CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 29, 2011

Cara-cara supaya hubungan korang tidak renggang .




Hello ladies and gentleman . Assalamualaikum dan selamat malam saya ucapkan . Kepada yang da tido tuh haaa , selamat tidur la ye. Hey awal nye korang tido hahaha . Okay hari ni aku nak update blog . Why-so-mengada-ngada , hahaha biarlah aku nak update . Pastu aku nak update pasal relationship jea pulak tuh . Kah kah kah , lagi sekali aku cakap biarlah . Ini kan blog aku . Hahahaha wink wink . Hari ni aku nak share cara-cara supaya hubungan anda tidak renggang . Aku spesifik utk pasangan yang berbahagia la ye ngehehe ;). Hahaha , aku nih da macam DR . cinta kan . Alaaa bukan apa , ini sebenarnya proses pembelajaran tau belajar-untuk-hidup . Aku banyak baca-baca so aku nak kongsi la berdasarkan sedkit ilmu di dada dan sedikit pengalaman yang tak seberapa ni huhu . So here it is ngeee .

  • Buat aktiviti bersama-sama
Okay , kenapa aku kata cam ni ? Baiklah , ini sebenarnya supaya korang tak bosan dalam perhubungan korang . Haaa tak kan kan la setiap kali dating je , pegi jalan -jalan mall , pusing-pusing tgok benda yang sama . Oh-myyyyyyy-sangat-tak-best ! Hahaha , so cadangan nya korang pegilah tengok movie ke.Okay sebelum tengok wayang tu kepada couple yang rajin buat research atau study movie , korang tengok la dlu trailer cte apa yang best , cite yang trbaru . So naty dah sampai depan panggung , takda lah masing-masing dok bertanya ,nak tegok cte apa . Dialog biasa ," alaa ikut awak la saya mana tau hahaha " . Dok tanya pasal nak tgok cte apa je da lah bapak lama dan buang masa , ini kepada yang kaki movie la . Hehe , Okay banyak lagi aktiviti lain . Contohnya , pegi jogging , main kayak , ice skating hehe ,main tenis , sukan extreme ke hahaha dan banyak lagi . Sambil-sambil tu dapat jugak menyihatkan badan ye dak ? HAHA . Seronok je buat aktiviti bersama nih , kita boleh kongsi sukan yang kita suka kan . Katakan i suka main tenis , minggu nih main tenis , minggu depan ikut u lak, suka main apa . Jangan main permainan yang nakal-nakal dah la yer , bukan apa belum halal lagi HAHAHA , sabar okay =.= . Bila buat aktiviti sesama nih takda la hubungan korang tu suram je , tak seronok . So bila buat macam ni , disamping dapat merapatkan hubungan kita , dapat jugak buatk aktiviti yang berfaedah kan . Orang kata macam sambil menyelam minum air , jangan lemas dah la hehe .

  • Seterusnya , ialah saling memahami
Huk huk , okay memang la benda ni senang nak cakap kan . Well , sebagai seorang lelaki dewasa dan perempuan dewasa kalian haruslah matang dalam menjaga hubungan korang nih , yelah benda ni mmg susah, tak mudah tapi tak susah jugak kalau ada nya sifat faham memahami. Katakan lah korang nihh jauh , nak jumpa susah . Dah la jauh , sibuk pulak tu dengan aktiviti harian . Okay jangan salahkan dia , dia mungkin memang betul-betul sibuk . Kita sebagai pasangan bagilah dorongan kat dia bukan hentaman . Kadang-kadang memang nampak macam dia tak perlukan anda sebab dia busy tapi sebenarnya kekangan masa dia yang busy buatkan anda nampak macam tu walhal dia mmg perlukan anda . Oleh itu , dua-dua pihak kena saling memahami , tak boleh nak harapkan sebelah pihak . Kalau ada masa terluang tuh , janganla tak layan pasangan anda , sebaiknya call la dia walaupun sekejap , mmg tak harapkan perhatian selama 24/7 tapi sekurang-kurangnya dia tahu anda masih perlukan dia .Lepas tu bila da jauh macam-macam la cabaran dan halangan akan terjadi . Komunikasi adalah yang terbaik dalam hal nih . Jumpa dan bincangkan apa yang tak puas hati dan cari jalan penyelesaian bukan dengan sikap saling menyalahkan dan mengungkit . Perkara tu tak akan ke mana guys believe me ! So faham pasangan kita , kasi meseg yang ringkas pun dah cukup asalka comel dan bermakna ngehehe ;)

  • Next , berkongsi dengan pasangan anda .
Berkongsi dengan pasangan anda . Tak kisah lah cerita apa pun. Sama ada apa yang anda lalui ke , masalah ke , apa saja lah . Asalkan kita berkongsi dengan dia , kita bgitahu dia apa yang berlaku ,dengan cara nih boleh merapatkan hubungan kita . Sebab nya kita berkongsi dengan dia , dia tau apa yang kita rasa . Agak-agak kalau tak mampu nak call , internet adalah jalan yang mudah dan murah boleh YM , Skyping dan sebagainya , gunakan medium yang ada ini dengan sebaiknya . Yang penting kita berkongsi apa yang kita rasa dengan pasangan kita . Alaaa biasalah mana ada pasangan yang bahagia tanpa ada gaduh-gaduh kan . Gaduh kejap pastu baik lah kan saja nak mengada-ngada kata orang hahaha . Kalau gaduh tuh teruk sangat , jangan takut nak ucapkan perasaan sayang kita kat dia . Dengan cara ini , boleh lembutkan hati dan perasaan yang tengah marah durjana tu huk huk . Ingat balik , betapa susahnya korang mengharungi dugaan dan cabaran bersama . Ingat balik saat bahagia anda dan pasangan anda , insyaallah baik la lepas tu . Jangan la ego sangat kn , sikit sikit da la . Haaa aku dh belajar nih , jangan nak ego sangat , maklum la ego tu tak ke mana pun huhu .Dan tak semestinya berkongsi perasaan je , kalau bab-bab duit pon boleh kongsi la jugak . Yelah kalau yang masih belajar tuh kita pun nak guna duit utk belajar , so kalau makan ke , kita share la sama -sama kan , tak kisah la apa-apa pun , toksah nak dok berkira sangat lah huhu .Seronok je kongsi-kongsi ni hahaha .

  • Jangan putus asa guys , come on .
Ahaaa , kita jangan putus asa dengan pasangan kita . Ingat , memang tak mudah bila ada nya pergaduhan , salah faham dan sebagainya . Tapi kita jangan putus asa utk fight nak dapatkan orang yang kita sayang . Jangan la bila gaduh sikit nak break , nak clash . Come on la , cari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah . Bincang baik-baik , kemudian baru buat keputusan . Kalau ada yang kata break adalah cara utk menguji, its just not the way . Ingat clash boleh menyelesaikan masalah ke ? Bincang macam orang dewasa yang mempunyai akal yang matang bukan macam budak-budak okay .Yang penting , just dont give on each other . Melainkan kalau dah cannot go sangat dengan pasangan korang . Okay just go . Kalau bersama pun dah tak guna kan kalau hati pun asik sakit je . Tapi yang penting kita ada nya usaha utk pulihkan keadaan . Kalau kita sayangkan orang tu , kita cubalah dapatkan dia dengan cara yang baik . Kita tak berhak tentukan dia patut dengan siapa , biar dia yang pilih dia nak bersama dengan siapa kan , inikan soal hati dan perasaan .Yang penting , jangan putus asa mungkin adanya kemanisan disebalik kepayahan yang dialami .






  • Berdoa .

Akhir sekali berdoa lah kepada yang Maha Pencipta kerana Dia selalu mendengar . Kalau betul dia pasangan anda tak kemana kan . Insyaallah ada jodoh tak ke mana. Setelah berusaha , kita berdoa lah semoga mmg benar dia adalah jodoh kita . Kita hanya mampu merancang selebihnya kerja ALLAH SWT , dia lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambanya . Yang penting kita kena redha walaupun apa pun terjadi . Kalau hubungan berkekalan alhamdulilah lah kan , kalau tidak berkekalan kita redha lah . Walaupun susah nak terima tapi kia kena redha . Sebab Tuhan tahu yang terbaik , segala apa yang tertulis itu ada hikmahnya kan .

Jadinya, itu sahaja coretan dari aku utk malam ni . Hahaha semoga ada manfaatnya . Selamat malam rawr ;)

0 comments: