CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 20, 2013

Serieslah nak habis tahun 2013 dahh.

Hai semuaaa selamat petang, hahahahha. Saje jelah kan stalk blog orang yg dah lama gila tak update dari 2011 pn adaa. Termasuk lah aku 2012. Mesti sume org pon tak pandang dah blog aku, hahahah.
Dan tahun nih tahun 2013 dah. Ish ish cepat masa berlalu. Rasa cam baru semalam konvo, rupanya dah setahun dah aku konvo. Macam macam dah jadi yang sedih gembira semua ada. 

So, tu jelah nak cakap. Hahaha takda apa sangat pon. Pesanan penaja carilah orang yang menyayangi anda seikhlas hati, yang bertanggungjawab, yang boleh bertolak ansur gituu. Like one of my aunties ada lah berkongsi cerita kan, sepanjang perkahwinan mereka paksu aku tak pernah menghampakan permintaan maksu aku walaupun dah anak tigaa. sweet jugak paksu aku ni hahaha.

Insyaallah doa lah yang terbaik untuk jodoh korang dan doalah supaya jodoh berkekalan. Berusaha then  Aku ada baca jodoh adalah takdir yang boleh diubah. Jodoh tu kire 50-50 antara korang dan Tuhan. So siapa yang berdoa insyaallah adalah tu kan. Marilah kite hidup dengan gembira dan amannya hahaha.

Daaa.

Wednesday, August 8, 2012

Assalamualaikum pple .

Okay nih dah antara malam malam terakhir ramadhan . Aku tak sempat nak update blog , walaupun i have so many things to share but not in blog . HAHAHA . Well what can i say here , for girls out there you better find out the man that who loves you most than you are . Do not say u dont love him , but he must love you more because he wont hurt you because he love you . Rather than you love him most , he can do whatever he want because he feel you love him so he think that he can do whatever he want ikut kepala la dia kann .
See ? Then ada orang sendri cakap jangan percaya lelaki yang cakap sweet2 nih , kerana itu semua pembohongan ! Probably masa dia nak tackle kau pun maybe adalah pembohongan semata mata you better investigate first before you really eally fall in him . Yes you better do that .

Okay now aku sangattt hati . Serious . Kau nak kata imam negara ke hape ke ikut la . Kau kan mmg suka cakap cakap macam tu . Make me more sakitt hati !

Friday, April 20, 2012

Sabtu

Selamat hari semua orang . Ngeee . Dimulakan dengan cuaca yang sedikit mendung pada pagi tadi dan akhirnya hujan . Iye hujan yang turun bagaikan mutiara umpama air mata jugakk . Ahaks geli dowhh . Okay hari nih pn agak tak produktif sbb tak sihat kan.



Dah lah tadi gigih nak basuh baju dari tingkat atas turun bawah , tgok tgok punya ramai beratuq nak basuh baju . Perhhh aku dengan sakit nya naik balik ke tingkat kayangan balik . Fuhhhh ! So mood baik jugak sbb ada tetamu , buatkan air milo panas sbgai breakfast sbb aku tau mkin kita org akan makan lambat atau tak makan langsung sbb duit dalam purse kosong hahahaha ! So aku tak cakap pape aku buatkan air je then makan biskut alas perut , bila minum air panas lega sikit lah tapi sikit jelaaa. Huuuuu .




Oh ye semalam pembentangan kedua untuk penulisan Ilmiah aku hahaha . Pembentangan tu dibuat sbb nak tgok hasil dapatan kajian kami dan juga supaya kami tak tersasar daripada landasan la sebenarnya . So far, alhamdulilah lecturer tegur bgth apa yang kena btul atau tambah kire macam penambah baikkan . Hahaha cuak kot tinggal 4 minggu je lagi . Nih da nak masuk bulan 5 tinggal bape je nak exam dah . Tak study apa pn sangat so menambahkan lagi rasa cuakkk . Zzzzzz .




Air panas pn dah jadi suammm . Sobs . Okay tu je nak cakap .


Have a nice day semua orang :)

Tuesday, April 17, 2012

Kupasan ayat ahaks =p






Andai kata rasa kasih kepada nya memberikan keburukan kepada ku, hindarkanlah, kerana kesedihan ini begitu mendalam bagi ku.



Credit to : WR, saturday 8.41pm.


Lebih kurang begini la kot bunyi ayat tersebut , bila aku terbaca aku rasa macam ermm sangat sangat menusuk kalbu. Sbb aku boleh rasa, perasaan sayang dia kepada seseorang telah membawa kesedihan yang amat mendalam bagi dia. Hoho . Bagi aku ayat dia sangat puitis . Semoga dia tabah !


Wednesday, March 21, 2012

Pasrah

Malam semua orang , hari nih tido awal sbb tak sihat . Berat kepala rasanya , nak pegi clinic pn dah malam so tido jelah bole mengurangkan sakit . Erm , apa aku nak cakap yelah macam mana aku sorok kan rasa hati , macam mana aku simpan pn jauh di sudut aku masih tak ikhlas dalam memaafkan . Tapi aku cuba sebaik mungkin tak berdendam , memaafkan, melupakan . Tapi its end up dengan aku tidak melupakan perkara tersebut . Makna nya aku tidak ikhlas dalam memaafkan , aku tanak macamtu .

