CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 29, 2011

Aku serba tiada , aku kekurangan .




Selamat malam semua .Ouchhh , sobs sobs . Takda benda pon actually . Tapi bagi aku , ia ada benda . Tak tau cane nak mulakan . Well , aku mmg ada kekurangan , terlalu banyak kekurangan nya . Sampai tak terkira . Banyak kali da aku cakap , aku mmg tak perfect pon . Tapi tuh lah kan nak buat cane siapa lah aku . Tapi ada satu perkara lah yang mmg aku susah sikit nak berubah sampai skarang . Aku kalau kuar selalu tak bgth orang . OKAY aku mengaku itu mmg kekurangan aku daripada dulu smpai skunk , aku penah kena marah dengan mak ayah aku sebab kuar tak bgth , actually aku da pesan ngn adik aku . Tapi sekali tuh hp bateri aku habis , aku lupa nak cakap ngn dorang and terlupa nak guna hp kawan aku utk call dorgmmg my bad , then balik je kuar ngn amoi, mmg sonok la aku kena marah. Kann , mmg kelemahan aku tak tau la kenapa ?
Ehem salah aku la kan .


Okay itu dalam cite lain tapi kalau dalam konteks lain pulak , aku selalu jugak kadang2 kuar tak bgth sebab nya konon nak menjaga perasaan orang lain . Sebabnya aku salu mindset aku kuar tak lama pon , kejap je . Atau pun aku pikir aku tak ke mana sangat . Tapi hakikat sebenarnya mmg aku kena bgth kan , so bila aku tak bgth mmg salah aku lah .
Pastu aku ada mindset kalau aku bgth naty msti orang tuh akan marah , get jeles or wateva lah kan . Walhal sebenarnya yang aku tak bgth tuh memang akan mengundang satu kemarahan
So aku akan dianggap tidak jujur . Yeay itulah yang sebenarnya tak jujur . Aku nih jahat kan ? Suka pusing cite semua . Tuh la aku dah kata aku memang jahat .
Cane aku nak buat supaya aku tidak melakukan perkara sebegini lagi ?

Aaaaa , aku tau . Perangai aku yang camni mmg membawa keburukan .
But then , aku mmg jahat kan ? Takpa lah aku cuba utk berubah . Salah aku , my bad .
I am so sorry . Tapi walau jahat mana aku sekali pon , aku tetap ada perasaan , Yelah semua orang ada perasaan kan , Maafkan aku sebab menjadi terlalu sensitif walaupun mmg lah salah aku . Sorry sangat .

Maka dengan itu , saya dengan hati yang sedikit sedih, ikhlas dan terluka , memohon maaf atas segala kesalahan saya dengan bersikap begitu, saya akui itu adalah kesalahan dan kekurangan diri saya , Maafkan saya kerana tidak mempu menjadi seperti yang diimpikan atau diidamkan . Saya punya kekurangan diri yang amat banyak . Sekali lagi maafkan saya atas segala kekhilafan diri ini :( . Terima Kasih .

rawr <3
Assalamualaikum .















Sunday, January 23, 2011

Okay Seriyes Cantik .



Tehee, selamat pagi . Waaaa , hari nih aku kagum dengan wedding zaquan dengan ayu raudhah . Dorang kawen bukan hari nih la tapi aku tengok gambar dorang hari nih hahaha . Okay pls lah cantik sangat okay , tak sanggup aku nak tengok betapa cantik nya wedding dorang nih . Kemain tau . Wuu dah la sama cantik sama padan hahahah , bila aku tengok aku pon rasa nak kwen . Tapi talehh takda duit nak kawen cane ahahahah ~

Aku kenal si zaquan pon sbb dia ada kembar dan dia pemain bola sepak N9 ahahaha , ceh dan dan kan macam la aku nih peminat tegar bola kan . Hahaha , tapi sbb dia hensem okay .Wuuu kagum nih . Pstu kembar waaaa , mmg la aku suka kan . Sbb nya cita cita aku nak ada anak kembar ahahha , hak hak over lak kan . Alaaa comel wehh ada anak kembar . Okay dah dah .

Then ayu nih lak adik si rozita , mula mula masa aku knal aku ingat dia mmg btdung , Tapi tak rupanya , tapi yang penting muka dia nih mmg la ayu macam nama dia jugak, cantik orang nya huk huk . Comel je dorang nih jeles aku , muda je lagi dorang nih kan ? Tak kisah la janji dorang bahagia ye dak ? Kat bawah nih ada gambar dorang tengok la , sume nih aku amik dari team piccalasso , comel je sumanya . Jeles lagi ~.~ ahahaha .




Ini utk malam berinai , hari tuh masa jalan jalan , ada jugak nampak org buat inai ,
ingat nak buat sekali tapi ada pulak yang ingat aku da kawen kang haha
alaa padahal duit takda nak buat kan , jangan membazir tehee.


Wuuu , cantik sangat nih . Aaaa kagum aku, nak jugak .



Ishh comel kan dorang . Sedih nih haha tetiba nak sedihh .


Okay , tetiba ada monyet kat tengah , aku ada tengok vdeo dorg tu
comel jgak kyky dorg , takpo aku naty aku bawak kucing haha
tak habis2 dengan kucing kan ?



Okay tuh je ,cantik kan ? Dahh ain jangan la nak jeles pulak kan ahahha . tak tak aku gembiro nih haaa , hehehe .



Thursday, January 20, 2011

Speechless .

Selamat malam semua , uiii . Hari nih thaipusam day .Huk huk , penat ohh hari nih . Btw takda apa nak cakap sangat nih , but then tangan still nak menulis bila akal tidak bertindak mengikut kewarasan yang sedia ada . So sad . Hari nih penat sbb nya pegi buat BBQ tadi utk Man and Khidir . All the best to them .

Well , penah tak korang rasa actually benda tuh takda apa pon , but then kenapa perlu nak sedih ke , nak tacing ke tanpa sebab ? Hoooww , aku penah dan sekarang pon aku tengah merasakan perkara yang sama . Entah apa lah yang kurang agaknya kan . Tak tauu .
Sedihh tetiba T-T . Emosi tak menentu . Rasa nak menagis tetiba , bagi aku menagis adalah terapi yang baik utk aku sebabnya aku akan rasa lega . Tak kisah pon nages sorang sorang sonokk apa . ahahaha .

Nih dah masuk minggu ketiga utk smester baru . Humm ,rasa speechless pon ada huk huk . Ngeee , hidup harus diteruskan . Kalau aku malas sangat nak pikir-pikir yang melampau sampai membebankan kepala Hotak segala , aku suka mengikut rentak or just go with the flow . Wuuu , tapi naty kalau hanyut cane ? Ahahaha , harapnya adalah orang yang nak selamatkan aku naty kalau kalau aku hanyut . Kalau la ada yang nak selamatkan . Mana tau dibiorkan nya mati sesesorang hanyut kan , takpa bertahan la kan . Kita kena survive sekuat yang boleh , walau susah camne pn , matahari tak selalu menyinari kan . So get used with that !

Ohh minggu depan dah cuti , aku tak sabar nak balik rasa nya . Home sweet home .
Ohh hari yang busy menyebabkan aku dah lama tak jumpa kawan aku ahaha , Ezamm aku rasa dah lama aku tak jumpa kau , hum hum . Sedihh je . Kita tetap kawan kan T-T .


Ngahahaha lagi satu bila nak kurusss ni ? Aku nak balikk berat aku masa dulu 48kg mampu ? Kurus sangat tuhh ahh nak jugakk ! ahahaha .

Btw , last but not least . Tabahlah menghadapi hari yang mendatang . Berdoa jelah yang terbaik utk kita okay daaa ~

Friday, January 14, 2011

Semester yang agak sibuk .

Ohh , selamat malam semua dan assalamualaikum . Okay , aku baru je balik tadi dari program interaksi pelajar baru jabatan Linguistik Melayu ( AKSARA ) . Okay seyes penat , dari pagi aku keluar mencari rezeki malam baru balik ahaha , okay itu lebih. Tapi penat , maklum lah this is our 1st project , hum hum . Untuk makluman , kita orang nih takda senior sebabnya takda senior yang amik Jabatan Linguistik so kami adlah antara batch yang begitu berdikari tapi nsib baik sbb kami ada bimbingan daripada tutor kami iaitu En. popo dan Cik Juric , seriesly dorang sangat banyak membntu , tanpa mereka msti kami da terbiar je jadi anak tak terurus . Sobs beruntung kami ada mereka . Terima kasih :)


Tadi , mula mula agak neves ialah tak tau sangat nih , actually nak buat yang santai je pon , But then kena la jemput DR. Rohani waaa dia nih agak terkenal dengan sifat dia yang agak garang dan neves , dah la tadi Presiden takda so kami nih terkial kial la kann ,
aishhh nak amik makanan suma , barang . Wuuu aku kalau ada transpot jalan da semua , segan jugak ngn orang kan , huk huk .


So , nak cte boleh dikatakan aku agak busy jugak lah. Tapi aku busy dengan perkara perkara yang penting untuk future hahaha . Kat kolej tak sangat da , tapi ada satu je JKPAI, aishh penat nya . Kat fak busy bukannya apa , sebabnya , sijil kat Fakulti tuh adalah lebih berharga tau . Sebabnya, dorang akan tengok pa yang kita buat kat fakulti , kat universti yelah tak kan korang nak jadi budak skema duk libabry je kan tanpa ada join apa apa . Bosan ohh kalau asyik nak bukak buku je, mana pegi kemanisan zaman universiti korang , atleast kena ada jugak pengalaman yang penting nih , supaya kita dapat mengutip segala pengalaman yang berharga kan . Klau cam Kelab Linguistik tuh pulak ,jabatan kita org nih tak ramai so kita kena gunakan segala peluang yang ada , untuk lebih rapat dengan pensyarah dan tutor , biar dorang kenal kita naty so kalau pape naty senang la kan . Bila jumlah nya skit , lectrer nak fokus dan kenal ngn kita pon sng yelah , tak ramai kan .

So , da busy busy nih kadang2 rumit pn tak jumpa , malam baru jumpa tambah pulak , sem nih clss ada sampai malam . Uuii , kadang kadang nak bagitau pon tak sempat , sedih je . Bukan nya tanak bgth kadang2 tuh tak sempat . Tambah lately nih , yea faham orang sakit mungkin snstitive lah sikit tapi da cuba sedaya upaya nak amik ati , nak jaga ati semua , tapi kadang2 tu mungkin salah sendri la jugak kan , sbb busy sangat . Sorry , my bad . Dah cuba yang terdaya tapi kalau tak memuaskan hati dan tak cukup mintak maaf sangat2 . Get well soon ye .

Humm penat , skit belakang segala , sobs . Tapi harapnya semua nih akan berakhir dengan segera ye . Tapi kalau aku busy pon bukan la busy benda benda yang tak elok , kire aku busy tuh kena la dengan tempat nya , busy dengan fakulti , subjek haa camtu lah .
So aku kira ini adalah permulaan sem yang agak memenatkan dan menyibukkan buat aku .
So ain tabah ye , be strong !

Okay daa ~

Tuesday, January 11, 2011

Yes its a love entry

Hello, assalamualaikum semua . Selamat petang , ahaha euw euw sambil buat gaya sentap , kemain tau sekarang dah pandai nak sentap sambil pegang kipas buat muka kekwat well gadis semakin cerdik buat muka kekwat sekarang haha . Tapi series dah lama tak sentap dengan orang kan ? HAHA , baiklah ini mmg love entry . Agak agak kalau korg tak berminat ke takpa , i tak paksa suh baca pon okay. Tak kisah , ini hanya lah hasil nukilan i yang tak seberapa , then its comes out suddenly . Mungkin ada yang kata , eyboh la nak jiwang jiwang segala , takda masa la sekarang . Fokus pada benda lain dulu boleh tak , pelajaran ke projek ke apa ke , okay its up to u . Tak cakap pape pon . But then semua orang ada perasaan . Sejauh mana pon korang menafikannya , itu tetap perasaan korang , cuma sejauh mana korang nak handle atau kawal perasaan korang tuh la ya .

Baiklah mari mulakan ! Teheee.


Okay , actually aku nak bagitahu perempuan ni kan bukanlah complicated sangat , kita orang pon bukan lah nak dapatkan lelaki yang seperfect alam segala kan .
Tak semestinya nak kena dapatkan lelaki kacak , kaya , bergaya mutu keunggulan , tapi beriman itu mesti , tinggi , ala ala yang macam semua perempuan seluruh abad nak lah . HAHA , kalau aku okay memangla aku akui masa zaman sekola sekola dulu haruslah kan gosip2 dengan skolmate . '
aku naty nak boyfren yang hensem , putih , tinggi , kaya , semua la aku nak ' haha , seyes kalau zaman sekola dulu macam tu la kira nya kan , kira sapa dapat macam nih msti kita org cakap , perhh hensem bf dia , untung la dia .Ngahaha , okay itu kalau dulu boleh la nak cakap macam tuh semua kan , sekarang nih zaman da berubah , masa pon da berubah kalau nak dapat kan macam tuh alamat mmg la tak kawen kaum perempuan nih , ahahaha tapi mungkin akan ada segelintir perempuan yang mmg rezeki dia kan , kalau dapat Alhamdulilah , tak menolak pon . Huk huk . So , adalah beberapa ciri-ciri yang mungkin menarik perhatian si perempuan .


Antara yang menjadi kritria penting seorang lelaki itu ialah , lelaki itu harusla percaya pada perempuan yang dia sayang . Yes , fakta ini mungkin boleh ditolak sebulat mungkin atas alasan bagaimana kalau gf dia yang mengkhianati kepercayaan dia ? okay dalam hal nih , kita lihat pulak mkin ada sesuatu yang menyebabkan gf korang tuh bertindak sedemikian , atau sebenarnya memang tada pape pn but then korang yang terlebih over menyebabkan si perempuan menjadi fed up , maka kepincangan la akhirnya . Baiklah dalam erti kata yang lain, lelaki harusla bersedia menerima si gadis seadanya , tak kisah la dia pandai masak ke tak pandai ke, dia cantik ke tak ke atau apa saja lah . Kalau da sayang tuh kita kena lah trima seadanya tetapi untuk berubah demi kebaikan adalah digalakkan , kalau aku sendri aku mengaku aku bukan la terer gila masak kan , maksudnya semua resepi aku tau , seyes mmg tak okay , tapi aku tau la sikit sikit , mkin aku akan improve kan lagi untuk masa depan , yela tak kan la nak kasi laki dok makan air tangan mamak ye dak ? Dia bukannya kawen dengan mamak tapi kawen ngn kita hehe . Tapi kalau mmg dia ada efforts, mana tau sekali sekala dia kasi rasa masakan air tangan dia , haa apa salahnya korang puji kata sedap ke walaupun mak korang masak lagi sedap kan , yela setidak-tidaknya bole la kasi semangat kat dia untuk trus dan trus memasak lagi ;)



Okay seterusnya, lelaki seharusnya kena jadi lebih sensitif sikit . Okay aku tau kalau dalam hal ni, mmg lelaki fail haha , sbbnya kalau bab bab sensitifvti nih selalunya perempuan mmg pakar kan . Itu adalah lumrah tak salahkan lelaki , tapi cuma nak cakap biar lelaki ada sedikit sifat senstivti supaya perempuan akan rasa lebih dihargai dan disayangi , yes yes mkin cara lelaki tak sama kan . But then apa salahnya korang cuba ambik berat sikit dalam hal hal yang ringan nih haaa, tak suruh pon selalu tetapi kadang2 tuh da memadai dah . Agak agak kalau dia tengah cakap ke apa ke , layan la dia , jangan korang buat tak layan , mungkin cite tuh takda klimaks pon tapi atleast tunjukkan sikap nak dengar tuh yang penting supaya perempuan tuh rasa ohh adalah tempat dia nak mengadu kan huhu , konsep ni sama je kalau lelaki tu tengah duk cite sakan kat kita , haaa kita dengar tunjukkan minat utk mendengar apa yang dia tengah cakap tuh.


Ahaaa , yang nih paling aku suka . HAHA , cuba jadi gentleman sikit . Aishh lelaki come on laa tak kan la dengan perempuan pn korang nak berebut kan . Gentleman nih tak smestinya korang kena jadi gentleman setiap masa dan tak semestinya dengan awek korang je korang kena jadi gentleman dengan kawan perempuan pn boleh je , dah mmg menjadi tugas korang untuk melindungi bukan ? Tapi kalau kat awek tuh , lebih ah sikit tak kan korang nak mengharapkan awek korang pulak gentleman kat korang kan . Memangla pulak tugas perempuan tuh untuk melindungi lelaki. Benda simple je da cukup contohnya , kalau naik kete kadang kadang bukak kan la pintu untuk dia ke , tayah selalu pon bnda camni , tapi kadang2 tu akan buat perempuan rasa waaaa terharu haa camtuh la. Kalau dia sedih call la dia , kalau bole jumpa haa jumpa la kasi kata-kata semangat kan . Kalau dia gembira korang tumpang la gembira sekali , tak pon korang cubit pipi dia ke , benda nih spontan but then akan buat dia tersipu sipu senyum malu ngeee , tapi tayahla nak over pulak kan ingatla batas jugak yea . Sama jugak kalau pegi makan , priority tuh dekat perempuan lah dulu , jangan bila sampai makanan korang eyboh nak berebut makanan segala macam lah da setahun tak jumpa makan, iye tau lapar tapi org kata tuh offer lah kat perempuan la kan, baru la sejuk mata memandang haha .


Ngee okay , itu jela yang aku nak cakap hari nih . Hehe lastly nobody is perfect ye .But tak salah mencuba :)

Saturday, January 8, 2011

Teheee dokomun !

Teheee salam suma , sihat ? HAHA , grrr ini adalah post pertama aku untuk tahun 2011 , percaya atau tak percaya aku seriyes busy gilaa walau hanya baru minggu pertama semester neh and minggu add and drop pulak tuh , but then aku dah belajar kot skit skit .

Wuuu , baiklah aku busy dengan projek fak dan jugak projek kolej tapi sikit lah tak banyak sangat pon .

Penat weh , rehat mmg tak cukup. Pastu mata aku perhhh eyebags seyes terserlah , hbisla musnah masa depan aku macam nih hahaha . Cane ? Mesti da takda sapa nak aku kan kan kan ?
okay sedih jelaa T-T . Wuu dokomun .
Anyway tahun baru disambut dengan haiwan dokomun haha . Motif , comel sangat nih , okay pasni nak dokomun pink pulak lah . Agak agak boleh tak camtuh ?
HAHAHA .

Tapi , walaupun suka tapi tetap sedih dengan pemergian sesuatu, aku mmg kena dapatkan blik benda tuh wehh , kalau tak cane ? Dah la misi mencari gagal , sobs mmg nages la aku kan .
aih aih tak dulikkk aku nak jugak .

Hum hum pastu kita kena la belaja rajin rajin , bersesuaian dengan tema penjimatan harus dilakukan dengan sebaiknya , mana tak nya duit masuk lambat , mmg makan rumput la aku jawab nya , ke ni ujian untuk aku kurus , walau ada org kata aku macam da kurus sikit , Hmm sikit jela kan hahaha .Ahhh kurus la sangat gemok je jugak aku tengok .
Tapi berani btol duit masuk lambat , mmg la dia suka tengok kami suma nih kekeringan takda duit kan sobs , sabar jela .

Ahaaa harinih besday kawan baik aku Nur Athirah Mazlan yang ke 22nd . Wahh dah dewasa , selamat hari jadi . Semoga berbahagia selalu dan persahabatan kita kekal selamanya ;)

Okay ngantok sangat nih , adui macam addicted je aku nih haaa . Dah la pagi pagi sejuk tahap apa ntah , mmg gigil aku kan. Wuuu .
okay semua take care ~