CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 14, 2011

Semester yang agak sibuk .

Ohh , selamat malam semua dan assalamualaikum . Okay , aku baru je balik tadi dari program interaksi pelajar baru jabatan Linguistik Melayu ( AKSARA ) . Okay seyes penat , dari pagi aku keluar mencari rezeki malam baru balik ahaha , okay itu lebih. Tapi penat , maklum lah this is our 1st project , hum hum . Untuk makluman , kita orang nih takda senior sebabnya takda senior yang amik Jabatan Linguistik so kami adlah antara batch yang begitu berdikari tapi nsib baik sbb kami ada bimbingan daripada tutor kami iaitu En. popo dan Cik Juric , seriesly dorang sangat banyak membntu , tanpa mereka msti kami da terbiar je jadi anak tak terurus . Sobs beruntung kami ada mereka . Terima kasih :)


Tadi , mula mula agak neves ialah tak tau sangat nih , actually nak buat yang santai je pon , But then kena la jemput DR. Rohani waaa dia nih agak terkenal dengan sifat dia yang agak garang dan neves , dah la tadi Presiden takda so kami nih terkial kial la kann ,
aishhh nak amik makanan suma , barang . Wuuu aku kalau ada transpot jalan da semua , segan jugak ngn orang kan , huk huk .


So , nak cte boleh dikatakan aku agak busy jugak lah. Tapi aku busy dengan perkara perkara yang penting untuk future hahaha . Kat kolej tak sangat da , tapi ada satu je JKPAI, aishh penat nya . Kat fak busy bukannya apa , sebabnya , sijil kat Fakulti tuh adalah lebih berharga tau . Sebabnya, dorang akan tengok pa yang kita buat kat fakulti , kat universti yelah tak kan korang nak jadi budak skema duk libabry je kan tanpa ada join apa apa . Bosan ohh kalau asyik nak bukak buku je, mana pegi kemanisan zaman universiti korang , atleast kena ada jugak pengalaman yang penting nih , supaya kita dapat mengutip segala pengalaman yang berharga kan . Klau cam Kelab Linguistik tuh pulak ,jabatan kita org nih tak ramai so kita kena gunakan segala peluang yang ada , untuk lebih rapat dengan pensyarah dan tutor , biar dorang kenal kita naty so kalau pape naty senang la kan . Bila jumlah nya skit , lectrer nak fokus dan kenal ngn kita pon sng yelah , tak ramai kan .

So , da busy busy nih kadang2 rumit pn tak jumpa , malam baru jumpa tambah pulak , sem nih clss ada sampai malam . Uuii , kadang kadang nak bagitau pon tak sempat , sedih je . Bukan nya tanak bgth kadang2 tuh tak sempat . Tambah lately nih , yea faham orang sakit mungkin snstitive lah sikit tapi da cuba sedaya upaya nak amik ati , nak jaga ati semua , tapi kadang2 tu mungkin salah sendri la jugak kan , sbb busy sangat . Sorry , my bad . Dah cuba yang terdaya tapi kalau tak memuaskan hati dan tak cukup mintak maaf sangat2 . Get well soon ye .

Humm penat , skit belakang segala , sobs . Tapi harapnya semua nih akan berakhir dengan segera ye . Tapi kalau aku busy pon bukan la busy benda benda yang tak elok , kire aku busy tuh kena la dengan tempat nya , busy dengan fakulti , subjek haa camtu lah .
So aku kira ini adalah permulaan sem yang agak memenatkan dan menyibukkan buat aku .
So ain tabah ye , be strong !

Okay daa ~

Tuesday, January 11, 2011

Yes its a love entry

Hello, assalamualaikum semua . Selamat petang , ahaha euw euw sambil buat gaya sentap , kemain tau sekarang dah pandai nak sentap sambil pegang kipas buat muka kekwat well gadis semakin cerdik buat muka kekwat sekarang haha . Tapi series dah lama tak sentap dengan orang kan ? HAHA , baiklah ini mmg love entry . Agak agak kalau korg tak berminat ke takpa , i tak paksa suh baca pon okay. Tak kisah , ini hanya lah hasil nukilan i yang tak seberapa , then its comes out suddenly . Mungkin ada yang kata , eyboh la nak jiwang jiwang segala , takda masa la sekarang . Fokus pada benda lain dulu boleh tak , pelajaran ke projek ke apa ke , okay its up to u . Tak cakap pape pon . But then semua orang ada perasaan . Sejauh mana pon korang menafikannya , itu tetap perasaan korang , cuma sejauh mana korang nak handle atau kawal perasaan korang tuh la ya .