Ya Allah , ikhlaskan hati aku dalam memaafkan sesiapa . Aku tanak berdendam aku tanak rasa yang tidak baik . Jadilah aku pasrah dan redha dengan segala ketentuan Mu.

Aku harap aku meredhai segalanya, selamat malam.

Tuesday, March 20, 2012

X-Factor

Selamat petang semua . Mengantok gilaaa yang tahap tertinggi punya tapi cekalkan hati jugak lah kan . Apakan daya aku tidak bisa memilih kerana aku memilih untuk tidak tido hahahhaa. Ini short entry je jangan risau okay haha . Aku nak cakap dalam pemilihan kriteria teman hidup terdapat banyak faktor-faktor yang perlu di ambil kira . Betul ini series ye kawan-kawan . Aku bagi contoh lah , dalam banyak-banyak kriteria kita akan tengok yang major factor iaitu agamanya, pendidikan, keturunan, harta, dan rupa paras . TETAPI kdg kala mungkinla ye mungkin bila semua tuh kita dah dapat masih terdapat lagi faktor-faktor yang penting dan perlu diambil kira .


Misalnya, kita suka lah orang tu kan , sayang semua cukup kritiria semuanya tapi dah lama-lama baru sedar dia tak bole nak in pulak dengan kita . Ada je yang tak kenanya, bila kita banyak cakap yang sana pendiam pulak pastu dah suasana jadi awkard .


Dapat yang banyak cakap pulak , keje nak cakap bobek sana sini, perli sana sini sampai dah tak sedar mana satu perli mana satu gurau dan kadang2 sampai boleh menyinggung hati dan sebagainya.


Ada pulak yang kita suka tapi masih tak boleh berubah sepenuhnya dari sesuatu aspek tertentu , ye perubahan bukan sesuatu yang mudah tetapi dengan usaha yang gigih pasti boleh . Okay aku tau bukan mudah tapi kalau kita nak mesti kita akan dapatkan bukan ? Kita tak boleh expect orang itu akan ada untuk kita sampai bila-bila tapi kalau kita pn still macam tu kita jangan harap orang tu nak terima kita dengan mudah dan sesenang hati je walaupn orang tu sayang gegila punya kat kau.


So, konklusinya walaupun kita suka dan sayang tetapi untuk menerima juga kadang kala bukan sesuatu perkara yang mudah dan senang. Tapi yelah manusia kan tak sempurna ye dak ? Kalau sempurna takda la timbul masalah maka gunakan la kebijaksanaan akal untuk menyelesaikan ye .

Bye bye peace ;D

Wednesday, March 7, 2012

Horoskop .

'Suke sangat post pasal horoskop ko, suke eh ade perangai lembu dlm diri'



Recently nih aku salu post pasal horoskop aku yang sememangnya berzodiak lembu .

Ttbe aku terbaca ada orang post camni .

Korang rasa apa yang aku patut pikir dan aku patut rasa ?

Aku nak jawapan ?

Tapi aku risau jawapan yang aku buat salah atau aku taleh terima kalau

memang betul sangkaan aku .

Apa salah aku ?

Sunday, February 26, 2012

Penat .

Selamat petang semua . Hari yang mendung, hujan , guruh semua lah pada petang nih . Aktiviti hari nih juga tpaksa di batalkan sbb atas kecuaian aku , sorry la aku tak sengaja aku kan kelam orgnya bila nak cepat2 msti ada yang lupa punya hmm . Dua hari nih yang sepatutnya aku writing thesis aku , yes aku buat walaupun tak siap terus tapi aku buat sikit-sikit . Walaupun aku memang ada kena buat dari mula dari sebab segala data rakaman aku hilanggg . Yes hilangg T-T . Sebabnya enset aku hilanggg , penat aku rakam , penat ada orang tolong rakam kan untuk aku tapi semua hilang macam tu je. Makcik tu yang amik , aku ingat lagi muka dia , walaupn aku tak sedar enset aku jatuh masa tu tapi aku ingat macik tu senyum kat aku agaknya tanda gembira dia dok kebas enset aku sobs . Masa tu juga aku buat perangai konon nya ada orang nak pujuk tapi takda pn , dan akhirnya barang yang aku beli dengan gaji pertama dan sedikit bantuan mak ayah hilang camtu je itu la yang aku dapat . Sedihh gilaaa kot . Semua data nak buat analisis utk kajian aku pn da takda . Dan aku kena mulakan balik dari bawah sorang diri tanpa bantuan sesiapa , ohh ada kawan aku zaid , tankiu la sbb kau sudi gak nak tolong . Ribuan terima kasih aku ucapkan .


Tapi aku bukan nak merungut , nak mengeluh penat atas semuanya walaupn ada jugak skit . Aku kena bersemangat untuk mulakan semua nya kembali ! Aku kena berdikari tak boleh mengharapkan orang lain. Aku ingat lagi ada orang cakap kat aku , ini thesis aku , aku la yang kena buat bukan dia atau orang lain . Iye mungkin aku ini tlalu bergantung jgak ,tapi aku cuma nak mintak tolong je , sbbnya situasi aku tak macam dulu dah , kalau aku macam dulu mesti tak susah aku nak dapatkan data tu semua . Tapi semua nya da lain sekarang . So aku kena usahakan sendiri by my own. Tapi terima kasih pada sesiapa yang penah tolong dulu insyaallah ada balasan yang setimpal apabila kita ikhlas membantu orang lain.


Okay enough about thesis . Aku cuba la yang terbaik . Tak cuba tak tahu. Sekarang macam rasanya kalau orang dah letih melayan karenah kita dah penat ? Apa yang kita nak buat ? Korang ada cadangan ? Sbb apa yang aku buat mesti ada yang tak kena ? Aku cuba tanak merungut , tanak mengeluh semua tanak , tapi Ya Allah susahnya . Tapi susah tak bermakna tak boleh kan ? Ustazah cakap kalau kita cintakan orang tuh sebab harta , rupa paras , cinta itu juga akan pudar apabila pudarnya kecantikan kita , harta kita dan sebagainya. Tapi kalau kita cintakan kerana perangai ? Habis kalau perangai kita dah takda lagi macam dulu adakah cinta kita juga akan hilang sebagaimana hilangnya perangai kita yang dulu . Aku penah alami perkara ini ? Manusia berubah , kadang kala kita sendiri yang kita ni berubah , mungkin juga faktor individu lain, situasi yang membuatkan kita berubah . Entaahlah aku pn tak tau nak cakap macam mana . Kalau sesiapa ada jawapan bgth la ye .


Okay la aku nak pegi main tenis petang nih . Semoga aku menjadi orang yang lebih baik, mampu jadi pelajar yang cemerlang, pekerja yang baik, anak yang solehah , isteri yang solehah yang menenangkan hati suami, menyejukkan hati suami . Semua nya yang baik-baik la Insyaallah . Take care semua orang !

Wednesday, February 15, 2012

Broken .




Hey semua ! Gaaaa . Tadi jenjalan , terjumpa gamba ni . Hahaha kreatif kan ? Dia menggunakan simbol telur pecah bersamaan hati dia yang pecah jugak la gamaknya , no bukan pecah lebih sesuai maybe retak, terluka, dan sebagainya . Hahah pandai dia memilih bahan dan menggunakannya sebagai quotes , eh yeke lebih kurang la kan . Ngaaa , alaa kalau jawapan nak senang , camni je ' Kisah pulak saya' , atau ' ingat saya kisah sangat' HAHAHA . Sentap tak ? Alaaa elek ini baru sikit bro ! Hahaha .


Adeh , kelaka je . Well, sebenarnya, misi yang diangankan atau dicitakan langsung tidak berjaya .MAKA sedihla hati ini tiada terkata namun didiamkan saja . Sobsobs . Untuk perhatian jugak , ewah sapa yang nak perhatikan kau sangat ain ? Hahaha dah masuk sem 6 . Rasa tak bersemangat . Kenapa entahnya , tak faham aku . Sedih lagi mengundang. Permulaan sem pn rasa tak best jugak . Semua tak best ! Huuuuu .


Okaylah rasa bosan nih. Something is missing . Cant find it back . Phew . Lagi sekali cuba optimistik , dan tiada dendam di hati . Yeahh go !


Bye !

Sunday, February 5, 2012

Monolog .

Assalamualaikum semua . Phew , as usual lewat malam yang biasa tiada yang bestnya tapi aku bersyukur alhamdulilah rezeki =). Tapi hahaha biasa biasa je . Bosan . Ohhh beg tak kemas lagi malas nak kemas , macam biasa la aku kalau nak balik KL je msti malas , tapi apakan daya ada fieldwork pulak kalau tak mmg malas aku . Tapi lagi seminggu bakal bermula nya sem baru , dengan harapan sem terakhirlah. Ya allah permudahkan la segala urusanku naty , Ameen . Hati berkata-kata macam2 , monolog sajalah , malas nak dilontarkan apa yang dirasa apa yang difikir . Barangkali tiada faedahnya . So simpan jelah , satu masa naty bila perlu terkeluar lah kot apa yang difikir apa yang rasa semua tapi tak tentu jugak kadang-kadang semua ni mainan perasaan je .

Emak ayah dah tanya-tanya , apa nak buat bila da habis belajar ni ? Ermm , jawapan aku entahla hahaha . Sengalnya aku nih , tapi melihatkan gaya dan harapan dorg tuh macam nak aku sambung belaja je . Insyaallah ada rezeki adalah tuh . Doa jelah .

Yang penting esok aku ada agenda penting yang nak dilaksanakan , harap harap tercapai la agenda dan misi penting aku tu hahaha . Kalau takk , tak taulah . Ohh lupa dah hampir sebulan ehh dua bulan da tahun baru sekejap je masa berlalu kan ? Dah masuk februari pon hahaha . Sem baru nih kena aku semangat sikit , azam kena ada . Lepas atau tak belakang cite . Bak kata kawan aku , kita jangan pernah menyesal mungkin apa yang terjadi ada baiknya , ada hikmahnya . Betul la jugak tu . Hooo aku cubalah sedaya upaya ye dak ? Tak cuba tak tau kan . Macam nak mandi tapi rasa malas lak lagipon dah malam , tak elok mandi memalam ni huuuu .

Bosan ! Okaylah malas nak taip pepanjang . Selamat malam u olls !

P/s ; Hati ini sentiasa memaafkan . Tiada dendam di hati . Ngeee .

Monday, January 30, 2012

Keep Calm and Move On.

<3



Assalamualaikum semua . Selamat tengah hari , aku kira aku rasa sedih yang amat la ni sehingga aku rasa nak menulis isi hati ini , hahaha dushh ayat nak skema . Tapi series aku sedih sangat nih .


Semalam aku tertido , penat sangat sbb bangun awal dan tak tdo sampai petang sbb tak rasa mengantok , sampai la malam tdi aku tertido tak sempat set alarm bagai , tak balas msg semua la . Aku kira my bad la so aku mintak maaf , aku tak sengaja . Anak gajah kan ? Hahaha takpa salah aku .



Well, as i said keep calm and move on . I am too much care someone until maybe someone will feel so rimas . Yes rimas . Bukan saja dari aspek ambil berat mungkin juga semua aspek lain yang aku too much kot , sayang yang too much pun bukan nya mengundang kebaikan . So takpa la aku redha , aku bukan yang sempurna dan dia juga bukan yang sempurna .



Aku percaya yang perbuatan baik di balas baik kan ? Proses nak mengenal perangai , hati budi bukan la satu proses yang mudah dan singkat . Like seriesly dia mengambil masa yang lama untuk mengenal semuanya tapi itu pon belum tentu kita kenal sekenalnya . So aku dah bersyukur da dengan apa adanya , itu la yang ada , yang satu , yang di kehendaki . Kalau di reject apa kan daya , kecewa itu sudah la pasti tapi cinta tiada paksaan . Cewaahhh . Huhu , randomly sesiapa pn ye , kalau orang da tanak kita jangan memaksa , tapi mungkin bole la gunakan mekanisme yang bertepatan utk buat dia jatuh hati kat kite kan

hahaha .



Walau apa pun , aku kire aku kenalah redha dan pasrah dengan apa yang pon yang akan berlaku . Yang penting kita berdoa jela , doa itu kan merupakan cara kita nak meminta . Yang pernah takut utk berdoa , cepat atau lambat suma itu urusan nya . Aku bukan la yang sempurna dan dia jugak bukan yang sempurna . Pape pn pasti ada jalan yang terbaik . Yang pasti kita Keep Calm and Move on =)


IMYSM/FA

Friday, January 13, 2012

Like seriesly . I am so stress !

Like seriesly aku sgt stress gila-gila punya . Fuhhhh ! Ambik nafas panjang yang berkali-kali pon still stress . Apa aku nak buat nih ? Gangggggggggggggggg , benci dowhhh perasaan ni . Macam perhhhh apa benda lah kann . Okay okay . Aku tak suka sorang-sorang , tapi kalau di takdirkan sensorang aku redha jela .

Aku akan cuba memberi semangat kepada diri sendri di samping menahan sabar dengan pelbagai perkara lain yang turut memberi faktor stress contohnya line intenet macam haram nih .
Grrrrrrrrrrrrr .

Huh hahhh ! Ain boleh ain bolehhh . Tapi lepas tu terus merudum balik macam mana nak konsisten nih . I need someone . Mak ayah aku kata jangan stress sangat pasal exam ni hahahaha cool gilaaa . Tapi aku sgt stress gegilaa punya . Aishhhh .



Arghhhhh . Biarlahhh . Yang penting nak tak nak aku kena buat kann . Biar la apa pon . Tapi like seriesly aku juga bukan seorang yang berfikiran optimistik ! Gaaaa macam ek nak jadi camtu ? Okay dah dah . Enough bebel . Lets start !

Bye semuaaaaaaaaa !

Tuesday, November 29, 2011

Ini sangat puitis . Ngeee .


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

p/s : Okay saje je update . Sebab aku baru tau yang rupanya puisi
nih zahiril sendri buat untuk isteri dia .
Comel kan ?
Aku yang takda kena mengena pon bila baca aku rasa meruntun jiwa
Ni kan isteri dia mesti terharu sampai menangis .
Btw semoga berbahagia la ngee ;)

pssss : Btw bukan senang nak ada orang buat puisi untuk kita .
Kebarangkalian ada tapi susah la .

Monday, November 7, 2011

I miss this and that .


I miss this


And i miss that moment .


I miss this .


I miss this too .


And of course this .Yes , this .


