CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 23, 2010

outing ;D


Okay semalam outing bersama beliau , huhu . Beli barang , duit pn banyak habis T-T
Ahh janji aku puas kan . best ! Kepada siapa yang tak dapat ikut padan muka . Konon petang yang nyaman dan indah kan kah kah . haaa mmg la indah , sila lah tido huk huk . hehe jangan marah yer :))


Kenali lapan bahasa tubuh wanita

Ngehh okay ini hari sabtu agak-agak nak buat apa ? hak hak okay bosan sangat tinggal aku dengan miss nabby je maka aku ada terbaca sesuatu yang agak menarik kan . so aku nak berkongsi lah memandangkan benda nih agak sama ngn apa yang aku selalu buat hahah ! jum kita terjah hehe :)
Lelaki selalu ingat yang perempuan ialah makhluk tuhan yang suka bercakap tak kira masa dan tempat kan ? tetapi lelaki juga harus ingat yang perkara nih boleh disangkal sama sekali apabila datang waktunya . kerana perempuan juga boleh kurang bersuara apabila dia tengah panas hati kan , maka lelaki haruslah tau hint hint yang akan diberikan oleh si gadis yer antaranya :

  • Lima minit
Haha , ini best sbb aku salu buat haha , okay kalau pmpuan cakap lima minit, maknanya korang semua kena tungguh setengah jam lagi . Perkataan ini selalu kuar bila ada temu janji ke apa-apa lah . aku salu je buat kalau kawan aku kata dia dah datang aku kata jap padahal lama gilaa dorang kena tnggu ksian haha , smpai mreka dah tau maka ambil langkah berjaga-jaga sebelum sampai dah call cakap dah kat bawah bila aku turun takda sapa cis ! berani btol buat aku tunggu hehe . Konsepnya , mereka cuba memberi gambaran sudah bersiap sedangkan ketika itu masih ada yang perlu dibereskan.

  • Tiada apa-apa
Okay , hati-hati bila dengar perempuan cakap camnih , mungkin ia kedengaran cam ayat yang selamat dan tiada apa-apa tetapi sebenarnya pempuan sedang cuba memendam perasaan . Dan biasanya perkataan inilah yang akan mencetuskan bibit-bibit percintaan eh salah bibit pergaduhan kecil antara kedua-dua blah pihak . Aku pon kadang-kadang suka jer cakap camtuh , haaa konsepnya perlu ke nak ulang banyak -banyak kali jadi cakap je takda apa-apa . sapa suh tak FOKUS hahah !


  • 'Fine'
Huk huk , okay perkataan ini salu jer aku cakap haha. kalau aku cakap perkataan ini orang akan tau lah apa mksud aku , tapi sapa yang rapat dengan aku jela ah kan . baiklah berdasarkan apa yang aku baca , perktaan ini merupakan perkataan kegemaran wanita apabila mereka penat dan ingin menghentikan pergaduhan. namun, itu tidak bermaksud mereka mngaku kalah tetapi hanya sekadar untuk menutup mulut supaya tidak mengeruhkan keadaan. Namun begitu , bagi lelaki jangan menjadikan perkataan ini sebagai satu tabiat ketika memberikan komen akan pakaian yang dikenakannya , kerana ini jelas menunjukkan yang korang acuh tidak acuh dan tidak ikhlas memujinya.

  • 'Mengeluh Dengan Kuat'
Mengeluh memang bukan satu perkataan namun dapat membantu memberikan gambaran mengenai wnita. Jika anda berdepan dengan perempuan sebegini, itu tandanya dia menganggap anda seorang yang bodoh. Pada masa yang sama , dia bermonolog sendirian dan bertanya mengapa dia mnghabiskan masa bergaduh dengan anda akan perkara yang tidak berfaedah.

  • 'Pergilah'
Baiklah , terdapat dua gaya dan intonasi yang boleh dilontarkan oleh wanita melalui perkataa ini. Pertama, jika dia mengucapkan perkataan ini sambil mengangkat kning sambil mengunakan suara yang agak tegas itu tandanya dia marah pada anda . namun sebaliknya jika dia mengatakannya dengan lebih perlahan, itu tandanya dia pasrah dan tidak mengambil kisah akan apa yang anda mahu lakukan . Maka korang semua haaa kena la pndai mengenal pasti .

  • 'Oklah'
Lelaki harus berjaga-jaga andai perkataan ini terpacul keluar dari mulut wanita kerana ia melambangkan situasi yang bahaya. Pada masa yang sama wanita akan berfikir panjang tentang apa yang hrus dilakukan untuk membalas perbuatan anda yang menyakiti hatinya . Huhu aku suka jugak cakap perkataan ini lalala .

  • 'Terima kasih banyak-banyak'
Haaa, perkataan ini agak berbeza sedikit dengan terima kasih sahaja. lelaki tak boleh perasan sebaliknya harus sedar betapa marahnya wanita tatkala dia melontarkan perkataan ini. Ada jugak yang cam sedikit sedihdan pasrah dengan apa yang terjadi so dia pon cakap lah camnih .
Pada masa ini juga si gadis mungkin juga tersinggung dengan perbuatan mahu pon kata-kata yang anda telah ucapkan.


  • 'Tolonglah'
Sebenarnya , wanita memberikan peluang dan ruang kepada lelaki ketika berkata 'tolonglah'. inilah masanya dan ketikanya untuk lelaki memberikan penjelasan dan alasan atas apa yang telah terjadi .
Hati wanita masih lagi terbuka dan lelaki mendapat keadilan namun jangan sesekali mensia-siakannya dengan membuat kesilapan memilih serta menyusun ayat . Memang berani lah korang dah dapat peluanng tetapi pegi bagi ayat tah apa-apa mmg laa angin kan .


Maka berakhir la sudahh tips-tips untuk anda semua , ini semua aku baca dekat majalh wanita credits to majalah ini .
okay Have fun <3

Friday, October 22, 2010

so sweet !

Soal selidik tapi tanya dulu itu lebih baik ~

Eyt , selamat malam semua . Hari nih aku dah cukup tido sbb nya siang tadi aku tido je setelah aku tido tak dapat untuk beberapa hari dah , mata aku sebijik cam mata panda dah okay . series tak tipu meh sobs . sampai pagi tadi aku terbangun lewat , aku tak sengaja kot mmg aku tak sedar . Waaa sedih sgt nih , banyak gilaa bnda yang kna buat asemen yang nak kena hantar , projek kat kolej , lega projek dah settle meh .
so aku dah free lepas nih tinggal dua asemen yang nak kena submit je .
Okay talking pasal orang yang nak selidik aku kan, haaa mmg la best kan ada orang amik tau pasal kau kan , tapi alangkah lebih baik kau tanya aku sbb nya tanya orang tuh , orang tuh lak tau pasal aku laa kan luar dalam . mereka tak tau sgt pon ,
pastu naty jadi cite ntah pape ntahh . lagi aku tak suka .

Ehem , tapi kiranya ada jugak orang nak amik tau pasal aku kan , hahaha lawak jugak rasenya .
aih aih jangan sampai salah sangka sudah , sbb nya naty bdosa maka lebih baik bertanya .
So, lebih baik tanya aku kan , tak salah pon aku takda nya nak marah meh ingat aku nih lak suka ke nak marah-marah , marah pada tempat nya saja , tapi kalau orang buat aku geram maka aku marah lah haha , tapi aku bukanla pemaraah orangnya ,


Akhir kata , bertanya lebih baik dari tuan badan sendri kan kan kan .

20.10.2010

Selamat hari jadi
my dad
yang tercinta
thanx for everything
membesarkan anakmu
dengan gigihnya
Semoga dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki
:))

Saturday, October 16, 2010

Jum sembang-sembang haha !

Hello, salam semua , apa khabar ? baik . okay bertemu kita lagi dalam rancangan cik ain pot pet haha apakah yang aku sedang lakukan hehe . baiklah hari nih hari sabtu aku kat rumah hehe . Yer saya balik rumah nampaknya yer , setelah lama tak balik disebabkan saya nih busy mengalahkan PA perdana menteri haha . berani ada budak kata aku busy kalah PA perdana menteri berani btol! Baiklah , hari nih saya buat homework yang sepatutnya aku hantar semalam , tapi semalam aku gigih siapkan asemen sosiolinguistik aku , perhhh nak nanges aku rasa nak menyiapkan nya . sampai tertido , adui . Gilaa lahh minggu nih mmg minggu yang amat memenatkan aku . Dengan APK dengan AFC , adui banyak sangat nih . pheww nak pengsan dah aku rasa . Camnih la rasenya bila kau takda masa utk menguruskan dri pon haha eh yeke ? iye iye je kau ain.



Betol apa . seyes aku busy sangat , asemen tok sah cakap gilaa banyak . aduhaii okay tapi aku bukan nak bercakap pasal tuh . aku hari nih nak membuka satu topik yang lebih hebat yang lebih menarik . Haaaa cuba teka apa ? wahaha .Ahakss aku nak berkongsi cerita jea . Cita nih biasalah kan hal-hal kehidupan .Kita dalam membuat sesuatu perkara mestilah kita soal selidik dahulu apa yang berlaku sebenarnya berlaku kerana itu adalah lebih baik yer kwn-kwan,bukan apa bimbang naty bila kita dah tersalah faham pasti itu akan menimbulkan syak wasangka bila dah syak wsangka maka ia berdosa , haaa kan tak elok tuh .


Saya juga bukan insan yang baik hati mahupun warak tetapi aku sama-sama mengingatkan diri aku jugak . Kalau betol orang tuh sayangkan kita no matter how beautiful girl yang datang dekat dia pasti dia mampu untuk menolaknya kerana dia sayangkan GF dia kan . hoho , aku nih takda niat apa pon , mkin salah aku jugak lah kot tapi aku bukanla gatal , kalau aku gatal aku boleh buat lebih dari itu tapi aku tak nak sbb nak buat apa tak berkualiti benda tu suma lagha belaka . tapi aku series takda niat apa sbb benda yang terjadi satu ketika dulu telah pon menjadi lipatan sejarah dalam hdup aku . Dan aku mmg dah lupakan nya okay , aku mmg tak suka nak amik hak orang nak buat apa tak ingin aku . Namun tak bermakna kita nak bermusuh pulak kan , lagipon bukan aku yang buat salah kalau nak diungkit balik ceritanya kan . tapi takpa hal yang lepas jangan dikenang lagi . kita kena berfikiran luas . Kita buka minda kita yer kawan-kawan . Kita jangan sekatkan minda kita dengan perkara-perkara yang tak baik . Tak berfaedah pon . Aku tak marah pon malah aku mintak maaf lagi , sbb aku mmg suka mintak maaf walaupun bukan salah aku kan , tapi takpa lah yang penting kita tahu apa niat kita . Mulut orang mmg boleh cakap macam-macam tapi dalam macam-macam yang mereka cakap adakah mereka sedar dan tahu apa yang sedang mereka cakapkan ? Jadi apabila kita nak bercakap atau menulis sekalipon kita haruslah mengambil kira perasaan orang lain yer bimbang naty orang tuh terasa ke apa ke haaa kan tak baik tuh .Huhu cerita nih tak ditujukan untuk sesiapa . Namun hanya sekadar untuk ingatan buat semua dan juga diri aku, mana tau aku tiba-tiba camtuh kan mana lah nak tau , so harus lah berwaspada . Harap takda siapa terasa . Sebabnya aku pon tak terasa dengan mana-mana pihak , biasalah tu kan lumrah kehidupan aku sangat memahami kompromi jangan bimbang :))


Wahaha banyak pulak yang aku membebel kan , tapi aku rasa puas bila aku dah cakap .okay selamat malam suma .
psst ; pelik bila benda yang remeh temeh nih jadi isu , haha chill babe :)

Friday, October 8, 2010

Selamat Datang ke dunia yang sibuk dan serabut



my group presntation < 3


that nite la kan i won haha !



Hello , salam semua dan selamat petang , Okay aku sedar its such a long time that im not update my blog to writing over here so sad aite ? But what i can do i have been so busy lately until go not time to update my blog . Ehem , sangat serabut sangat kusut sangat kelam kabut dan sangat macam-macam . Penat tkejar sana sini . haha but its life baby be chill and enjoy it okay but still have a limit and thats a must !


Okay , Hari tuh aku busy dengan presentation oh . sangat lah kelam kabut nya sebab nak buat dua presentation kan dalam masa seminggu , Fuhh hebat terbaik mmg mantap ! haha , gilaa apa nak serabut kepala otak aku kan , nak kena present lagi kan jadi ustazah pulak tuh haha mmg laa aku nih layak jadi ustazah kan sapa lah aku ni hanya insan biasa kan humm bnyak kekurangan pulak , yes aku cuba memujuk gelora hati ini haha cewahh , so alhamdulilah okay lah semua nya , aku present ala ala jadi ustazah kan dengan jubah bagai hiks semua terkjut melihat penampilan aku alaaa apa salahnya kalau kita jadi camtu kan .
hoho mungkin aku akan berpenampilan sebegitu satu hari nanti :) Insyaallah .


Okay , aku tahun aku masuk SUKMUM , cis bajet cam laa kau STAR kan , haha . ishh tak lah aku biasa jer tapi saja nak msuk dan cari pengalaman since aku dah tinggalkan sukan netball for a long time semenjak darjah 6 haha , then msuk UNI barulah aku nak bejinak-jinak balik , Netball adalah antara sukan yang aku ceburi meh , sebelum TENIS :) so aku menjadi netballers untuk koleh aku nih haa , busy la jgak kan penat bila training wlaupon kita orang tak berjaya memenangi apa -apa game , tapi takpa still boleh cuba tahun depan okay . Antara kekurangan yang aku rasa kita orang tak banyak training , sukan nih kena hari-hari training baru la kau btul2 power , sama cam tenis dulu aku stiap hari training barula aku boleh improve my perfomance .
so sama la cam netball nih jugak .


Oh habis dua kisah aku kan ,next haha , okay kita tinjau kepada agenda seterusnya pula kan .
selain apa yang aku cerita kat atas, aku jugak agak busy dengan projek kat kolej heww , Hari tuh baru je berlangsung Festival Aidilfitri Bestari , haha dan kami JKPAI menguruskan gimik meh tuh yang agak busy skit kan . haaa aku pulak jadi runner FM , so kena laa buat macam macam benda ini kan melibatkan satu kolej tuh laa yang cam banyak keje nak buat . Tapi satu jea yang tak boleh blahh , aku sebgai antara ajk yang bertugas malam tuh jap lagi benda lain pulak yang aku dapat haha . aduii apakah ? Guess what ? Aku dapat best dresses haha tapi aku pakai biasa je pon , jubah one , haha , ala ala muslimah gitu . ada jugak yang kata cam minah arab jer kat china , ayoo aku pon tak faham , its suprised me a lot jugak , malu wei maluuuu ~
hahaha . Tapi alhamdulilah la okay mkin rezeki aku kan . heee :)


Lepas tuh pula , kembali dengan demam AFC haha , okay busy busy memanjang . aku pon dah tak larat bila lah nak hbs suma bnda alaa nih kan aihhh . Aku dah tak sabar rasenya kan . hoho. cepat lah cepatlah , huhu . hummm ,
Aku rasa dah tak terurus sampaikan nak makan pon kadang2 takda msa uuuu sedih jer rasenya kan :(
tapi bleh la kurus kan aahhh kurus la sangat kan !
Ohh yaa one more thing , aku rase sedih sangat nih , my fav things yang sngat berharga itu telah hilangg sobs sobs apa nak buat ni ? aku dah cari dahh tapi tak jumpa pon , wuuu sedih sangat nih tak tau nak buat apa , hanya mampu bersedih dan berduka ditambah pula dengan kedukaan -kedukaan yang lain , but like i said kita haruslah tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang melanda ini hanyalah ujian dari ALLAH Swt kepada kita kan .

Okay ain chaiyokk !