CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 13, 2011

Kebahagiaan itu ada harga nya .

Selamat malam semua . Okay , aku tak buat keje aku .Sobs , dah lah banyak lagi tak siap . Baiklah aku tidak dapat tanggung kesedihan yang amat dalam ini lagi ;(
Okay aku tak nak cakap banyak pon hari nih , minggu ni memang minggu sedih sedunia . Aku ulang minggu sedih sedunia ye . Air mata telah banyak dibazirkan ye , tanpa ragu-ragu , tanpa segan silu . Makkkkk sedih sangat ni T-T . Weh jangan kata aku tak cuba ye , aku da cuba okay tapi hati ini terlalu rapuh Ya allah .Semoga aku kuat dan tabah mengharungi semua nih , inilah harga yang harus aku bayar utk semuanya .

Bukan kerana tak mampu hadapi , tapi kerana kesedihan itu datang sekali gus tanpa memberi aku masa dan ruang utk aku pulih . Huuuu tak mampu . Tolongla penat macam ni , orang tegur kenapa mata kau bengkak , kenapa kau nages ? Tak dapat nak jawab , tak mampu . Ini semua kerana , kebahagiaan itu ada harganya . Kan , semua pon ada harganya , dan tak semudah yang kita fikirkan .


Apa perasaan korang apabila korang baik dengan seseorang dan dia mula mempercayai serta baik dengan anda tanpa anda minta , namun pada suatu hari telah jadi suatu perkara yang menyebabkan hilangnya kepercayaan dia kepada anda . Namun, itu bukan salah anda. Tidak sengaja , dan anda telah meminta maaf kepada beliau malah anda telah membuang masa, tenaga dan duit utk membetulkan kembali keadaan supaya kembali seperti biasa . Namun , apa yang anda harapkan hanyalah umpama sinar harapan yang tidak menyinar , dengan tiada sebarang ucapan terima kasih anda telah disisihkan begitu sahaja , iye salah aku sebab aku yang bawak , dan i say sorry already plus repair that all things . Okay takpa , itula bayaran utk apa yang aku buat , aku tak mintak weh series tak mintak utk menjaga pn , cuma aku di mintak tolong untuk jaga dan aku da lakukan sebaik mungkin tapi bila dah jadi macam tuh aku nak salahkan siapa tak kan nak salahkan takdir ? Orang yang buat salah tu pon dah mintak maaf plus bayar ganti rugi tapi aku tetap dihukum umpama akulah pesalah juvana tuh . Takpa aku cuba la utk kuat , tapi aku tak mampu sangat nih , T-T . Fine , lupakan la kisah itu , kalau da memang pergorbanan nya aku terpaksa dihukum macam tu , aku nak buat cam mana . Aku da mintak maaf , tapi still tak berguna jugak . Takpa sisihkan la aku . Cuma mintak maaf sangat sangat , halalkan la semuanya dunia akhirat ;(


Kesedihan bertambah pilu apabila orang yang anda sayang juga turut berasa sedih , huhu . Mungkin disebabkan masalah yang menimpa nya menyebabkan kesedihan itu telah dipindahkan kepada dri anda juga ( diri aku la tuh ) . Sobs namun memang itulah harga nya yang kena aku bayar . Air mata yang mengalir macam air sungai yang mengalir deras . Sedih nya , lagi sedih bila bekas kekasih masih mempunyai perasaan kepada orang yang anda sayang tuh tapi takpa masing-masing punya perasaan yang berhak utk mereka rasa. Konsepnya kita kena percaya dan itu merupakan tonggak utama malah menjadi tulang belakang dalam sesuatu hubungan . Aku sendiri pon banyak buat salah jugak , tak perfect mana pn . Aku akui jer, sebab tu la aku cuba nak perbaiki diri aku . I'll trust you no worries . Sabar ;)


Huk huk , okay dah tuh je . Ain tayah la kau nak sedih sedih sangat bukan boleh mengubah apa-apa , tapi normal la perempuan hanya mampu gambarkan kesedihan dengan air mata .Tapi tak patut macam tuh memang tak patut. Senang-senang jea aku nak nages kan , patutnya air mata harus jadi mahal bukan bole dibazirkan sesuka hati, aku selaku diri sendri kena menghargai dan mengasihani diri aku sendiri jangan nak harapkan orang lain sangat . Penat kau tau . Ingat senang nak menempuh suma ni . Inilah dugaan yang hebat tuh . Hoho. Takpa andai inilah harganya kan , aku redha dan tabah . Cubalah tabah sekuat yang mungkin . Be strong girl ;)


with love , NA .

Saturday, April 9, 2011

Luka melukai huk huk .

P/S : Jangan luka melukai lagi ye .
Percayalah tak seronok pun.
sobs ;(
Mari lah kita bermaaf maafan sesama kita .

Monday, March 7, 2011

Belajar untuk memahami dan menerima


Hye semua , assalamualaikum . Okay hari nih agak penat , bukan penat apa cuma penat menunggu , Well just nak share something la kan . Kita kena la belajar utk memahami kan ? Betul tak ? Kadang-kadang ada masanya kita kena memahami orang lain dan jangan nk ikut kepala sendri je .
Ohh yes , mmg la itu hak masing-masing , tapi kau sedar tak hak masing-masing kau tetap akan ada effect kat orang lain . So, baik kau bawak diri , duduk diam-diam dan tayah nak menyusahkan orang lain . Get a life babe . Yelah kita kena sedar , orang lain ada benda lain jugak mereka nak buat , even his got his own privacy okay , dan siapa kau utk menghalang ? BERHAK ke kau nak halang sekalipon ?

So, just control urself , bersedia jugak dalam pelbagai aspek . Orang lain pon ada keje dorang sendri , tak da masa nak layan kau sorang kan ? Berdikari la sikit kan ? yelah lambat laun kau kena hadapi jugak cuma antara cepat dan lambat jelah , hum hum katanya , takpa terima dengan hati terbuka :)

Kita kena la fahami keadaan orang lain jugak kan ? Kata da besar tak kan perangai nak macam budak2 naty ada orang lain pertikaikan umur kau ? Cane ?
ahaha , okay aku salu je kena macam ni , uhuks tapi cam biasa aku berubah attitude mengikut dengan aku bergaul ? Hello, tak kata aku nih budak budak sangat ada je matang aku , tapi kalau dah orang tuh easy going aku okay je , can go la takda la aku pon diam je kan , so depends la dengan siapa aku bergaul , tapi tak sangat kebudakkan kot , aku boleh lagi menunjukkan sifat kekakakkan aku ahah !

Pape pon aku just nak cakap je , aku cuba untk memahami situasi orang lain .Yelah maksdnya tayah nak mengada sangat suma kot ahah , ahaa adalah kenapa aku cakap camtu , aku berusaha utk mengekalkan nya , aku bukan nya tak faham , cuma aku risau , aku amik kisah sbb dia tu penting la , kalau tak penting takdanya aku heran kan . Terima dengan hati yang terbuka . Aku percaya dengan takdir . Teheee . Pape pon things happen for reason just believe .

Trust adalah akar umbi dalam memupuk sesuatu hubungan yang positif . Oleh itu, kita kena la percaya dengan kepercayaan yang kita limpahkan itu. Kalau terlalu rasa insecure sangat pon leceh jugak kan , naty kang rasa rimas pulak jadinya . Masing-masing punya privacy jugak kan , kau taleh nak hadkan atau larang benda yang kalau dia 10 tahun buat , pastu tetiba dalam tempoh masa yang kejap kau beria nak halang dia .Oh my , apa hak yang kau miliki utk berbuat demikian . Mungkin la rasa insecure itu agak comel sbb kau tau apa maksud nya kan kalau kta miliki perasaan insecure tuh tapi kalau insecure mampu utk menjadi onar dalam sesuatu hubungan baiklah kita ubah sedikit supaya jangan berbuat onar ye haha .

Okay selamat mencuba .

( Pesanan dituju khas utk diri sendiri haha )

Friday, March 4, 2011

Korang nak duit tak ?



Gahhh , hai semua . Okay aku nak share something nih . Korang nak duit tak ? Free je pn haaa meh le buat apa yang aku nak cakap nih . Benda ni pon simple je tapi korang try la buat ye .

Hehe , aku pon baru jugak , tapi dengar dan melihat orang lain haaa boleh tahan jugak . so try la bukan susah pon korang click je kat banner aku yang kat bwah nih then korang klik la dekat HEARTBEAT tuh then tekan create acc , pastu korang isi la form tu dengan betul haha !
Haaa senang kan , so aku nak promote kat suma yang baca blog aku nih haaa meh le buat , then jangan lupa klik kat banner aku sekali hehe . Kita kan sama-sama ,
Okay ?

Korang buat la ya , selamat mencuba !

Tuesday, February 22, 2011

Alkisah hint hint .

Wehh selamat petang semua , Hujann nehh . Aku nak pegi beli barang pon tak kecapaian sedih tak perkara tuh . Okay aku patut nya siapkan keje aku wehh , tapi macam biasa aku akan lagha dlu buat benda merepek2 kan , dah la balik tadi je trus gosip girls bersama rumit wuuu seram ooo , aishh . Tabahkan hati ya !

Okay okay , hari nih aku nak cakap . Agak agak korang kan , korang sedar tak kalau orang tu sedang memberi hint dekat kau ? Haaa , tak kan korang tak penah mengalami nya ? Hoho . Okay aku nakk cite sikit la kan . Kenapa sebab nya orang memberi hint pada anda ? HAHA . Perkara nih actually lumrah lah dan ia bole terjadi dalam kalangan kawan-kawan , pasangan kekashi dan juga suami isteri huk huk .

Okay , sebab apa ada hint ? Menurut apa yang aku tau , orang kasi hint nih sebab yela dia malu nak cakap direct to the point then dia pon berkias kias la kan . Yela malu nak cakap perkara sebenar ni berdebar rasanya . Haha kadang-kadang saja je pon, takda la nak hint ke apa sangat tapi just nak tengok reaksi orang tu je haha . Aku kasi contoh mudah , agak-agak kalau Gf korang eyboh la duk cakap kat korang dia ada barang nak beli la , nak keluar la ,apa lah . Apa yang korang leh agak berdasarkan apa yang dia cakap tuh ? Huk huk , pada taksiran aku mungkin dia nak korang menawarkan diri ' jum la saya temankan awak '. Kesian tak kan awak nak pegi sorang kan ? Naty kena culik ke macam mana ? Padahal sebenarnya Si gadis tu bole je nak pegi sorang and dia tau je Encik Bf busy kan , tak kan nak menganggu pulak apatah lagi menyusahkan. Tapi jauh di lubuk hati mungkin dia mengharapkan jugak la kot walaupun keberangkalian tuh agak rendah kan . Dia tanak berharap tapi at the same the time harapan tu ada la sikit . Itula assumption yang aku leh buat kan . Teheee .

Hint lagi satu lak , penah tak korang mengalami situasi camni , ini pada sang lelaki lah .
Camni , ' Hmmm cantik baju ni kan yang ? Cantik nih , beria la si gadis tu cakap cantik segala kan . Haaa itu hint nak suh Si bf belikan lettew kan ? Korang pon buat tak faham je ? Malas nak layan huhu , tapi kalau dapat Cik GF yang memahami keadaan kewangan kau ,okay takda hal lah . Tapi agak kalau ada duit lebih apa lah sangat berbelanja sekali sekala tuk Gf kau kan hahaha , dia pakai kau jugak nak tengok naty kan tehee .


Alkisah camtu la dia kalau orang memberi hint pada kau . Kadang-kadang tetiba pasangan korang jiwang lebih pulak kat korang kan , makna nya dia rindu kat korang lettew , Tak kan itu pon tak faham . Layan la sebaik mungkin , ohh masa mengorat dlu bole je kan , bila dah dapat buat tanak layan mmg kena penampor la kan . Jangan nak buat buat rasa bosan lak ye , come on lah . Kalau sayang kau akan variasikan rencah dalam hubungan korang supaya tak rasa bosan , Ye dak ? Jangan la main tinggal orang tuh kesian dia . Okay ?


Yela kalau ikut aku sendiri kan , aku pon tak suka jugak berharap tapi dalam masa yang sama aku ada jugak menaruh harapan sikit . Huuu , tak bagus jugak naty kalau tak tercapai sedih wooo . Sebab tu aku mmg taleh kalau orang kasi harapan jap lagi hancurkan harapan tu mmg sentap la aku kan sobs ;(
Tapi , takpa la mungkin terdapat nya kekangan yang menyebabkan harapan tak dapat dilaksanakan . Lagi pon kena la belaja nak berdikari sikit kan eyboh la kau kalau nak suma harapan kau dilaksanakan . Kena la faham kan , entah orang tu busy dengan benda lain ke kan , tak kan la keje dia nak melayan kau je . Kang tak pasal-pasal rimas lak orang tu kan .


Ahaks , itula dia serba sedikit yang aku nak cite kat dalam blog nih , Takda la apa la sangat hanya sekadar pandangan aku yang tak seberapa je . Kalau ada yang tersalah dan silap mintak maaf okay .

Saturday, February 19, 2011

Ohh february !

