I do not know. Aku jalan jalan kat folder aku dan aku nampak nih semua . Of course ini semua menggamit memori aku . Tipu kalau aku kata aku tak rindu . Aku rindu gila moment bersama korang . If aku boleh mengulang masa dan ketika . Jikalau aku ada membuat salah dan silap . Terluka hati dan bicara Terguris hati atau terkecil hati Ampun mohon dan maaf dipinta . I just love u guys . Aku hanya manusia biasa yang kadangkala alpa dan lupa Aku juga membuat kesilapan tanpa disedari Mintak maaf bebanyak . Terima kasih for those sweet memory . And pls jangan menghentam dek kerana aku post perkara nih aku hanya teringatkan detik dan saat ketika ini sahaja ;)
Ngeee . Selamat petang semua . Okay disebabkan aku ada kelapangan masa yang sedikit ini so aku nak conteng-conteng blog aku nih . Okay guys . Sebagai permulaan bicara aku taknak sedih -sedih apa sangat . Hidup nih kan singkat , so just enjoy of it . Anggap lah segala dugaan dan halangan itu sebagai rencah dalam kehidupan . Sama macam kau masak , kalau takda rencah masakan akan tawar dan kurang sedap . Kalau nak pkir sedih kau je . I bet you it will end up with nothing . Aku la tuh . hahaha sampai bila orang rajin nak melayan mengada-ngada kau , merajuk-rajuk kau semua kan , orang pon get tired errr hahahha. Thats the point . Okay fine . Kan dah besar okay tak bape besar lah sangat pn . Ngeee . Seems aku berdoa nih adalah tahun aku terakhir aku di sini aku mengharapkan aku dapat mencipta sebuah kenangan dan sebuah kejayaan yang boleh aku cerita dekat anak cucu aku kelak. Cita dan cinta bersemi di sini Insyaallah .
Ehem banyak weh kena pikir , aku pon ada je masalah kewangan , masalah belajar , masalah yang macam -macam . Kalau nak pikir semua rsa cam tak mampu . Pheww . So aku harap aku bole nak menempuhnya i wish sangat ;) . So sekarangnya bukan la masanya nak bermain-main kan . Hahaha . Tapi aku ada memain skit jugak nih iye la aku bukan pelajar skema weh . Aku suka jugak melalut2 kadang-kadang hahaha . Tapi aku cuba nih belajar beralah dari semua aspek sama ada kawan dan jugak sweetheart . Mungkin lah aku nampak jea macam nih kan kalau ngn ayid aku tanak beralah . Hahaha , aku sebenarnya faham tapi aku saja tanak faham sbb aku mengada level tinggi punya . Ngahaha . Okay salah aku . So seems ada yang perasan , aku perasan jgak tapi aku macam malas nak amik seyes tapi sebenarnya seyes perkara ini . So lepas nih kena lah jadi more considerate . Yes itu kata kunci dia bertimbang rasa . Farid afiq bukan hak milik aku sorang , dia ada masa dia yang sendiri bersama orang lain jugak . So aku kena la beralah kalau dia tanak buat semua benda dengan aku wahahaha aku gurau je. No betul haruslah aku nih bertimbang rasa kan . Eh tak maksudnya , aku faham kalau dia keje ke atau ada keje lain ke haa itu maksud aku okay ;) . Apa-apa pun kita berusaha lah , dengan ada nya keizinan Allah swt kita akan bersama jugak. Yang penting kena semangat , itu yang aku belajar jangan sbb korang dah agak lama semangat itu hilang . Awak kan antara sumber semangat saya ;) .Macam mana kita semangat waktu dlu macam tuh jugak kita kena semangat sampai bila-bila dan jangan mengalah ! Yeahhhh .
Kalau dari aspek kawan pon sama jugak .Kalau nak kira terasa mmg payah lah kan . Terasa itu adalah terasanya jugak . Tapi cuba think positif . Kawan jugak bukan hak milik kita seorang . So just chill . Macam relax jea . Kita semua sama-sama . Kemanisan berkongsi itu adalah manis dirasa bersama . Tapi bukan lah utk aspek 'sweetheart' pulak , hahaha lempang kang . Okay ain just chill , kau cool je .Okay tapi jangan sisihkan pulak sbb macam aku kata kita kawan kan . Yang penting kita kawan . Aku sayang semua kawan-kawan aku . Tak dinafikan mereka ialah antara sumber kekuatan aku . So jaga jugak hati mereka kan ? Love ittttttttttt , hehehe.
Akhir kata aku cuba utk berfikiran positif , bersangka baik . Rindu dekat mak bapak ! Huwaaa . Sobsob . Sedihh . Ngeee . Nak balik umahh . So ain ! Chill , ingatlah ada orang yang mengambil kisah tentang ttg kau walaupun kata kesah ? WAHAHAHA .
Selamat petang semua .Okay gambar kat atas hanya orang yang faham je apa boleh tafsir kan maksud tersirat yang boleh aku sampaikan . Benda nih macam-macam boleh jadi, praandaian. Orang boleh andaikan apa saja yang mereka nak . Bagi aku ini adalah permulaan sem yang aku rasa sangat berat untuk aku tanggung , sumpah aku sangat stress tapi aku tak tau nak cakap cam mana . Takda bahu yang aku boleh pinjam supaya aku boleh nages sepuas hati aku . Well , semua orang ada masalah tak terkecuali jugak aku , cuma aku tak boleh nak menghadapinya seorang diri , sebatang kara . Yes , aku ada family , kawan-kawan semua and the special one . Tapi entahlah . Its like ermmm , aku tanak mnyusahkan mereka dengan masalah aku sebab mereka pn ada masalah dorang sendiri. Tapi aku tanak foreveralone okay sbb aku tau kenapa kita nak kena sorang-sorang sedangkan kita ada orang di sekeliling kita walaupun orang tuh tak hiraukan kita pon, okay abaikan . Macam nih la kau sedih tapi kau tak tau nak bagitahu dan berkongsi macam mana . Kalau jenis aku , aku mmg perlukan orang di sekitar aku sbb dorang semua mainkan peranan penting pada aku . Yea , semua orang tak perlu tunjuk pn sedalam mana penghargaan atau sejauh mana mereka menghargai aku atau sedar kewujudan aku takpa aku tak kisah pn . Sejauh mana kepentingan aku atau sejauh mana perlunya aku nih semua tuh aku tak mintak pn sesiapa tunjuk sebabnya aku cuba bersikap understanding. Tapi jauh disudut hati aku , aku rasa macam jauh , atau tersisih atau entahla. Okay mungkin ini aku sorang je rasa kot , mungkin mainan perasaan aku sendiri . So jangan amik series lah . Tapi kadang-kadang terpikir jugak adakah aku kena survive sorang-sorang weh? Tak kan aku kena foreveralone . Atau mmg jalan takdir nya aku kena camtu , tapi aku tanak weh aku tak boleh .Aku tanak sorang-sorang, aku nak ada orang lain jugak .So tankiu untuk farhah , cikmah , pipah and dila sbb korang sedia membantu dan pls jangan tinggalkan aku sorang-sorang weh , aku fokuskan nama korang sbb korang adalah cosmate aku . Same goes farid afiq terima kasih la susah -susah amik kisah pasal saya , much appreciate to u . Buat rumet untuk sesi ini , harapnya kita cekal dan gigih menempuh kehidupan yang akan datang sbb banyak lagi yang akan kita lalui nih , be ready guys ! Hee .
Next ,yes , im acting cool . But the fact is aku tak cool langsung . Kau faham tak perasaan bila kau hanya mampu pendam tapi tak mampu meluahkannya . Kau tau tak memendam adalah satu perkara yang berat dan mungkin aku bole jadi gila dengan hanya memendam . Tapi aku tak reti meluahkan , sampai satu masa orang akan nampak aku lain daripada ain yang sebenarnya. Aku tak tau nak buat apa , benda paling simple dan senang aku buat . Crying like a baby . Tapi kali nih agak teruk , sedu sedan bagai . Tapi lepas tuh aku okay la sikit kot. Ada sorang kawan aku cakap kita mmg tak mampu nak puaskan hati semua orang dan belum tentu semua orang suka dekat kita infact ayah aku cakap benda yang sama jugak. So aku terima lah hakikat itu mmg aku tak mampu nak sempurna lagi semua aspek pn aku akui la kan tapi kata farhah pantang mengalah sebelum mencuba .
Aku bukan seorang yang berani , aku jugak bukan seorang yang berkeyakinan tinggi. Yang menjadikan apa yang aku ada sekarang disebabkan oleh sokongan dari orang yang rapat dan berada di sekitar aku . Aku mengaku weh aku sangat memerlukan sokongan yang padu dari belakang . Aku tak reti untuk bergerak sorang diri entah lah macam tak yakin , ada orang lain pn aku cam tak yakin lagi kalau sorang apatah lagi . Bila aku sorang-sorang nih pon aku macam stress gilaa rasa cam nak nages je , tapi nih la benda nya yang kena aku lalui . Dari aspek rohani dan emosi aku kenalah kuat dan tabah. Aku harap aku tak mengalah sebelum aku mencuba . Walaupun aku jenis mengcomplicatedkan benda yang mudah tapi takpa lah aku kena cuba jugak macam aku kata aku tak mampu nak demanding untuk menjadi seorang insan kamil .
Macam aku lah jugak kalau aku berusaha untuk mendapatkan sesuatu mesti aku kena jaga benda yang aku bersusah payah dapatkan itu sebaik mungkin . Tak kan aku nak tinggalkan dia camtu . Adalah tidak adil untuk dia diperlakukan sebegitu , sama macam kau bela kucing , hamster atau apa je . Kalau kau bersedia nak adopt a pet kau harus bersedia untuk menjaga dan bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan tersebut , Janganlah bela jea tau tapi tanak kasi makan minum, kesian lah kan . Knapa nak kena buat camtu kan tak baik .
Sem nih jugak ramai gila orang tegur aku dah kurus. Sampai ada yang kata aku sakit ke ? Erm , aku tak pasti kalau aku sakit ke tak . Sebab sakit tuh biasalah kan dan aku pn tak penah buat pemeriksaan secara rapi nak pegi tapi tuh la takda masa , tapi tak kan itu penyebab kurus , aku rasa aku kurus sbb masa aku cuti aku keje kejap dengan bulan puasa so sbb tu kot kurus. Harap-harap aku mampu nak uruskan jadul bagi semester yang penuh dugaan dan cabaran nih .
Pening kepala .Well , Sorry kalau ada salah dan silap . Take care peeps !
Oii selamat malam , haha assalamualaikum . Okay lama gilaa aku tak update since aku kat rumah sampaila aku dah balik UM nih haa . Ohh ye semua orang dah kembali ke sekolah eh silap Universiti , aku sekarang dah final year . Takut gilaa weh , sumpah cuak . Mampukah aku menghadapi tahun akhir kat sini weh dengan tekanan dan stress yang pelbagai .Ermm , takut nya . Ya allah permudahkan segala urusan hambamu ini . Semester baru , cepatnya masa berlalu . Subjek sem nih ya allah mencabarnya tuhan je yang tau. Aku cuma berharap aku boleh lakukannya . Berdoa dan berusaha lah .
Hari nih aku rasa sangat pelik sbbnya ada orang tido dengan perasaan yang berbelah bahagi agaknya, atau marah atau emo atau apa jelah. Hati aku kuat merasakannya. Huhu . Pastu aku tengok balik aku banyak tulis kat blog buat at then end aku akan save as a draft . Hahaha . Banyak gila weh more kepada curahan hati aku lah . Aku macam tak sampai hati nak post pulak . Bimbang ada yang terasa pulak .
Lepas tu malam nih kepala aku pening gilaa rasa berpinangpulak . Entah kenapa ?Okay , ke sbb aku kena hujan harinih weh , waaaa. Iye ke sbb tu ? Harap jangan la tak sihat banyak keje yang aku nak buat weh . Sobs . Apa apa pn mari ucapkan semoga aku tabah , cekal dan sabar menghadapi apa yang berlaku . Tak kisah la dalam apa benda sekali pun. Sekiranya ada salah dan silap aku mintak maaf la ye , aku nih mmg salu je buat salah , salu je membebel , salu je tak memahami orang lain . Macam macam lah , so mintak maaf . Kalau takda benda yang tak puas , sila bagitahu dan jumpa saya . Kita boleh slow talk , mungkin ada yang aku terlepas pandang , so i can mintak maaf to those yang terasa atau apa .
Ngee , salam semua . Ohhh , iye lihatlah dunia lihatlah . Gahh . Okay aku nak menunjukkan yang aku berjaya membuat makanan fav aku .Hahahah . Sedap weh sebab aku suka mmg la sedap haha , okay im presenting you my spagheti carbonara . HAHAHA , semalam gigih aku ikut mak ayah aku pegi beli barang dekat mydin malam tuh juhak aku buat hehe . Aku ingat naty balik UM aku nak buat sikit nak kasi kawan kawan merasa , semalam aku buat kasi adikadik rasa , testimonial yang memberansangkan hahaha . Ohh farid afiq , tengoklah hasilnya ngeee . hehe
Oh ye untuk awak , saya harap awak tabah dan sabar , bulan ramadhan nih selalu nya mmg ALLAH SWT banyak menguji hambanya utk tengok sama ada hamba nya mampu menghadapinya atau tak . Tapi sebab ALLAH tau awak boleh makanya awak ditimpakan dengan ujian dan dugaan kepada awk . Banyakkan berdoa , insyaallah bulan puasa nih doa kita akan lebih termakmul ALLAH lagi maha mengetahui dan Maha mendengar doa hambanya . Saya , rakanrakan dan keluarga akan ada selalu ada dengan awak insyaallah . Kepada orang yang salah itu , bertaubat lah kamu , bulanbulan puasa yang mulia nih pn nak buat jugak ke keje yang terkutuk tuh ishhh . Tak baik weh tak berkat .
Ngehh kita jugak dah menghampiri 10 ramadhan , ehh bukan hampir mmg ye , harapnya semua amal ibadat kita akan diterima , pesanan utk diri sendri jugak . Sesungguhnya aku bersyukur kerana dapat menyambut ramadhan mu pada tahun ini. Syukur ya Allah .
Okay la semua , selamat berpuasa selamat berpuasa dan selamat semuanya . Jaga diri semua ;)
p/s ; Farid afiq , i miss you <3
Dimulakan dengan bismillaah , fuhh . Okay aku stress , geram , bengang sumanya ada ! Sobs , sedih betul . Kadang-kadang aku rasa geram sangat rasa nak tumbok je orang ! Uwaaa *nanges . Aku cuba memahami orang but then orang cuba lah memahami aku pulak . Pls pls i beg u for this . Phew , lagi satu kata-kata sememangnya senjata yang memakan dari dalam . Yes u can speak , but sometimes watch your words . Bimbang-bimbang nanti ada hati yang akan terluka . Yelah Nabi saw sendiri berpesan kita sesama kita kenalah sentiasa saling menjaga dan menyayangi , jangan disakiti hatinya . Ke aku yang over sensitive ?
Okay aku lah tu kann . My bad ;( . Perkara ini jugak sebagai pesanan utk diri aku sendiri ye . Kita kena amik tau antara sama lain kan kan kan ? Huwaaa okay dah tanak emo emo . Nih kan bulan puasa . Hello , habis kalau bukan bulan puasa boleh la nak emo ? Hahaha no no no jangan tak baik emo emo. Hilang kejelitaan nanti , euwww jelita ke ? HAHAHAHA ;)
Fuhhhhh ! Okay sekarang nak cakap pasal makanan , benda nih dah lama cuma aku je malas nak tulis . Ak asyik tengok dan baca pasal macaroons and red velvet kek , tipu lah kalau aku kata tak teringin . Melihat kan rupanya yang cukup menarik tuh je dah buat aku rasa gulrpppp . HAHAHA , Okay benda ni dengar katanya ada jual kat KLCC , huhu punya lah aku nih selalu merayap kat sana haram aku tak tau huhu gilaa sedih . Takpa lepas nih boleh la kalau nak try , dengar kata jugak mengkerung nih ada jual kat harrods , which is 6 for rm15 .Not sure betul ke tidak , tapi kalau betul boleh laa beli hahaha teringin .Okay tuh je nak cakap . Bye .
P/s ; Sy tanak marah-marah , kalau boleh saya nak jadi gelpren paling cool dan comel dalam dunia nih ahahhaa . Tapi kadang2 tuh tak dapat menahan hahaha , so sorry . Tapi marah-marah nih tanda comel tak ? Hahaha , okay love u FA , much love , me <3
Hey , selamat ptang semua . Dh lama tak berblog . Pemalas nak mati aku sekarang nak update hahahha . Yelah konon nya dah gembira-bahagia-hati berbunga-bunga. Cehhh . HAHAHA . Ohhh sekarang my blog speaks for me . Yeay , Okay semalam malam sangat tragis . Sob sob . Dah la dari kat tempat keje lagi aku da takda mood . Aku rasa macam nak tumbok orang pon ada jugak . Ohhh pastu balik umah pon sama , cam orang mabuk aku semalam hak hak .
Gahhh , balik pon ada masalah jugak menimpa . Okay kita cepatkan kronologi . Nak dijadikan cite , aku nak tido dah semalam . Mule-mule ingat nak makan , tapi tetiba banyak perkara terjadi menyebabkan niat utk makan harus dipadamkan dengan begitu saja , takpa lapar pon lapar lah janji aku nak selesaikan masalah . Okay masalah tak bape nak selesai , masing-masing pon makan hati . Penat-letih-segala ( bukan aku lah ),okay jum nak tido . Tapi aku turun bawah dlu , nak simpan roti canai sbenarnya yg patut aku makan tapi tak makan , so sayang simpan dalam freezer , dalam turun tangga yang penuh perasaan bergolak dalam diri disertakan hujan panah petir , papppppppp ! Jatuh tersadung nasib tak kena akuarium kat sebelah kalau tak mati kena renjatan elektrik dah aku . Oiiii aku terjatuhhh , tergelincir . Perhhhh gila sakit tak ingat dunia punya , aku dalam keadaan tak bersedia jalan dengan laju lak tuh , pastu terus terjatuh . Bole bayangkan tak ? sob sob , okay terus nanges kat sebelah akuarium sorang-sorang disebabkan suma orang dah tido . Nasib baik la aku yang jatuh , kalau mak aku ke yang jatuh lagi parah , takpa bia aku je yang jatuh T-T
Okay , naik bilik utk tenangkan hati . Cuba la nak tido . Sambil tahan sakit , uwaaaa . Siku aku yang terhentak sebenarnya bersama kaki kiri . Okay dah pukul 3 pagi ,taleh tido tahan sakit . Dalam taleh tido , dalam kepala asyik kuar lagu breakeven nih hahahaha ! Cam sengal lah jugak . Bukan apa lagi nih macam sedap je , bukan macam tapi memang . Ohhhh . Tapi takda maksud pape pn aku mmg suka lagu nih macam aku suka lagi For the first time . Itu je .
Ahaaaa . So pengajaran yang boleh kita dapati dalam hal ini ialah berhati-hati , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa . Makanya, watch your words . Kadang-kala kata-kata je mampu membuat hati berkaca . Ehh ada kena mengena ke ngeh ngeh .