I do not know.
Aku jalan jalan kat folder aku dan aku nampak nih semua .
Of course ini semua menggamit memori aku .
Tipu kalau aku kata aku tak rindu .
Aku rindu gila moment bersama korang .
If aku boleh mengulang masa dan ketika .
Jikalau aku ada membuat salah dan silap .
Terluka hati dan bicara
Terguris hati atau terkecil hati
Ampun mohon dan maaf dipinta .
I just love u guys .
Aku hanya manusia biasa yang kadangkala alpa dan lupa
Aku juga membuat kesilapan tanpa disedari
Mintak maaf bebanyak .
Terima kasih for those sweet memory .
And pls jangan menghentam dek kerana aku post perkara nih
aku hanya teringatkan detik dan saat ketika ini sahaja ;)



I love u guys <3

Monday, October 10, 2011

Be chill girl .


Bunga ros , lovee ittt <3

Ngeee . Selamat petang semua . Okay disebabkan aku ada kelapangan masa yang sedikit ini so aku nak conteng-conteng blog aku nih . Okay guys . Sebagai permulaan bicara aku taknak sedih -sedih apa sangat . Hidup nih kan singkat , so just enjoy of it . Anggap lah segala dugaan dan halangan itu sebagai rencah dalam kehidupan . Sama macam kau masak , kalau takda rencah masakan akan tawar dan kurang sedap . Kalau nak pkir sedih kau je . I bet you it will end up with nothing . Aku la tuh . hahaha sampai bila orang rajin nak melayan mengada-ngada kau , merajuk-rajuk kau semua kan , orang pon get tired errr hahahha. Thats the point . Okay fine . Kan dah besar okay tak bape besar lah sangat pn . Ngeee . Seems aku berdoa nih adalah tahun aku terakhir aku di sini aku mengharapkan aku dapat mencipta sebuah kenangan dan sebuah kejayaan yang boleh aku cerita dekat anak cucu aku kelak. Cita dan cinta bersemi di sini Insyaallah .

Ehem banyak weh kena pikir , aku pon ada je masalah kewangan , masalah belajar , masalah yang macam -macam . Kalau nak pikir semua rsa cam tak mampu . Pheww . So aku harap aku bole nak menempuhnya i wish sangat ;) . So sekarangnya bukan la masanya nak bermain-main kan . Hahaha . Tapi aku ada memain skit jugak nih iye la aku bukan pelajar skema weh . Aku suka jugak melalut2 kadang-kadang hahaha . Tapi aku cuba nih belajar beralah dari semua aspek sama ada kawan dan jugak sweetheart . Mungkin lah aku nampak jea macam nih kan kalau ngn ayid aku tanak beralah . Hahaha , aku sebenarnya faham tapi aku saja tanak faham sbb aku mengada level tinggi punya . Ngahaha . Okay salah aku . So seems ada yang perasan , aku perasan jgak tapi aku macam malas nak amik seyes tapi sebenarnya seyes perkara ini . So lepas nih kena lah jadi more considerate . Yes itu kata kunci dia bertimbang rasa . Farid afiq bukan hak milik aku sorang , dia ada masa dia yang sendiri bersama orang lain jugak . So aku kena la beralah kalau dia tanak buat semua benda dengan aku wahahaha aku gurau je. No betul haruslah aku nih bertimbang rasa kan . Eh tak maksudnya , aku faham kalau dia keje ke atau ada keje lain ke haa itu maksud aku okay ;) . Apa-apa pun kita berusaha lah , dengan ada nya keizinan Allah swt kita akan bersama jugak. Yang penting kena semangat , itu yang aku belajar jangan sbb korang dah agak lama semangat itu hilang . Awak kan antara sumber semangat saya ;) .Macam mana kita semangat waktu dlu macam tuh jugak kita kena semangat sampai bila-bila dan jangan mengalah ! Yeahhhh .

Kalau dari aspek kawan pon sama jugak .Kalau nak kira terasa mmg payah lah kan . Terasa itu adalah terasanya jugak . Tapi cuba think positif . Kawan jugak bukan hak milik kita seorang . So just chill . Macam relax jea . Kita semua sama-sama . Kemanisan berkongsi itu adalah manis dirasa bersama . Tapi bukan lah utk aspek 'sweetheart' pulak , hahaha lempang kang . Okay ain just chill , kau cool je .Okay tapi jangan sisihkan pulak sbb macam aku kata kita kawan kan . Yang penting kita kawan . Aku sayang semua kawan-kawan aku . Tak dinafikan mereka ialah antara sumber kekuatan aku . So jaga jugak hati mereka kan ?
Love ittttttttttt , hehehe.



Akhir kata aku cuba utk berfikiran positif , bersangka baik . Rindu dekat mak bapak ! Huwaaa . Sobsob . Sedihh .
Ngeee . Nak balik umahh . So ain ! Chill , ingatlah ada orang yang mengambil kisah tentang ttg kau walaupun kata kesah ? WAHAHAHA .

Take care! love itttttttttttttt ;)

Xoxo .

Tuesday, September 27, 2011

Konflik dalaman



Selamat petang semua .Okay gambar kat atas hanya orang yang faham je apa boleh tafsir kan maksud tersirat yang boleh aku sampaikan . Benda nih macam-macam boleh jadi, praandaian. Orang boleh andaikan apa saja yang mereka nak . Bagi aku ini adalah permulaan sem yang aku rasa sangat berat untuk aku tanggung , sumpah aku sangat stress tapi aku tak tau nak cakap cam mana . Takda bahu yang aku boleh pinjam supaya aku boleh nages sepuas hati aku . Well , semua orang ada masalah tak terkecuali jugak aku , cuma aku tak boleh nak menghadapinya seorang diri , sebatang kara . Yes , aku ada family , kawan-kawan semua and the special one . Tapi entahlah . Its like ermmm , aku tanak mnyusahkan mereka dengan masalah aku sebab mereka pn ada masalah dorang sendiri. Tapi aku tanak foreveralone okay sbb aku tau kenapa kita nak kena sorang-sorang sedangkan kita ada orang di sekeliling kita walaupun orang tuh tak hiraukan kita pon, okay abaikan . Macam nih la kau sedih tapi kau tak tau nak bagitahu dan berkongsi macam mana . Kalau jenis aku , aku mmg perlukan orang di sekitar aku sbb dorang semua mainkan peranan penting pada aku . Yea , semua orang tak perlu tunjuk pn sedalam mana penghargaan atau sejauh mana mereka menghargai aku atau sedar kewujudan aku takpa aku tak kisah pn . Sejauh mana kepentingan aku atau sejauh mana perlunya aku nih semua tuh aku tak mintak pn sesiapa tunjuk sebabnya aku cuba bersikap understanding. Tapi jauh disudut hati aku , aku rasa macam jauh , atau tersisih atau entahla. Okay mungkin ini aku sorang je rasa kot , mungkin mainan perasaan aku sendiri . So jangan amik series lah . Tapi kadang-kadang terpikir jugak adakah aku kena survive sorang-sorang weh? Tak kan aku kena foreveralone . Atau mmg jalan takdir nya aku kena camtu , tapi aku tanak weh aku tak boleh .Aku tanak sorang-sorang, aku nak ada orang lain jugak .So tankiu untuk farhah , cikmah , pipah and dila sbb korang sedia membantu dan pls jangan tinggalkan aku sorang-sorang weh , aku fokuskan nama korang sbb korang adalah cosmate aku . Same goes farid afiq terima kasih la susah -susah amik kisah pasal saya , much appreciate to u . Buat rumet untuk sesi ini , harapnya kita cekal dan gigih menempuh kehidupan yang akan datang sbb banyak lagi yang akan kita lalui nih , be ready guys ! Hee .

Next ,yes , im acting cool . But the fact is aku tak cool langsung . Kau faham tak perasaan bila kau hanya mampu pendam tapi tak mampu meluahkannya . Kau tau tak memendam adalah satu perkara yang berat dan mungkin aku bole jadi gila dengan hanya memendam . Tapi aku tak reti meluahkan , sampai satu masa orang akan nampak aku lain daripada ain yang sebenarnya. Aku tak tau nak buat apa , benda paling simple dan senang aku buat . Crying like a baby . Tapi kali nih agak teruk , sedu sedan bagai . Tapi lepas tuh aku okay la sikit kot. Ada sorang kawan aku cakap kita mmg tak mampu nak puaskan hati semua orang dan belum tentu semua orang suka dekat kita infact ayah aku cakap benda yang sama jugak. So aku terima lah hakikat itu mmg aku tak mampu nak sempurna lagi semua aspek pn aku akui la kan tapi kata farhah pantang mengalah sebelum mencuba .

Aku bukan seorang yang berani , aku jugak bukan seorang yang berkeyakinan tinggi. Yang menjadikan apa yang aku ada sekarang disebabkan oleh sokongan dari orang yang rapat dan berada di sekitar aku . Aku mengaku weh aku sangat memerlukan sokongan yang padu dari belakang . Aku tak reti untuk bergerak sorang diri entah lah macam tak yakin , ada orang lain pn aku cam tak yakin lagi kalau sorang apatah lagi . Bila aku sorang-sorang nih pon aku macam stress gilaa rasa cam nak nages je , tapi nih la benda nya yang kena aku lalui . Dari aspek rohani dan emosi aku kenalah kuat dan tabah. Aku harap aku tak mengalah sebelum aku mencuba . Walaupun aku jenis mengcomplicatedkan benda yang mudah tapi takpa lah aku kena cuba jugak macam aku kata aku tak mampu nak demanding untuk menjadi seorang insan kamil .

Macam aku lah jugak kalau aku berusaha untuk mendapatkan sesuatu mesti aku kena jaga benda yang aku bersusah payah dapatkan itu sebaik mungkin . Tak kan aku nak tinggalkan dia camtu . Adalah tidak adil untuk dia diperlakukan sebegitu , sama macam kau bela kucing , hamster atau apa je . Kalau kau bersedia nak adopt a pet kau harus bersedia untuk menjaga dan bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan tersebut , Janganlah bela jea tau tapi tanak kasi makan minum, kesian lah kan . Knapa nak kena buat camtu kan tak baik .

