CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 29, 2010

Its over !

Teheee asalamualaikum semua , selamat malam . Berakhir la sudanya semuanya , tiada apa yang harus dikesali lagi, yang hanya adalah suatu lembaran baru yang harus ditempuhi kelak . Moganya gua bisa tabah nak menghadapi liku liku yang lagi hebat dan ligat nih . Aku rasa kalau hari hari kau nak sedih , sentap , nages segala . Boleh blah lah . Aku tanak jadi macam tuh penat . Tapi jangan risau , kalau aku tak okay pon aku tetap akan cakap okay , sbb itulah aku . Tayah paham aku sebab aku pon tak mengharapkan sesiapa untuk paham aku ngahaha kejam tak ayat ? HAHAHA .


Itulah realiti nya , aku hanya manusia biasa . Aku tak mampu jadi robot atau besi yang tiada perasaan . Walau macam mana pon , aku tetap manusia biasa . Aku tak mampu menolak hukum tuhan . Namun , aku tak kan berhenti untuk berubah menjadi yang lebih baik . Insyaallah . Tahun baru pon bakal menjelma . Takda apa yang istimewa di tahun baru , macam biasa masa akan berlalu pergi dan umur smakin meningkat . Im going 22th . Huk huk . Walaupun angka tak melambangkan apa apa . Umur hanya menunjukkan perbezaan dan perubahan fizikal je , dari segi pemikiran umur tak melambangkan apa sangat . Tapi ada yang cakap , yela mkin sebab dia da berumur so dia lebih banyak pengalaman . Betul aku akui mmg banyak pengalaman, tapi mungkin itu juga mengikut pendapat masing masing , aku tak menolak. Pada aku , sejauh mana kematangan kau dalam berfikir itu adalah yang di ambil kira . Harusnya aku kenalah ada sedikit peningkatan untuk diri aku sendri kan ? Iye itu la yang kena aku buat . Walau cam mana pon aku masih belajar nak memahami dan mengadapt makhluk di sekitar aku . haha .


Tahun depan nak belaja rajin rajin . Ala macam biasa lah azam setiap tahun tapi tak tahu tercapai ke tak . So far aku berbangga dengan pencapaian aku , aku akan buktikan aku juga mampu okay ? Tapi aku tak boleh nak puas hati dengan apa yang ada , sebaliknya kena la keje keras untuk mendapat yang lebih baik .
Tahun depan jugak , harapnya hati aku jadi lebih kental dan cekal dan tabah dan tak mudah cengeng segala . Susah nak buat yang nih , banyak kali cuba . Kalau jadi pon , aku akan jadi heartless itu terlampau pulak , aku tak tau nak control macam mana . Agak agak takda ke butang khas yang boleh slow down kan skit ? hahaha , tapi takda kan so kecewa sangat nih.


Hum hum , aku nak gembira . Pls pls tolong la kasi aku tuh , aku nak T-T .
Huk huk , okay la harapnya semua akan okay ;D .
Cuma satu je , air mata tolongla berhenti , aku dah letih nih . sob sob .
ngahahaha , baiklah saya mendoakan tahun baru ini adalah tahun yang lebih baik untuk kita semua . Teruskan lah dengan apa yang bakal kita lalui dengan sebaiknya . Segala apa yang terjadi pasti ada sebab musababnya . Selamat malam.

Tuesday, December 28, 2010

Sekuel si gadis

Ehem ehem berani aku nak adakan sekuel cerita yang aku reka nih , but then aku terbawak-bawak kucing nih sampai dalam mimpi makanya , aku haruslah ada kesinambungan cerita kucing nih haha



Baiklah , kucing . Memang tiada berperasaan , namun kucing lupa bahawa muka nya tidak berperasaan itulah telah mmbuatkan gadis berperasaan . Huh , bukan senang gadis nak melalui nya . Walaupun , mmg kucing nih agak luar biasanya sifatnya . Walaupun pada mulanya , ia hanya seekor kucing biasa , namun hakikatnya kucing mmg luar biasa . Kalau dulu si gadis mmg mempunyai jalan cerita hidupnya yang tersendri dan itulah yang membuatkan si gadis mempunyai pandangan hidup yang berbeza supaya gadis dapat meneruskan hidup nya lagi .
Semua ini mmg tidak dipinta oleh gadis supaya berlakunya hal ini , namun apakan daya gadis juga hanya manusia biasa . Lagi dilari lagi kucing mengejar untuk mendekati si gadis . Ini membuatkan gadis tetiba terpana akan kehadiran kucing , yela bukan nya nak kata tak cuba menjauhi tapi semakin dijauhi semakin dekat datangnya , hingga gadis merasakan adakah ini suratan takdir atau hanya kebetulan .
iklan jap ( aku rasa gadis nih pakai guna-guna nih haha ) .


Nak dijadikan cerita , setelah pemergian kucing, gadis ada menulis surat namun surat itu hanya lah sekadar untuk meluahkan perasaan . Ini kerana , si gadis telah menjumpai sesuatu yang begitu merobek hatinya dengan hebat sekali hinggakan gadis merasakan kenapa baru sekarang , kenapa tidak dari dulu lagi . Gadis teramat amatlah sedih , hati nya bagai telah retak mnunggu belah , ingin saja dia mnyuruh orang gamkan balik hatinya itu . Agar tidak bisa dia menanggung luka yang amat dalam itu . Surat itu sebenarnya hanyalah titik pembalasan atas apa yang telah di baca oleh si gadis , barangkali gadis juga dalam keadaan beremosi semasa menulisnya . Nak di jadikan cerita , aku rasa kucing nih mmg kucing istimewa ohh , dia rupanya ada kebolehan membaca . Pandai betol kucing nih . Aku rasa msti masa PMR dia dapat 6A dulu , huk huk sbb tuh dia pandai pastu dapat msuk asrama kucing lak , wahh cayala kucing . Kau mmg hebat kan . Woot woot



Maka nya , si kucing telah pon sentap , Perhhh mmg dia nih luar biasa . Sentap segala . Rupanya mmg btul la kucing sentap dengan gdis , sbb itulah dia melarikan diri, tapi kucing seharusnya tidak boleh buat bgtu . Itu sangat pentingkan dri kucing . Kau pgilah jumpa gadis pakai LC kau , haha . Okay tipu , kucing mana boleh bawakk moto , haaa kau cakap lah elok elok dengan gadis tuh , supaya dia faham akan keadaan kau sbnarnya . Tetapi ini tidak keadaan semakin teruk , masing masing dengan pegangan dan fahaman sendiri . Gadis telah mempunyai pengalaman hdup yang amat berbeza jadi seharusnya gadis mmg memerlukan masa dan ruang agar kesilapan tidak menjadi mliknya lagi . Hisy susah btol jadi gadis nih , kalau aku jadi gadis nih , aku bunuh semua orang AHAHAHA ! Erkk okay pengarang mengarut jap .


Huk huk , sedih sangat nih , si kucing meluahkan kepada si gadis begini bunyinya ' if tak suka , u are allowed to leave ' , Haa sentap tak ? Aku selaku pengarang yang bfikiran rasional pon sentap inikan pulak gadis kampung yang serba serbi kekurangan tuh , makanya berduka lara la si gadis . Air mata mula berjujuran bagaikan hujan yang turun dengan lebatnya sekali . Gadis sangkakan hujan di tengahri , rupanya langit yang mendung membawa taufan kartina untuk melanda. Kalau lah kucing tu faham yang gadis mula sayangkan kucing tuh, yela kan gadis dah berazam akan mengambil kucing sebagai haiwan peliharaan dia yang sah satu hari nanti . Yelah kena amik masa skit , nak pegi pusat kebajikan haiwan lagi , banyak bnda nak kena diuruskan . Tapi kucing harapnya bersabar lah . Sesungguhnya ALLAH mmberikan ganjaran yang hebat pada orang yang bersabar . Tapi ini kucing haha samala tuh .

Gadis sayangkan kucing nya itu . Tapi kucingnya itu seakan tidak memahami , agak agak kucing tuh nak pegi cari tuan lain ke haa ? Ehem ehem . Tapi kalau kucing da tanak gadis tuh jadi tuan dia nak buat cam mana , redha jelah . Itu kehendak kucing , gadis sememangnya tidak boleh memaksa , ini kerana masing masing punya kemahuan sendiri bukan ? Baiklah kucing , gadis sygkan awk . Gdis juga faham walau apa pun yang terjadi , dia telah cuba yang terbaik dan dia haruslah kuat untuk menempuhinya .



HAHA , okay ini sekuel sambungan cerita kucing aku ahaha . Grrr aku mmg gilakan kucing betol , agak agak bila nak ada kucing sendri nih . ahaha . Baiklah . mkin akan ada sambungan nya kelak . Happy reading cte dongeng aku nih :)

Monday, December 27, 2010

Si gadis dan kucingnya

Hujan sekarang , berkaca hatinya mendengar perkataan itu , ia bagaikan dirobek-robek . Namun , apakan daya . Ahhh !


Hum hum. Nak kongsi cerita si kucing dengan seorang gadis lah , Hmmm kita kongsi sama sama nak . Cerita nya begini seorang gadis telah menjumpai seekor kucing di persekitaran rumah nya.Pada mulanya gadis itu tidak mengendahkan kucing itu kerana pada pandangan gadis itu ia hanya sekadar seekor kucing biasa seperti terdapat nya kucing kucing lain dan gadis itu tidak mengangapnya sebagai lebih daripada seekor kucing sahaja . Namun kucing itu sangat manja , dan seperti nya amat memahami situasi gadis itu yang agak tidak keruan dan di rundum seribu satu masalah . Maka nya , kucing itu lah selalu menghiburkan gadis itu , bermain dengan dia , membuat si gadis ketawa , walaupun kadang kala kucing itu gigit tangan si gadis sampai TERLUKA sikit namun tidak mengapa, kerana itu hanyala gurauan manja seekor kucing yang baik lagi memahami itu .


Semakin hari , si kucing telah memupuk perasaan sayang yang luar biasa kepada si gadis . Si kucing semakin mendekati dan mengambil hati gadis itu , walaupun sebenarnya gadis itu tidak bersedia untuk menerima seekor kucing dalam hidup nya kerana gadis itu umpamanya telah di asak dengan seribu segala peristiwa menjadikan gadis itu mempunyai agenda hidup yang tersendiri dan motto hidup yang berbeza .
Tetapi si kucing , begitu pandai mengambil hati , selalu menemani si gadis walaupun tanpa di pinta . Kucing itu sangat kelakar , walaupun taleh bercakap tapi sangat memahami . Ada satu time tuh si kucing duk sebelah si gadis sambil menonton tv , eleh kucing tu macam paham je kan , tapi macam saya kata si kucing umpamanya sangat mmhami . Nk di jadikan cerita , tengah best layan tv ada satu iklan nih , iklan ( Kelapa dan Orked , saya nak balikkkk duit saya.... ) Seyes , gadis tuh siap boleh gelak guling guling segala sbb kelakar sangat , actually tu iklan lama macam mana ntah bole kuar balik . Si kucing pon meow meow konon kononn gelak sekali kire kasi respon dekat gadis tersebut , haaa telatah kucing tuh cukup menghiburkan hati si gadis .


Makin hari, si gadis telah jatuh sayang kepada kucing itu , apabila kucing itu hilang , dek kerana merayau-rayau bsama angkatan kucing yang lain ( cis berani dia pegi merayau bsama kucing lain huk huk) . Pasti si gadis mula risau dan mula rindukan kucing . Si gadis mula aneh dan pelik , Perasaan apakah yang di alaminya itu . Manakan tak nya , si kucing selalu datang dekat rumah gadis itu , dan gadis itu selalu mberi kucing itu makan , semua nya lah . Setidak-tidak nya kucing itu bagaikan telah memberi sinar baru kepada si gadis . Gadis itu memberikan kucing itu dengan nama diddy . Comel sangat nama nya , kalau di panggil si kucing akan menyahut , kadang kala kalau lebih manja si gadis hanya memmangil nya dengan panggilan 'd' sahaja tetapi kucing itu tetap menyahut umpama paham pulak yang mmg si gadis sedang memanggilnya .

Rupanya , benar lah . Si gadis mula sayangkan kucing itu , cuma dia belum bsedia je nak amik kucing itu sebagai kucing peliharaan dia yang sah , haha tapi gadis tuh da bertekad nak amik jugak kucing itu satu hari nanti , cuma gadis itu tanak terburu buru dan tergesa gesa, wlaupun hakikatnya dia sayangkan kucing tuh . Hari berganti hari , kalau dulu kucing selalu datang pada si gadis , menceriakan hati si gadis , tapi kini tidak lagi . Entah mengapa , kelibat si kucing tidak kelihatan , hati si gadis menjadi sayu dan hiba . Apa yang telah dia lakukan , salah ker dia menyayangi kucing itu walaupun sebenarnya kucing itu yang telah membuat si gadis kembali untuk meneruskan hidup . Sikap kucing amat mengecewakan si gadis . Si gadis begitu terluka , sampai hati kucing itu meninggalkannya setelah kucing itu memupuk perasaan sayang kepada si gadis . Kenapa perlu hadirnya kucing itu kalau akhirnya kecewa jugak.


Akhirnya , si kucing telah menghilangkan diri . Sakitnya si gadis hanya dia sahaja yang tau . Si gadis berharap yang kucing itu akan kembali seperti dahulu dan menceriakan hidupnya kembali .
sob sob ~
sedih sangat kisah nih . Haha ,inilah cite mengarut yang aku reka kan . kalau mat salleh ada fairy tale aku ada kucing ahahaha , mampu ?

Monday, December 20, 2010

Hello .


Aku sangat malas nak update
seriesly .
Haha , tapi kang tak elok nak biarkan bersarang lelama .
aku just nak tunjukkan nih .
Apa yang aku duk buat dalam gambar ni
Huk huk tah pape jek ngeee .



Tuesday, December 14, 2010

Nak jawab pekse eh silap tagged lah !

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
    Banyak .

    2. benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
      Huk huk apa yer , kali terakhir aku beli ohh yer barang kat guardian wahaha .


      3. dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
        Tak plan lagi , simple but nice dan moments itu penting !


        4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
          Yuhuuu bercinta dengan semester break okay ? haha .


          5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
            Insyaallah sepanjang hayat .


            6. novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
              Novel masa pameran buku kat fakulti ngehehe .


              7. antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

              Dua-dua pon rapat , tapi kalau nak shopping dengan mak lah tehee .


              8. namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
                Nabi Muhammad insyaallah .

                9. adakah korang basuh baju korang sendiri?
                  Wah wah kemain tau , haruslah basuh baju sendiri kan . Baju org lain pon aku basuh haha !


                  10. di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
                    Paris , paris city of love . Tapi German pon okay tak ? huk huk .


                    11. pilih salah satu, peluk atau cium?
                      Soalan apa nih , dua-dua pon bole . Salu cium mak , ngn adik2 peluk-peluk ehehe .


                      12.beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
                        Ohh dia junior saya
                        Penah kasi saya cokelat baiknyaa !
                        Waktu APK , saya suruh singgah gerai saya tapi dia pegi amik gambar saya pulak haha !


                        13. 5 lagu yang korang suka and selalu dengar?
                          Stuck in the moment
                          If its love
                          Perfect two
                          Cinta dalam hati
                          That should be me .

                          14. 5 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?
                            Siapa rajin sila la jawab :)

                            Sunday, December 12, 2010

                            Enjoying my semester break .

                            Hello . Asalamualaikum eberibodi , hak hak . Apa yang aku duk cakap nih .Yes im finished my exam . Tapi habis exam dah tau result . Aihh tak menyeronokkan langsung , berani btol result tu terpampang dekat fakulti saya tanpa segan dan silu . Heww btw mmg aku tak tengok la sebab aku sudah berada di rumah tercinta so my beloved friend yang tengok kan , korang mampu time drive kawan call nak bgth result segala , haha aku sumpah gelabah gila aihh tapi alhamdulilah thanx bam . Ohh yeaa aku lupa aku ada tagged yang harus dilaksanakan tapi cop yer nanti saya buat hehe . Sekaranng ini ialah semester break aku untuk semester 3 , next year will be my 4th sem . Ouchh which mean dalam masa setahun setengah aku akan grad , insyaallah doakan saya ya !


                            Woahhh cepat sangat ni masa berlalu . Apa aku nak buat bila da grad nanti ? Keje ? aku tengok senior aku abang aswad gembira nya dia , umur dia baru 23rd but already have a gud job with a good payments too and also planning to buy his own house ,waaa nice one . Gaji riban-riban , pastu baik belanja junior dia makan segala . wah wah ain doakan semoga abg aswad naik pangkat and dpat gaji lagi banyak riban hehe bole belanja lagi . Abg aswad juga bekerja lansung do not related with what he had studied before , tapi pengalaman dia join projek membantu dia ngn karier dia skarang wow . Good job !


                            Dia pesan nanti belaja rajin-rajin , kalau nak sambung belaja lagi bagus huk huk . Tak pon cari keje yang bagus-bagus gaji riban-riban , keje ngan dia pon best haha , okay abg aswad nanti bole la ye :)

                            Hmmm , bosan nya kat rumah . Encik bapak dengan aiman n aleya pegi main bowling . Dorang ajak aku tadi tapi aku malas . Puan emak mahu pulang ke kl dah . Huuu , so aku nak buat apa kat rumah ni sepanjang 14 hari haha . Yes mari la kita kemas rumah , masak-masak ( kalau rajin ) lalala ~
                            Pastu kemas baju , beg segala . Yelah aku balik umh aku angkut semua barang aku deklat kolej, adalh dekat satu lori sampai tak muat kete aku , fuhhh .
                            Sampai ada orang kata, angkut barang satu floor , haha memang sentaapppp ~


                            So guys until here la ye . Hmmm btw saya mintak maaf kalau ada salah dan silap , mesti jemu . Tapi mintak maaf adalah satu perktaan yang mampu buat jantung kita sihat pheww ~





                            Wednesday, December 8, 2010

                            Tenkiu.

                            Tenkiu yer !

                            Untuk perhatian ; Cik nab , manezine, ozil .

                            Tuesday, December 7, 2010

                            Semua nih bukannya mudah faham ?


                            Eyt , selamat petang semua . Hmmm , seronoknya paper fonetik kesayangan dah hbis tapi next paper menanti , pls pray for me guys . Study dalam minggu orang lain turut memberi tekanan hebat dekat kita memang tak mudah , kau ingat aku cekal sangat nak hadapi semua ni ? Kau ingat aku gembira sangat nak kena marah ? Kan aku dah kata memang tak mudah untuk menghadapi semua ni . Iye aku tau la salah aku , dan memang semua nya salah aku . Tapi sampai bila ?


                            Fuh fuh fuh ain tenang , baiklah saya menerima ini sebagai suratan takdir . Saya memang tak mintak perkara ini terjadi . Saya akuinya mmg bukan mudah untuk melupakan segalanya , i admit it . Setelah bertahun-tahun kenal its end up with nothing . Tapi penah tak berfikir kenapa semuanya jadi macam ni ? Kenapa saya di katakan berubah , tak sedar diri semuanya saya lah.Well its ain again . Takpa saya terima , sebab mmg bukan suma orang akan suka kat kita . Cukup la sekadar mak ayah kita suka kat kita , itu adalah lebih baik thanx guys . Semalam saya tanya kawan baik saya cik nabila ," cik nab aku dah cuba elakkan semua ni, aku pon tak tau la wehh " , mungkin ini salah aku . dia jawab " non , benda nih semua dah memang takdir , walau kau cuba lari mana pon ia tetap datang kau tengok sendri , kau pon tak jangka akan jadi macam ni kan " . Hmmm , terus berfikir ada benarnya apa yang dia cakap .


                            Fine , its my bad . Salah saya , i admit that . Kadang-kadang saya terpikir kenapa jadi macam ni sedih . Mungkin Allah tau yang terbaik untuk kita. Sebab itu jadi macam nih , mungkin saya ni bukan yang terbaik untuk awak, saya tak mampu nak jadi sempurna macam yang awk nak . Iye kalau dlu boleh , sebab dlu saya masih berada di satu tahap yang tak sama dengan sekarang . Tapi sekarang saya sudah melalui fasa yang lain , dan awk tak dapat menerima saya seadanya saya sekarang . Takpa chemistry cannot be force . Saya mengikut perubahan di sekeliling saya . Mungkin saya tak macam orang lain , baik mengikut kata kan . Saya akuila saya ni banyak kekurangan nya . Tapi layak kah saya dihukum dengan begini sekali . Memang saya tak sempurna macam yang awak nak . Sorry .


                            Kalau kata melihat gambar umpama semua nya gembira , ada ke orang amik gambar dengan muka yang sangat tragis dan menyedihkan sangat . Lain la kalau awak hadir semasa kenduri arwah saya nanti , mungkin itu agak menyedihkan lah . Iye sekali lagi saya tak mampu jadi yang terbaik utk awak .Maafkan saya . Hisy tak mudah untuk melalui semua nih . Janganla di ungkit semua kesalahan saya . Sebab saya benar-benar takda niat nak lukakan perasaan sesiapa . salah saya , im so sorry .

                            Saya hanya ikhlas berkawan dengan suma kawan-kawan saya , bukan ada niat lain atau apa. Saya akan mendoakan yang terbaik untuk kita semua . Saya rela berkorban asal orang lain gembira , saya tak kisah . Asalkan kamu semua gembira sy juga akan turut rasa gembira , Itula adalah lebih manis daripada hanya saya yang gembira tetapi ada orang lain yang terasa hati . Takpa biar saya jer yang terasa hati . Walau macam mana pon , maaf sekali lagi sebab saya memang tak akan mampu untuk memuaskan hati smua pihak . Saya hanya manusia biasa yang tak akan lari dari membuat kesilapan . Terlalu banyak air mata yang telah dibazirkan . Tapi tetap macam nih .

                            Kalau still ada pihak yang menuding jari pada saya . Its okay . Saya nak buat macam mana . Saya hanya mampu mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . Sesungguhnya yang baik hanya datang dari ALLAH swt dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri . Saya dah cuba yang terbaik tetapi saya masih tak berjaya . Buat yang masih percayakan saya , terima kasih utk sokongan korang , aku sayang korang semua okay ! Semoga awak gembira dengan pilihan hati awk, mungkin dia yang terbaik . Maafkan semua kesalahan saya . Terima kasih untuk segalanya .


                            Hidup msti ditruskan , dan saya akan buat yang terbaik utk parent saya .
                            Btw selamat ulang tahun yang ke 22 puan emak dan encik bapak , Im so happy for both of u . Thank you for everything , i love u guys !

                            Saturday, December 4, 2010

                            Its killing me now Mr F !

                            I was so in love you .
                            When 1st time i accept u in my life .
                            I thought u can give a happiness to me .
                            But now its seem so sad .
                            Ur such killing me very softly .
                            U dont realize how much i love you .
                            Mencintaimu dalam diam .
                            Eventhough i never tell you .
                            But honestly i really love you .
                            And i mean it .
                            Arghhhhhhhhhh !~
                            Why me ? Im so sad and dissapointed .
                            Heart broken sangat nih .