Baiklah , assalamualaikum semua ! Tehee lama gila kan aku tak update hahaha ! Baiklah , menjelang feb adalah bulan yang sangat busy utk aku, wah wahh its feb ye , ahaha dah nak habis dah pon bulan ni . Ramai orang suka bulan feb sbb konon-konon nya bulan yang penuh kasih sayang . haha yeke ? Bagi yang menyambut la , tapi aku tak sekadar suka tengok kad kad dengan bear bear yang banyak tu kalau jalan jalan kat mall hehe . Menawan je , tengok je mampu . haha then ramai kawan aku yang sambut besday bulan , btw HAPPY BESDAY la ye utk korang tehee <3


Hiks, baiklah . Bulan ni mmg busy sangat ye , dengan asemen, test dan sebagainya dan Projek dekat fakulti . Aku PP , aku pon tak tau nak kata apa hahaha. Aku cuba ye buat yang terbaik, memandangkan nih dah la kali pertama dan semua ahli unit aku perempuan kecuali sorang lelaki yang sangat la blur blur . Ishhh , frankly speaking , aku mmg tak reti sangat benda benda camni , tambah2 bahagian pengangkutan yang selalu nya lelaki yang pegang kan . So takpa lah aku amik dengan hati yang terbuka , mencuba setakat yang termampu dan girl power mampu melakukan nya . Btw , kalau tak mencapai apa yang diharapkan mintak maaf la banyak banyak ye . Hum hum camtu la malas nak komen banyak banyak , aku dalam proses belaja menerima dan buat la keje tuh kan , Yes itulah dia ! Kalau ada yang salah dan tak suka tegur tegur la ya .

Lepas tuh , asemen . Ohh yes , asemen aku sem ada dengan lec yang very detail dan renyah . Dua subjek lak tu dengan lec tersebut . Uiii rasa nak pengsan . Tapi takpa setiap sem mmg kita org salu dengan dia alhamdulilah tak menghampakan cuma tuh la banyak la keje nya sikit , bukan sikit mmg banyak , ingat lagi sem lepas macam mana keadaan nya , huru hara hidup kita org hahaha ~ agaknya sem nih camtu lah lagi kan . Analisis dan bahasa kanak kanak . Haaa susah asemen dia banyak nak kena buat . Sobs . Takpa kita cuba yang terbaik .

Okay pastu , bahasa Jawa . Oh my , hahaha ! Ini lagi lah , aku rasa nak nages je , tak silap aku ada test minggu depan uwaaa , kena la baca kan . Takut sangat nih , sbb nya nih kan bahasa luar mmg aku belum bjaya menguasai sepenuhnya la kan. Neves sangat rasa nya nih .

Then , presentation Bi . Okay , markah hari tuh tak memberangsangkan sbb aku neves okay . Aishhh , lec tu cakap projection suara aku da okay cuma aku neves , dan sbnarnya aku boleh je baca ikut notes tuh tayah hafal pon takpa hahaha ! Ish ish okay my bad , takpa terima teguran dengan harapan next time jangan buat lagi ye ain . Pastu aku kena siapkan lah slides seterusnya. waaaa banyak nih .

Next, hahaha . Morfologi . Uiii , nih lagi satu hahaha . Pening jugak nih , nak belaja pasal kata . ahahah nasib la Dr sudarsono tuh boleh berkrompomi kan , agak agak pasal asemen tuh boleh la ye , naty pape tak paham leh la tanya dia .

Ohh tak lupa Pragmatik, HAHAHA . Haaa minggu lepas baru je buat presentation . Aku dan farhah adalah pelakon nya . Ehemm . ahaha kelam kabut buat sehari sebelum . Mampu ? Mana tak nya kita org baru balik dari buat research mmg tak sempat la kan , dan semua ahli dalam group kami majorty pegi buat research tu haha . Ish ish , mmg tak sempat nak buat tapi alhamdulilah la ye . Harapnya markah pon cemerlang lah .

Perkara utama dalam bulan nih ialah pegi buat research atau field work. Alhamdulilah ini adalah pengalaman yang sangat berguna kalau nak sambung buat Master dan sebagainya. Alhamdulilah jugak sbb kita orang diberi peluang utk pergi ke sana , Seronok haha . Sapa sapa nak pegi honeymoon boleh la ye haha rasa suasana nature haa mmg sesuai sangat la tuh . Penglaman rapid shooting segala , sonok main air . Aku neves je bila lalu dekat jeram jeram tuh al maklum la tak pandai berenang hahaha ! Pastu pengalaman bersama team polis suma kan , termasuk jugak dengan polis yang gatal tu haha ish ish , ingat kat GF tau abg tak baik camtuh . Tehee , Haaa tak lupa juga abah angkat kita org hehe baik abah kami tuh . Siap leh kata aku nih leh masuk Polis wahahah , tak penah terlintas hehe , Tapi bila tengok Puan Lin tuh waaa smart ahh dia , gaya dia suma mmg bergaya mutu keunggulan lah . haha . Kita orang jugak da semakin rapat dengan lec dengan pak sudarsono dah kenal nama kita org , masa kat sana aku satu group dengan dia , haa siap leh panggil nama aku hehe best tak .

Okay itu je kot nak cerita haha , naty kalau free update lah ye. Semoga aku tabah menghadapi semua dugaan ye amin !

Tuesday, February 1, 2011

Mummy super hot star !


Uiii , selamat petang semua . Hush hushh bosann ohh petang nih , hahaha . Okay sebenarnya kan banyak je keje utk aku siapkan masa cuti nih but then aku pon tak tau apa lah masalah aku nih kan duk raban-raban buat benda mengarut , wuuu . Pastu siap ada msa nak jalan jalan then jumpa lak gambar nih , hahaha !


Wow , mummy superstar , hahaha . Hebat nya amik gambar dengan anak camni kan ? Haaa mampu? kalau kau hot stuff , cantik dan sebagainya je boleh amik gambar camni hahaha eh tak jugak semua org bole je amik gambar ngn anak kan hehe . Pastu otak aku yang merapu nih terus terbayang macam mana kalau aku dah ada anak naty ? Adakah aku dah tak macam sekarang , yela semakin keibuan . What keibuan ? haha ya ya jangan nak geli segala inilah yang kita akan tempuh semua ya wahai para gadis . Well , bukan nak mengatal atau apa . Honestly speaking , sekarang im going 22th , dan sekarang aku da semakin pikir apa yang aku nak jadi naty bila da grad , nak keje , nak ada kete , umah dan yang paling penting sebuah keluarga . Yes a Family . Memang la aku tak bersedia sekarang , tetapi aku dah memikirkan segala nya tentang perkara nih, walaupun sedikit takut dan cuak , yelah aku nih dah la perangai pon ada jugak senget senget kan apa nya nak jadi seorang ibu , tetapi aku percaya sifat keibuan itu akan terserlah dan datang dengan sendri nya wahh kemain kan hehe .

Tapi utk mencapai ke tahap sebegini , bukan la sesuatu yang senang dan mudah yer kawan kawan , tidak mungkin kita boleh menjadi seorang ibu dengan mudahnya seperti di mudah.com
kita kena melalui bnyak fasa iaitu antarnya fasa perkahwinan , Ouchhh perkahwinan . Besar nya topik kita kan ? HAHAHA . Well , aku pon bukan nya mahir sangat pasal benda nih semua . Tapi aku tahu nak kawen bukan nya senang sbb nya memerlukan perbelanjaan yang besar . Hummm dan perbelanjaan yang besar haruslah memerlukan kerjaya dan kewangan yang kukuh . Bagaimana pula utk ke tahap itu . Itulah dia persoalannya ? Huk huk , caranya kita kena la berdoa dan berusaha untuk mencapai ke arah tersebut supaya semua persoalan tadi dapat diselesaikan . Ngee , yes semua perkara itu tak semudah yang disangkakan , kita kena melalui beberapa fasa yang besar yer .

Aku percaya duit bukan la segalanya , namun sekarang segalanya memerlukan duit bukan ? Oleh itu , mengikut kebijaksanaan masing masing la dalam menguruskannya . Mungkin , keadaan dunia sekarang menjadikan orang menjadi lebih bersifat materialistik . Tapi kalau hanya dengan duit yang bersepah , melimpah ruah tetapi hidup tak bahagia tak bermakna jugak kan ? Tapi aku tak kata duit tu tak pnting , memang penting tapi aku percaya bukan semua orang memandang orang dengan wang ringgit , dan tak suma orang boleh dikaburi dengan wang ringgit . Aku lebih suka , kita berusaha utk mencapai kesenangan tersebut , aku tau cakap senanglah. Tapi kalau kita tak cakap macam mana kita nak buat , aku pon bukan la bagus pon , aku sedar diri , sebab tu la kita kena sama sama saling mengingatkan tak gitu ?

Pape pon comel anak angelina kan walau hanya anak angkat kan ? Takpa sekurang nya dia adalah membantu sedikit sebanyak kan . Tehee okay till here la daa :)