Baiklah mari mulakan ! Teheee.


Okay , actually aku nak bagitahu perempuan ni kan bukanlah complicated sangat , kita orang pon bukan lah nak dapatkan lelaki yang seperfect alam segala kan .
Tak semestinya nak kena dapatkan lelaki kacak , kaya , bergaya mutu keunggulan , tapi beriman itu mesti , tinggi , ala ala yang macam semua perempuan seluruh abad nak lah . HAHA , kalau aku okay memangla aku akui masa zaman sekola sekola dulu haruslah kan gosip2 dengan skolmate . '
aku naty nak boyfren yang hensem , putih , tinggi , kaya , semua la aku nak ' haha , seyes kalau zaman sekola dulu macam tu la kira nya kan , kira sapa dapat macam nih msti kita org cakap , perhh hensem bf dia , untung la dia .Ngahaha , okay itu kalau dulu boleh la nak cakap macam tuh semua kan , sekarang nih zaman da berubah , masa pon da berubah kalau nak dapat kan macam tuh alamat mmg la tak kawen kaum perempuan nih , ahahaha tapi mungkin akan ada segelintir perempuan yang mmg rezeki dia kan , kalau dapat Alhamdulilah , tak menolak pon . Huk huk . So , adalah beberapa ciri-ciri yang mungkin menarik perhatian si perempuan .


Antara yang menjadi kritria penting seorang lelaki itu ialah , lelaki itu harusla percaya pada perempuan yang dia sayang . Yes , fakta ini mungkin boleh ditolak sebulat mungkin atas alasan bagaimana kalau gf dia yang mengkhianati kepercayaan dia ? okay dalam hal nih , kita lihat pulak mkin ada sesuatu yang menyebabkan gf korang tuh bertindak sedemikian , atau sebenarnya memang tada pape pn but then korang yang terlebih over menyebabkan si perempuan menjadi fed up , maka kepincangan la akhirnya . Baiklah dalam erti kata yang lain, lelaki harusla bersedia menerima si gadis seadanya , tak kisah la dia pandai masak ke tak pandai ke, dia cantik ke tak ke atau apa saja lah . Kalau da sayang tuh kita kena lah trima seadanya tetapi untuk berubah demi kebaikan adalah digalakkan , kalau aku sendri aku mengaku aku bukan la terer gila masak kan , maksudnya semua resepi aku tau , seyes mmg tak okay , tapi aku tau la sikit sikit , mkin aku akan improve kan lagi untuk masa depan , yela tak kan la nak kasi laki dok makan air tangan mamak ye dak ? Dia bukannya kawen dengan mamak tapi kawen ngn kita hehe . Tapi kalau mmg dia ada efforts, mana tau sekali sekala dia kasi rasa masakan air tangan dia , haa apa salahnya korang puji kata sedap ke walaupun mak korang masak lagi sedap kan , yela setidak-tidaknya bole la kasi semangat kat dia untuk trus dan trus memasak lagi ;)



Okay seterusnya, lelaki seharusnya kena jadi lebih sensitif sikit . Okay aku tau kalau dalam hal ni, mmg lelaki fail haha , sbbnya kalau bab bab sensitifvti nih selalunya perempuan mmg pakar kan . Itu adalah lumrah tak salahkan lelaki , tapi cuma nak cakap biar lelaki ada sedikit sifat senstivti supaya perempuan akan rasa lebih dihargai dan disayangi , yes yes mkin cara lelaki tak sama kan . But then apa salahnya korang cuba ambik berat sikit dalam hal hal yang ringan nih haaa, tak suruh pon selalu tetapi kadang2 tuh da memadai dah . Agak agak kalau dia tengah cakap ke apa ke , layan la dia , jangan korang buat tak layan , mungkin cite tuh takda klimaks pon tapi atleast tunjukkan sikap nak dengar tuh yang penting supaya perempuan tuh rasa ohh adalah tempat dia nak mengadu kan huhu , konsep ni sama je kalau lelaki tu tengah duk cite sakan kat kita , haaa kita dengar tunjukkan minat utk mendengar apa yang dia tengah cakap tuh.