                            Kau ingat senang aku nak suka kau .
                            Susah jugak aku nak pupuk kasih sayang itu .
                            Aku selalu ingat kau seorang yang susah untuk didekati .
                            Yelah, kau punya nama yang sangat gah .
                            Bertrampil katanya .
                            Kau sangat pelik dan lain dari yang lain .
                            Namun itu yang memikat hati aku .




                            Kau la yang istimewa di hati aku .
                            Im presenting you .
                            My mr 'F' yang hebat tuh .
                            Hahaha !
                            Go go go , fonetik isnin .
                            sumpah aku nerves .
                            Tadi belaja semakin pening ~



                            Inilah F yang tersayang !
                            iloveyou
                            wahahaha !

                            Thursday, December 2, 2010

                            HAHA doesnt mean im okay .



                            HAHA doesnt mean im okay .
                            Okay tak macam nih .
                            huk huk .
                            Pretty cool haa .
                            But its okay .
                            Im cool like mat cool .
                            HAHAHA


                            Oh ye , kalau setakat keluar pegi makan .
                            Namanya jalan-jalan ke ?
                            Pegi makan je kan .
                            Okay haha .
                            :D

                            Tuesday, November 30, 2010

                            That Should Be Me


                            Huk huk sedih sangat lagu ni .
                            Lagu ni aku penah dengar mereka cakap .
                            but then aku buat tak tau je .
                            Tetiba aku bukak sekali dengar
                            Erkkk sedih sangat ni .
                            To my dear friend sabar ye .
                            Kalau ini takdirnya redha jelah .
                            Mungkin ada yang lebih baik untuk kau nanti .

                            | Nak macam ni |


                            Cantiknya ballon ni kan ?
                            Ahaks nak jadi macam ni , menjadi ballon yang sangat colourful .
                            Umpama menerangi orang lain .
                            Ceria dan menawan .
                            Terpikat hati hahaha !

                            Saja sebab penat sangat ni .
                            Punyala nervous jawab exam .
                            Tapi alhamdulilah la walau tak secemerlang mana .
                            Btw aku suka colourful ballon ni ;)



                            Monday, November 29, 2010

                            Yes u are right .

                            Lapar sangat nih , gigil aku menahan lapar . Nak makan . nak makan jugak . Tapi takda sapa pon nak teman , cik nabila sedang gigih belaja . Yang lain tak tahu . Takpa la lapar pon bagus jugak . Esok ada paper , nervous nya .Kemain rasa nervous macam nervous nak kawen ke apa ni haha . Eh tak tak tak .
                            Maaf semalam . Tenkiu for the wish Gudluck .




                            Yes u are right ,because no matter how hard i tried , i was never good enough for

                            you . Sorry , i also cant be perfect and nobody is perfect okay .
                            ;)

                            Saturday, November 27, 2010

                            A thought to remember


                            Bila ada seseorang perempuan yang mengadu kepada kau
                            yang ada lelaki lain yang
                            sering mengganggu nya
                            itu
                            bermaksud
                            She wants you to protect her .


                            p/s ; This phrase is from my friend and was dedicate to my BFF , and for tis moment i just suddenly remember about what he said .

                            Senget sebentar bersama saya haha .

                            Huk huk selamat malam eberibadi , okay aku ngantok sebenarnya . Aku nak study jap lagi aku tengok nota perghhh asal tebal sangat takda tebal lagi ke , so aku pon apa lagi jari jemari nih kemain gatal nak tunggu orang sarung cincin haha eh eh silap lak kemain gatal tekan keyboard nak menulis wahahah ! Maka nya berdendang sayang lah aku kan ,takpa kejap eh nota kejap je acik tak tipu kali nih .


                            Aku pegi kenduri kawen sedara aku , kiranya 3 pupu aku , ahh kupu-kupu ke apa ? haha ntah laa tapi kira sedara aku jugak la kan . Abg nurul kawen , dia nih masa aku kecik-kecik salu jer main aci kejar dengan dia , dengan adik-adik aku semua , macam kongkang kan ? haha . Aku dlu main ngn lelaki kot , masa kecik-kecik balik sekolah agama aku pegi main dengan kawan lelaki aku haha . Perghhh dah macam tomboi dah aku ni , ehh tapi jangan silap i ada ramai kawan pempuan jugak okay and i main jugak batu seremban bukan batu Port Dickson haha , congkak, masak-masak , cikgu-cikgu , haaa korang mampu ? Bak kata mint huhu .


                            Eh apa melalut aku nak cerita abg nurul ni da kawen , masa dlu-dlu boleh tahan kacak dia ni , pastu kan kalau aku balik raya kat kg , aku mesti ternanti-nanti dia dengan family dia datang raya kat umah atok aku haha , apakah ?? Tu la kan , penah gak aku kacau dia haha ya allah lawak sgt ni , tapi tuh masa zaman kecik2 okay , skarang dia dah kawen pon, isteri dia kecik je jap ag dia tinggi kemain macam galah haha ! Muka dia skrang dah macam ayah-ayah , patut la kawen hehe betol ke konsep aku ni ?


                            Tapi yang pasti abangnya , abg sheery tuh belum kwen tapi adik dah kawen , mungkin aku ada peluang , Euww sumpah geli ! Okay aku gurau hehe . Katanya abg nya asik kecewa je , isk isk
                            T_T sedih ye bang ? Sampaikan atok sedara aku tuh merangkap ayah beliau nak tolong carikan jodoh , sedara aku jugak pulak tuh . Kira family macth la ni wahhh kemain tau ~ hehe . Cantik akak sedara aku tuh haha . Agak-agak kalau aku pon nak encik bapak dan puan emak carikan jodoh untuk aku cam mana ? Okay tak ? wahahha . Apa halnya tak terlintas aku nak buat cam tuh , tak pnah pulak mak ayah aku cakap dorang nak carikan jodoh huhu , sebabnya mereka juga kawen atas dasar suka sama suka dan love each other phewitt :) . Kiranya family aku nih tak kisagh tapi berjenis lea skit cari janganla cari yang tak semengah mana maunya gitu haha .


                            Kah kah kah , cube bayangkan kalau aku kawen dengan pilihan keluarga , cam mana gamaknya . Okay tak yah bayang la takda pon hehe . Korang jangan ayah aku penah mencari jodoh untuk paksu aku kot ,anak 3 dah sekarang ni haaa hebat tak ? hehehe . Kejap je kenal trus kawen hukhuk .


                            Okay lah itu je nak cakap haha selamat malam :D

                            Thursday, November 25, 2010

                            | Tak faham , kurang jelas , penjelasan |

                            If you love somebody , tell them .

                            HAHA ! Apa maksudnya ,
                            Nak penjelasan please tehee .
                            ohh kalau tak bagi tahu tak boleh ?
                            Barulah cinta dalam hati .
                            COOL tak ?


                            Tapi kadang-kadang action speaks louder than words .
                            How about tis ?
                            Dont you see that ?
                            Wink wink .
                            Barulah suprised nanti kan kan kan .


                            Okay esok exam All the best ain
                            Takda sapa wish saya gudluck as i always wish them :'(
                            Selamat Malam .

                            Sunday, November 21, 2010

                            Simple but sweet !

                            Hew hello eberibadi , baiklah aku masih sempat nak update kan ! Ahh lantak la peduli apa aku , aku tak kira aku nak cakap jugak ! Huhu a short msg atau pesanan ringkas atau apa saja lah boleh melembutkan hati seseorang , series . Korang tak percaya , kau nampak tak hp kau pegi kat msg taip skarang ! aku yakin konpem okay punya ! If we never try we never knew . hoho .



                            Tak kan itu nak kena bagi tahu jugak kan tak sweet lah macam tuh , eh eh ini bukan msalah sweet atau tak . Tapi alaa paham paham sendiri lah kan . Perempuan dia memang suka berkias-kias tak macam lelaki suka direct to the point , kami akan direct to the point when it comes to a series thing . Tapi ada jugak lelaki yang berkias-kias haha , waaahh susah nak paham kadang-kadang !


                            So motif hari nih , a simple word can be nice and sweet . Senang je kan .
                            All the best exam hari selasa nanti :)

                            Saturday, November 20, 2010

                            Benci tanda sayang ?

                            Selamat malam semua , sedar tak sedar tinggal esok je masa aku nak baca buku , tapi baca APK aku rasa macam ya allah asal macam urghhh susahnya kau nak habiskan , besok aku nak balik KL dengan mak aku , gamaknya aku la drive yelah sian mak aku haha , takpa tak kisah pon . Sok juga nk g kenduri kawen kakak cosmate aku kalau aku sampai cepat lah kan . Tapi malam ni aku rasa macam alahai geram dan menyampah jugakla sbb adalah kan , ada yang nak rehat kan penat kan. Kepada yang rajin study go go go !

                            Tapi pape pon betol ke benci tanda sayang ?
                            Humm , so kalau kita asik cakap 'eee menci la menci' , makna nya kita sayang lah . So siapa yang salu cakap menci kat i tu makna nya u nak cakap u sayang i kan ?? kan ? Alaaa madu la u nih tayah memalu dengan i hehe . Ohh u sayang i la rupanya haha ! Menci menci haha .
                            Okay itu je aku nak cakap benci tanda sayang ke ? Kalau betol ehem hehe .

                            Tapi macam mana lak , kalau dah kita memang benci btol kan , dah memang kita betol tak suka orang tuh tak kan nak kata 'waaa sayang la kat dia' padahal dalam hati berapi mmg menyampah plus benci suma bagai kan . So nak cakap apa kat orang yang kita memang benci tu ?
                            Tapi patutla orang tua-tua selalu pesan jangan benci sangat dengan seseorang sebab naty orang yang kita benci tuh la akan jadi orang yang paling kita sayanggggggg sekali .
                            Woahhh . amazing ! hahaha !

                            Pengajaran nya benci tanda sayang lah ! hew hew .

                            Okay selamat menghadapi peperiksaan ye semua orang , Aku takut ni nak exam aih aih . Ready go ain !

                            Friday, November 19, 2010

                            Series bosan .

                            Kalau saya bosan , ianya tidak digambarkan dengan kata-kata sahaja tetapi digambarkan dengan mengambil gambar ada tak macam muka bosan ? Wink wink haha . Grrr kenyang nya , best jugak la kan , best best :) wahaha . Ain go go . saya kena belaja kalau tak macam mana nak jawab exam . Wahhh takut sangat nih . Anyway thanx dkat kawan baik saya Shafiq bam bam . Aku terharu T-T . Ahaks sayang kau lah !



                            Aku memang takda keje kan macam ni . haha .


                            Ini lagi satu ingat comel heahaha ~

                            Wednesday, November 17, 2010

                            Meow meow

                            Salam semua , yes hari nih hari rabu , aku ni countdown hari ke apa hah ? Alaa saja je nak mengingatkan exam dah nak dekat haha . Okay dan aku camni jugak T-T huu sedih nya acik rase . sob sob , Go ain no matter how , tapi nak go cane huk huk .
                            aishhh meoww comelnya errk tetibe kan ain .

                            Huwaaa aku geram ni . Macam ni kau bole tau banyak benda pasal aku ni ? Aku takda bgth pape pon kat kau kan . Tetiba je kau da tau huwaaaa . MENCI aaaaa , aku nak tau jugak mana kau tau pasal aku nih huhu . Tapi kau ttp berdegil dan tak nak kasi tau aku . sedih aku rasa weh .
                            Takpa la kan .

                            Ahhh aku tetap tak puas hati , asal banyak yang kau tau pasal aku nih , pstu kau tau tanpa aku memberitahu aku . How come ? Patut kau tanya la aku dlu ke kan, haaa it would be nice babeh . Hew geram geram . Aku tak marah pon kalau kau bgth aku mana kau tau pasal aku semua . Saya kan baik . HAHA ! Aarghh geram nya !

                            Okay takpa la kau mmg tak nak bgth aku kan takpa takpa , aku mmg tak marah tapi aku ingat haha . Okay nak stdy lah tapi asal macam ngantok .
                            Urghh saya rindu budak-budak senget yang salu teman saya STUDY tu bersama Peter . Katanya amin, peter ikut manezine balik raya ? Haha yelah peter dengan Ozil tak ngam . Asik nak gaduh aku pon tak paham , peter ngn salvatore okay je tapi knapa ntah peter nak ikut manezine gak
                            haha takpa lah janji dia bahagia .
                            <3

                            Monday, November 15, 2010

                            Skype ;)

                            Memang la cantik kan muka kau alec :)


                            Haha , ini lagi satu .



                            Muahaha , salam semua sihat ? Okay malas nak menaip panjang-panjang haha , but ini lah aku nak buat sbb alec buat jugak wahaha , alec mmg la mak aku anta pg UM tu untuk kita skype malam-malam kan pastu snap picture bebanyak hehe , Adeh sengal la alec , mmg aku saja ajak skype sbb stress stdy bagai kan , muka sorang-sorang macam nak apa , aku ajak la skype kan heee. Kalau kau ada barang baik kami pon ada jugak hee .
                            Presenting u .. Tadaaa , mmg penoh lah laptop aku dengan muka kau je kan . Heee , tapi sumpah kelakar hilang tensen kami semua yang tengah stdy alec lalala .
                            Hiks kau jangan marah naa , gambar baik punya posing hehe . Okay daa ~

                            Saturday, November 13, 2010

                            Hari sabtu .

                            Okay , ini hari sabtu .Tak berapa nak best . Aku tak sihat , sakit kepala dan paling terok is ....

                            Ohh no , sungguh terganggu , tak boleh nak buat keje , Ada orang pegi dating , yang lain tak roger kami . Kami lapar , takda sapa ke nak amik tau ? HAHAHA . ohh masak je lah apa yang ada tapi tak best barang banyak takda . UHHH ,,



                            Tak tau nak cakap apa , semalam breakfast kat KFC , sangat la moment .
                            Sweet , I love you guys <3>
                            Ohhh sakitt nya sob sob , sangat terganggu :(

                            Just a simple and short update
                            love <3

                            Sunday, October 31, 2010

                            Cinta Itu Indah ?

                            Dalam perhubungan banyak yang perlu dikorbankan . Okay itulah mukadimah aku pada kali ini :) Baiklah entri kali ni aku nak berkongsi pendapat tentang perhubungan . Aku jarang tulis tentang benda nih kan kat blog aku , so kali aku nak trylah menulis pasal relationship . Okay apa yang kita tahu pasal perhubungan , dia ada banyak jenis hubungan antaranya hubungan dengan Pencipta, Ibu Bapa, Keluarga, Kawan-kawan, Kekasih dan masyarakat namun hubungan yang bakal aku sentuh ini ialah hubungan dengan kekasih . HAHA aku bukanlah pakar cinta atau DR cinta yang arif lagi bijaksana pasal benda nih tapi lebih indah dan molek rasanya jikalau kita dapat berkongsi sama-sama tentang pengalaman yang kita ada atau dari pembacaan kita sendiri .


                            Dulu, kawan aku pernah kata . U want something so u have to sacrifice something too . Betol ke camtuh ? Tapi kadang-kadang aku akui ada kebenaran disebalik kata-kata kawan aku tuh . Sebabnya kita memang tidak boleh TAMAK kan . Ehem yes dalam perhubungan kita memang tidak boleh tamak . Okay kenapa aku kata camnih ? Okay contohnya BF/GF kita sudah tentu mempunyai komitmen terhadap perkara lain jugak , contohnya seperti komitmen terhadap keluarga, pelajaran, tugasan , kawan-kawan dan banyak lagi . Aku fahami naluri perempuan yang inginkan segalanya ditumpahkan kepada dia sahaja . Tapi kita juga kadang-kadang kena fikir rasional dan harus mempunyai timbang rasa terhadap BF/GF kita , maklum la pasangan kita bukannya robot malah dia juga punyai tanggungjawab terhadap perkara lain jugak .Tetapi aku rasa lagi sweet dan comel kalau korang boleh memahami pasangan korang dengan bersikap GIVE AND TAKE , aku rasa mesti pasangan korg lagi bertambah-tambah sayang dekat korang. Dalam hubungan, inilah yang harus kita hadapi realitinya , sapa kata dalam hubungan itu semuanya indah , haha aku dah penah laluinya lah weh , time indah mmg kau pun syok la kan, cuba time kau gaduh haa indah tak indah lah kan baru kau tau tinggi ke rendah langit tuh . Sebabnya dalam hidup nih kita tak boleh nak fikir diri sendri jugak kita kena fikir keadaan orang lain . Okay aku cakap camnih untuk diri aku sendiri jugak . Aku sedar jugak lelaki memang sukar untuk difahami tapi sebenarnya tak susah nak fahami lelaki . Yang penting kita tahu cara dan teknik yang betol untuk memahami lelaki .


                            Next, cinta bukanlah seperti cerita-cerita FAIRYTALE yang salu kita tengok kat tv atau kita baca kat buku cerita . Aku dulu masa zaman muda remaja salu jer nak tengok cite The Rapunzel, Snow White HAHA , pastu dah besar sikit baca novel-novel pulak . Kalau dah nama novel , tentunya lelaki dalam novel tu umpama nya perfect habis gua cakap . Contohnya, punya kerjaya hebat, baik, beriman ,kacak, tinggi, kaya , dan semua ciri-ciri yang perempuan semua nak lah. Kau ingat zaman moden nih camnih ada ke lelaki yang camtuh ? Whoaaa susah sangat nak cari yang camtuh , maka nya aku pon bila dah besar bila pikiran dah matang sikit aku pon sedarlah diri , takda la pasang niat nak ada BF yang perfect camtuh kan aku sendiri pon tak seberapa kan so berpijak pada bumi yang nyatalah , terima seadanya sudah memadai namun adalah ciri-ciri yang penting dan perlu di ambil kira . Konsepnya bila kau dah bersedia untuk menerima seseorang dalam hidup kau itu bermaksud, kau dah bersedia untuk menerima dia dalam segala hal . Haa dalam hal nih , baru la korang semua akan nampak di mana ada kelemahan dan kekekurangan. Tapi hal ini bukanlah masalah besar , kalau korg pandai nak tolerate dengan pasangan korang segalanya akan berjalan lancar , ini juga akan menunjukkan sejauh mana korang pandai untuk menghandle pasangan korang itu sendiri :)


                            Okay last aku nak cakap untuk entri kali ni ialah , dalam perhubungan kita kena pandai nak amik hati pasangan masing-masing , yes itu lah dia . Aku pon kena belajar jugak dalam hal ini . Apa yang terjadi dalam keretakan hubungan aku mkin disebabkan adanya ego, tak boleh nak tolerate , tak memahami dan juga faktor2 yang lain kan . Okay forget it . Kalau korang nak hubungan korang kekal , pandai-pandailah amik hati beb, lelaki ni senang je , kalau korang pandai amik hati dia , konpem dia cair punya lah ! Tapi tak yah over sangat beringat-ingat lah jugakkan . Contohnya, katakan BF korang punyai satu hobby yang mmg korang tak amik port langsung haha cam bola, music ke BMX ke , korang pandai2 lah amik hati dia kan, tak suruh pon kau join sekali main BMX ke main bola ke kan , cukup sekadar bila dia ada tournament korang memberikan sokongan padu dan semangat kat dia, aku yakin mesti dia happy habis beb dan bersyukur punya GF yang memahami dan menyokong dia ! Ataupun bila masa dia nak meluangkan masa dengan hobi dia, korang tak yah mara-marah dia sebb dia nak spend masa ngn benda yg dia suka . DIa ada life dia jugak , tapi lelaki tak yah OVER jgak smpai nak melebihkan hobi dari gf korg kan sapa tak angin huk huk . Dulu aku penah jeles sebab benda ni la haha teruk betol kan mmg tak patot aku buat camtuh . Di masa akan datang aku akan berubah menjadi lebih baik wahaha . Takpa kita belajar dari kesilapan lampau ye .


                            Okay itulah sajalah untuk entri kali ini .Takpa lepas nih aku update lagi okay , lagi panjang lebar akan aku story yea !~

                            Saturday, October 30, 2010

                            Okay Aku Sedih Gilaaa

                            Huks, hari nih dah ahad . Weekend nih family aku datang , pg holiday dekat Plaza Hotel .
                            Semalam jugak lah bola Piala Malaysia , aku mmg tak tengok la kn, huk huk mengharapkan orang lain je yang bgth aku meh huhu . N9 kaloh yo , sodih sangat tuh . Semalam jugak aku jalan-jalan dekat Ikea dengan family aku , aku okay jelah ngehh cool kan walaupun sedang menghadapi konflik hati but then kita kena lah cool alaa aku dah cekal menghadapinya .
                            ( Elehh cekal ke ain).

                            Aku terasa sangat down series . Tak tipu nih , haha but cam biasalah aku selalu act like nothing happen . Well aku sangat pandai bab cover-cover nih , wahaha ! Ehem aku tak tau nak buat apa dengan apa yang aku rasa . Nak mintak pendapat tak tau dekat sapa , yelah cam orang rajin pulak nak dengar masalah aku kan . Lgipon bukan aku boleh luah kat sembarangan orang meh .Ahhh so berdiam diri jelah menanggung perasaan sumpah tak best ! Diam jelah , buat-buat happy sikit dan jangan diikutkan sangat perasaan tuh !

                            Dah lah orang semua dah habis anta asemen jap lagi aku nih haa ada lagi satu asemen yang masih belum dilaksanakan . Fonetik . Tuh lah ain kan kau yang nak amik jabatan nih maka kau haruslah bersedia untuk menghadapinya , ohh yes aku tau semua tuh . Ahh series susah sangat aku nak siapkan . Adui sekarang dahh masuk Stdy Week , ada orang balik kampung , ada orang stay je kat kolej nih haa contohnya cam aku , tapi afta stdy week aku balik lah .


                            Okay petang nih aku nak main tenis , mkin dengan cara nih aku boleh release tensen tapi ....
                            ahh mana raket aku ?? Grr neal pinjam tapi dia pulak takda ahhh lagi bertambah tensen aku , i want my racket back ! huk huk . Apa nak buat petang-petang nih tak kan nak study ahh memang lagi GILA lah aku naty . Exam dah nak dekat tapi aku tak rasa aku nak amik exam , cam mana nih ? Mcam mana nak kekalkan pointer macam sem lepas ? Huuu okay ketakutan mula menyelubungi diri ini :( Ohh tidak tidak , aku harus membuat anjakan paradigma . Ini dah saat-saat genting nih hoho --------------> Jum bertukar !


                            ZZZZZZZZ .. apa nih nak tido ke apa ni ? haha entah pape okay aku nak buat sesuatu yang berfaedah okay have a nice weekend ppl :)

                            Ohh sebelum terlupa . 27/10/2010
                            ... HAPPY BIRTHDAY ....


                            Sorry dapat wish kat msg je , i busy settlekan asemen .
                            I doakan u all the best okay exam nih :)
                            Semoga kegembiraan sentiasa berpihak pada u .
                            Semoga dimurahkan rezeki.
                            Semoga dipanjangkan umur.
                            I mintak untuk segala kesalahan i pada u .
                            Pls take care okay !