Sem nih jugak ramai gila orang tegur aku dah kurus. Sampai ada yang kata aku sakit ke ? Erm , aku tak pasti kalau aku sakit ke tak . Sebab sakit tuh biasalah kan dan aku pn tak penah buat pemeriksaan secara rapi nak pegi tapi tuh la takda masa , tapi tak kan itu penyebab kurus , aku rasa aku kurus sbb masa aku cuti aku keje kejap dengan bulan puasa so sbb tu kot kurus. Harap-harap aku mampu nak uruskan jadul bagi semester yang penuh dugaan dan cabaran nih .

Pening kepala .Well , Sorry kalau ada salah dan silap . Take care peeps !

Thursday, September 15, 2011

Permulaan yang baru .

Oii selamat malam , haha assalamualaikum . Okay lama gilaa aku tak update since aku kat rumah sampaila aku dah balik UM nih haa . Ohh ye semua orang dah kembali ke sekolah eh silap Universiti , aku sekarang dah final year . Takut gilaa weh , sumpah cuak . Mampukah aku menghadapi tahun akhir kat sini weh dengan tekanan dan stress yang pelbagai .Ermm , takut nya . Ya allah permudahkan segala urusan hambamu ini . Semester baru , cepatnya masa berlalu . Subjek sem nih ya allah mencabarnya tuhan je yang tau. Aku cuma berharap aku boleh lakukannya . Berdoa dan berusaha lah .


Hari nih aku rasa sangat pelik sbbnya ada orang tido dengan perasaan yang berbelah bahagi agaknya, atau marah atau emo atau apa jelah. Hati aku kuat merasakannya. Huhu . Pastu aku tengok balik aku banyak tulis kat blog buat at then end aku akan save as a draft . Hahaha . Banyak gila weh more kepada curahan hati aku lah . Aku macam tak sampai hati nak post pulak . Bimbang ada yang terasa pulak .


Lepas tu malam nih kepala aku pening gilaa rasa berpinangpulak . Entah kenapa ?Okay , ke sbb aku kena hujan harinih weh , waaaa. Iye ke sbb tu ? Harap jangan la tak sihat banyak keje yang aku nak buat weh . Sobs .
Apa apa pn mari ucapkan semoga aku tabah , cekal dan sabar menghadapi apa yang berlaku . Tak kisah la dalam apa benda sekali pun. Sekiranya ada salah dan silap aku mintak maaf la ye , aku nih mmg salu je buat salah , salu je membebel , salu je tak memahami orang lain . Macam macam lah , so mintak maaf . Kalau takda benda yang tak puas , sila bagitahu dan jumpa saya . Kita boleh slow talk , mungkin ada yang aku terlepas pandang , so i can mintak maaf to those yang terasa atau apa .

Okay ingat ye , nak tdo pening kpala . Gudnite smua ;)

Saturday, August 20, 2011

Carbonara saya .

My fav =)


Ngee , salam semua . Ohhh , iye lihatlah dunia lihatlah . Gahh . Okay aku nak menunjukkan yang aku berjaya membuat makanan fav aku .Hahahah . Sedap weh sebab aku suka mmg la sedap haha , okay im presenting you my spagheti carbonara . HAHAHA , semalam gigih aku ikut mak ayah aku pegi beli barang dekat mydin malam tuh juhak aku buat hehe . Aku ingat naty balik UM aku nak buat sikit nak kasi kawan kawan merasa , semalam aku buat kasi adikadik rasa , testimonial yang memberansangkan hahaha . Ohh farid afiq , tengoklah hasilnya ngeee . hehe

Oh ye untuk awak , saya harap awak tabah dan sabar , bulan ramadhan nih selalu nya mmg ALLAH SWT banyak menguji hambanya utk tengok sama ada hamba nya mampu menghadapinya atau tak . Tapi sebab ALLAH tau awak boleh makanya awak ditimpakan dengan ujian dan dugaan kepada awk . Banyakkan berdoa , insyaallah bulan puasa nih doa kita akan lebih termakmul ALLAH lagi maha mengetahui dan Maha mendengar doa hambanya . Saya , rakanrakan dan keluarga akan ada selalu ada dengan awak insyaallah . Kepada orang yang salah itu , bertaubat lah kamu , bulanbulan puasa yang mulia nih pn nak buat jugak ke keje yang terkutuk tuh ishhh . Tak baik weh tak berkat .

Ngehh kita jugak dah menghampiri 10 ramadhan , ehh bukan hampir mmg ye , harapnya semua amal ibadat kita akan diterima , pesanan utk diri sendri jugak . Sesungguhnya aku bersyukur kerana dapat menyambut ramadhan mu pada tahun ini. Syukur ya Allah .

Okay la semua , selamat berpuasa selamat berpuasa dan selamat semuanya . Jaga diri semua ;)
p/s ; Farid afiq , i miss you <3


Monday, August 8, 2011

Stress tengok makanan sedap !


