CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 23, 2010

Kenali lapan bahasa tubuh wanita

Ngehh okay ini hari sabtu agak-agak nak buat apa ? hak hak okay bosan sangat tinggal aku dengan miss nabby je maka aku ada terbaca sesuatu yang agak menarik kan . so aku nak berkongsi lah memandangkan benda nih agak sama ngn apa yang aku selalu buat hahah ! jum kita terjah hehe :)
Lelaki selalu ingat yang perempuan ialah makhluk tuhan yang suka bercakap tak kira masa dan tempat kan ? tetapi lelaki juga harus ingat yang perkara nih boleh disangkal sama sekali apabila datang waktunya . kerana perempuan juga boleh kurang bersuara apabila dia tengah panas hati kan , maka lelaki haruslah tau hint hint yang akan diberikan oleh si gadis yer antaranya :

  • Lima minit
Haha , ini best sbb aku salu buat haha , okay kalau pmpuan cakap lima minit, maknanya korang semua kena tungguh setengah jam lagi . Perkataan ini selalu kuar bila ada temu janji ke apa-apa lah . aku salu je buat kalau kawan aku kata dia dah datang aku kata jap padahal lama gilaa dorang kena tnggu ksian haha , smpai mreka dah tau maka ambil langkah berjaga-jaga sebelum sampai dah call cakap dah kat bawah bila aku turun takda sapa cis ! berani btol buat aku tunggu hehe . Konsepnya , mereka cuba memberi gambaran sudah bersiap sedangkan ketika itu masih ada yang perlu dibereskan.

  • Tiada apa-apa
Okay , hati-hati bila dengar perempuan cakap camnih , mungkin ia kedengaran cam ayat yang selamat dan tiada apa-apa tetapi sebenarnya pempuan sedang cuba memendam perasaan . Dan biasanya perkataan inilah yang akan mencetuskan bibit-bibit percintaan eh salah bibit pergaduhan kecil antara kedua-dua blah pihak . Aku pon kadang-kadang suka jer cakap camtuh , haaa konsepnya perlu ke nak ulang banyak -banyak kali jadi cakap je takda apa-apa . sapa suh tak FOKUS hahah !


  • 'Fine'
Huk huk , okay perkataan ini salu jer aku cakap haha. kalau aku cakap perkataan ini orang akan tau lah apa mksud aku , tapi sapa yang rapat dengan aku jela ah kan . baiklah berdasarkan apa yang aku baca , perktaan ini merupakan perkataan kegemaran wanita apabila mereka penat dan ingin menghentikan pergaduhan. namun, itu tidak bermaksud mereka mngaku kalah tetapi hanya sekadar untuk menutup mulut supaya tidak mengeruhkan keadaan. Namun begitu , bagi lelaki jangan menjadikan perkataan ini sebagai satu tabiat ketika memberikan komen akan pakaian yang dikenakannya , kerana ini jelas menunjukkan yang korang acuh tidak acuh dan tidak ikhlas memujinya.

  • 'Mengeluh Dengan Kuat'
Mengeluh memang bukan satu perkataan namun dapat membantu memberikan gambaran mengenai wnita. Jika anda berdepan dengan perempuan sebegini, itu tandanya dia menganggap anda seorang yang bodoh. Pada masa yang sama , dia bermonolog sendirian dan bertanya mengapa dia mnghabiskan masa bergaduh dengan anda akan perkara yang tidak berfaedah.

  • 'Pergilah'
Baiklah , terdapat dua gaya dan intonasi yang boleh dilontarkan oleh wanita melalui perkataa ini. Pertama, jika dia mengucapkan perkataan ini sambil mengangkat kning sambil mengunakan suara yang agak tegas itu tandanya dia marah pada anda . namun sebaliknya jika dia mengatakannya dengan lebih perlahan, itu tandanya dia pasrah dan tidak mengambil kisah akan apa yang anda mahu lakukan . Maka korang semua haaa kena la pndai mengenal pasti .

  • 'Oklah'
Lelaki harus berjaga-jaga andai perkataan ini terpacul keluar dari mulut wanita kerana ia melambangkan situasi yang bahaya. Pada masa yang sama wanita akan berfikir panjang tentang apa yang hrus dilakukan untuk membalas perbuatan anda yang menyakiti hatinya . Huhu aku suka jugak cakap perkataan ini lalala .

  • 'Terima kasih banyak-banyak'
Haaa, perkataan ini agak berbeza sedikit dengan terima kasih sahaja. lelaki tak boleh perasan sebaliknya harus sedar betapa marahnya wanita tatkala dia melontarkan perkataan ini. Ada jugak yang cam sedikit sedihdan pasrah dengan apa yang terjadi so dia pon cakap lah camnih .
Pada masa ini juga si gadis mungkin juga tersinggung dengan perbuatan mahu pon kata-kata yang anda telah ucapkan.


  • 'Tolonglah'
Sebenarnya , wanita memberikan peluang dan ruang kepada lelaki ketika berkata 'tolonglah'. inilah masanya dan ketikanya untuk lelaki memberikan penjelasan dan alasan atas apa yang telah terjadi .
Hati wanita masih lagi terbuka dan lelaki mendapat keadilan namun jangan sesekali mensia-siakannya dengan membuat kesilapan memilih serta menyusun ayat . Memang berani lah korang dah dapat peluanng tetapi pegi bagi ayat tah apa-apa mmg laa angin kan .


Maka berakhir la sudahh tips-tips untuk anda semua , ini semua aku baca dekat majalh wanita credits to majalah ini .
okay Have fun <3

0 comments: