secret recipe
indulgence

wuuu best sgt sgt
thanx laa wehh.
aku sangat terharu nih.
ouchhh tatkala aku tengah sedih kan
hahaha
lain kali jgn lupa belanja lagi tau
:))

p/s : life must goes on lahh aih aih

Saturday, April 10, 2010

tertinggal,ditinggal atau meninggal?

okay astaga suda lama tidak mengupdate blog da bersawang-sawang dah.fuhh ssh oh nak bersihkan balik. lihat betapa busy nya aku kat tempat nih. aih aih apa nak jadi nih??
ain ain ain. cepatlah berubah..
baiklah masa semakin tenat?? mggu depan da stdy week. umpamanya buku-buku da menyeru nama tuan nya supaya kembali berbakti kepada beliau.. apa nak buat?
tuan dia terlalu sibuk dengan masalah-masalah negara yg tak pernah nak slesai..

mggu nih merupakan mggu yg sgt teruk bagik aku.. bak kata org asek dirundum malang.. dulu ada sorang kawan aku dia kata mmg dia bernasib malang lepas satu satu bnda mnimpa.. so aku selaku kwan yg baik what do u expect i will say to him kan??
mstilah aku memberikan kata-kata semangat kat dia. ksian kat dia uh.
tapi sekarang turn aku pulak yg kena. fuhh sgt mncabar iman aku.. ohh baru aku tau cm mana rasanya bila da kena kat batang hidung sendri. nasihat org senangla bila diri sndri menimpa nak nsihat diri sendri pon da tak tahu.

okay takpa.
aku mmg dirundum nasib malang. nak salahkan siapa bila kau yg nak masuk belaja kat sini.
huhh?? jap jap tak salah sbb aku dtg nak menuntut ilmu bukan apa kan..
takpa lahh.. okay fine..
mkin ALLAH nak menguji aku kan..
ohh disaster sungguh apa yang berlaku kat aku sekarang nih..
apa nak buat? menanges? teriak? semua pon dah..
so nak buat apa lagi skunk nih... huhuhu..
skunk.. marilah kita stdy kan dengan harapan semua paper dapat score dengan jayanya.
tapi bila balik jawab exam sedih sedih sebab tak dapat jwab..apa yg nak scorenya??

ditinggalkan? apa mksdnya? mnurut kamus dewan bahasa haha eh eh ingat ini penulisan ke hehe.. yer tertinggal, ditinggal dan meninggal?
hoo semuanya worst.. takpa ain teruskan belaja dan belaja.
complicated sungguh kan hidup ini.. bila kadang2 kau kena belaja hidup sorang..
sedih bila kadang2 kawan semua balik umah tinggal kau sorg kat 4th nih haaa.
sedih lagi bila kau tengah nazak credit nak call mak tapi tak dapat sebab kedai bai kat bwah tutup pulak perlukah semua ini?

lagi nasib malang bila tiba-tiba kau nanges sebab ingat rumah.
malang lagi bila ingat tapi tak dapat nak call sbb takda credit.
wuuuu :(

aih aih penuh sungguh rungutan dan bebelan. habis dah itu yg kita rasa kan kan..
rasa sedih lagi apabila duduk ditempat yg penuh dengan birokrasi yg mcm2 uhh.
lagi tekanan menimpa bertubi tubi umpama aku ditimpa pokok yang tumbang sehingga hampir tak dapat bernafas..
satu demi satu menimpa tapi aku diamkan saja.
lagi sedih bila org kata ' aku nih asek kecewa je'
haha habis da nak kecewa nak buat cm mana.. kecewa tetap kecewa..
baiklah.

'Baiklah aku tak mahu kecewa dah'

jadi teruskan lah bersuka ria.. kepada yang nak mengutuk saya tuh haaa teruskan lah.
teruskan sy mmg tak kisah.. malah lebih suka pulak tuh semoga ALLAH merahmati kamu.
okay~

doakan aku supaya cepat sembuh.
cepat cepat.
i need a spirit.
i need a motivation.
i need energy.
i need everything~
i need u mum.
:((