Dimulakan dengan bismillaah , fuhh . Okay aku stress , geram , bengang sumanya ada ! Sobs , sedih betul . Kadang-kadang aku rasa geram sangat rasa nak tumbok je orang ! Uwaaa *nanges . Aku cuba memahami orang but then orang cuba lah memahami aku pulak . Pls pls i beg u for this . Phew , lagi satu kata-kata sememangnya senjata yang memakan dari dalam . Yes u can speak , but sometimes watch your words . Bimbang-bimbang nanti ada hati yang akan terluka . Yelah Nabi saw sendiri berpesan kita sesama kita kenalah sentiasa saling menjaga dan menyayangi , jangan disakiti hatinya . Ke aku yang over sensitive ?

Okay aku lah tu kann . My bad ;( . Perkara ini jugak sebagai pesanan utk diri aku sendiri ye . Kita kena amik tau antara sama lain kan kan kan ? Huwaaa okay dah tanak emo emo . Nih kan bulan puasa . Hello , habis kalau bukan bulan puasa boleh la nak emo ? Hahaha no no no jangan tak baik emo emo. Hilang kejelitaan nanti , euwww jelita ke ? HAHAHAHA ;)

Fuhhhhh ! Okay sekarang nak cakap pasal makanan , benda nih dah lama cuma aku je malas nak tulis . Ak asyik tengok dan baca pasal macaroons and red velvet kek , tipu lah kalau aku kata tak teringin . Melihat kan rupanya yang cukup menarik tuh je dah buat aku rasa gulrpppp . HAHAHA , Okay benda ni dengar katanya ada jual kat KLCC , huhu punya lah aku nih selalu merayap kat sana haram aku tak tau huhu gilaa sedih . Takpa lepas nih boleh la kalau nak try , dengar kata jugak mengkerung nih ada jual kat harrods , which is 6 for rm15 .Not sure betul ke tidak , tapi kalau betul boleh laa beli hahaha teringin .Okay tuh je nak cakap . Bye .


P/s ; Sy tanak marah-marah , kalau boleh saya nak jadi gelpren paling cool dan comel dalam dunia nih ahahhaa . Tapi kadang2 tuh tak dapat menahan hahaha , so sorry . Tapi marah-marah nih tanda comel tak ? Hahaha , okay love u FA , much love , me <3




Ini macaroons


Ini pulak red velvet cake

Thursday, July 7, 2011

Jatuh dan terus jatuh .,




Hey , selamat ptang semua . Dh lama tak berblog . Pemalas nak mati aku sekarang nak update hahahha . Yelah konon nya dah gembira-bahagia-hati berbunga-bunga. Cehhh . HAHAHA . Ohhh sekarang my blog speaks for me . Yeay , Okay semalam malam sangat tragis . Sob sob . Dah la dari kat tempat keje lagi aku da takda mood . Aku rasa macam nak tumbok orang pon ada jugak . Ohhh pastu balik umah pon sama , cam orang mabuk aku semalam hak hak .

Gahhh , balik pon ada masalah jugak menimpa . Okay kita cepatkan kronologi . Nak dijadikan cite , aku nak tido dah semalam . Mule-mule ingat nak makan , tapi tetiba banyak perkara terjadi menyebabkan niat utk makan harus dipadamkan dengan begitu saja , takpa lapar pon lapar lah janji aku nak selesaikan masalah . Okay masalah tak bape nak selesai , masing-masing pon makan hati . Penat-letih-segala ( bukan aku lah ),okay jum nak tido . Tapi aku turun bawah dlu , nak simpan roti canai sbenarnya yg patut aku makan tapi tak makan , so sayang simpan dalam freezer , dalam turun tangga yang penuh perasaan bergolak dalam diri disertakan hujan panah petir , papppppppp ! Jatuh tersadung nasib tak kena akuarium kat sebelah kalau tak mati kena renjatan elektrik dah aku . Oiiii aku terjatuhhh , tergelincir . Perhhhh gila sakit tak ingat dunia punya , aku dalam keadaan tak bersedia jalan dengan laju lak tuh , pastu terus terjatuh . Bole bayangkan tak ? sob sob , okay terus nanges kat sebelah akuarium sorang-sorang disebabkan suma orang dah tido . Nasib baik la aku yang jatuh , kalau mak aku ke yang jatuh lagi parah , takpa bia aku je yang jatuh T-T

Okay , naik bilik utk tenangkan hati . Cuba la nak tido . Sambil tahan sakit , uwaaaa . Siku aku yang terhentak sebenarnya bersama kaki kiri . Okay dah pukul 3 pagi ,taleh tido tahan sakit . Dalam taleh tido , dalam kepala asyik kuar lagu breakeven nih hahahaha ! Cam sengal lah jugak . Bukan apa lagi nih macam sedap je , bukan macam tapi memang . Ohhhh . Tapi takda maksud pape pn aku mmg suka lagu nih macam aku suka lagi For the first time . Itu je .


Ahaaaa . So pengajaran yang boleh kita dapati dalam hal ini ialah berhati-hati , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa . Makanya, watch your words . Kadang-kala kata-kata je mampu membuat hati berkaca . Ehh ada kena mengena ke ngeh ngeh .

Pesanan ikhlas untuk diri sendiri ;) ,
Jaga diri farid afiq sayang <3