Ahaaa , yang nih paling aku suka . HAHA , cuba jadi gentleman sikit . Aishh lelaki come on laa tak kan la dengan perempuan pn korang nak berebut kan . Gentleman nih tak smestinya korang kena jadi gentleman setiap masa dan tak semestinya dengan awek korang je korang kena jadi gentleman dengan kawan perempuan pn boleh je , dah mmg menjadi tugas korang untuk melindungi bukan ? Tapi kalau kat awek tuh , lebih ah sikit tak kan korang nak mengharapkan awek korang pulak gentleman kat korang kan . Memangla pulak tugas perempuan tuh untuk melindungi lelaki. Benda simple je da cukup contohnya , kalau naik kete kadang kadang bukak kan la pintu untuk dia ke , tayah selalu pon bnda camni , tapi kadang2 tu akan buat perempuan rasa waaaa terharu haa camtuh la. Kalau dia sedih call la dia , kalau bole jumpa haa jumpa la kasi kata-kata semangat kan . Kalau dia gembira korang tumpang la gembira sekali , tak pon korang cubit pipi dia ke , benda nih spontan but then akan buat dia tersipu sipu senyum malu ngeee , tapi tayahla nak over pulak kan ingatla batas jugak yea . Sama jugak kalau pegi makan , priority tuh dekat perempuan lah dulu , jangan bila sampai makanan korang eyboh nak berebut makanan segala macam lah da setahun tak jumpa makan, iye tau lapar tapi org kata tuh offer lah kat perempuan la kan, baru la sejuk mata memandang haha .


Ngee okay , itu jela yang aku nak cakap hari nih . Hehe lastly nobody is perfect ye .But tak salah mencuba :)

Saturday, January 8, 2011

Teheee dokomun !

Teheee salam suma , sihat ? HAHA , grrr ini adalah post pertama aku untuk tahun 2011 , percaya atau tak percaya aku seriyes busy gilaa walau hanya baru minggu pertama semester neh and minggu add and drop pulak tuh , but then aku dah belajar kot skit skit .

Wuuu , baiklah aku busy dengan projek fak dan jugak projek kolej tapi sikit lah tak banyak sangat pon .

Penat weh , rehat mmg tak cukup. Pastu mata aku perhhh eyebags seyes terserlah , hbisla musnah masa depan aku macam nih hahaha . Cane ? Mesti da takda sapa nak aku kan kan kan ?
okay sedih jelaa T-T . Wuu dokomun .
Anyway tahun baru disambut dengan haiwan dokomun haha . Motif , comel sangat nih , okay pasni nak dokomun pink pulak lah . Agak agak boleh tak camtuh ?
HAHAHA .

Tapi , walaupun suka tapi tetap sedih dengan pemergian sesuatu, aku mmg kena dapatkan blik benda tuh wehh , kalau tak cane ? Dah la misi mencari gagal , sobs mmg nages la aku kan .
aih aih tak dulikkk aku nak jugak .

Hum hum pastu kita kena la belaja rajin rajin , bersesuaian dengan tema penjimatan harus dilakukan dengan sebaiknya , mana tak nya duit masuk lambat , mmg makan rumput la aku jawab nya , ke ni ujian untuk aku kurus , walau ada org kata aku macam da kurus sikit , Hmm sikit jela kan hahaha .Ahhh kurus la sangat gemok je jugak aku tengok .
Tapi berani btol duit masuk lambat , mmg la dia suka tengok kami suma nih kekeringan takda duit kan sobs , sabar jela .

Ahaaa harinih besday kawan baik aku Nur Athirah Mazlan yang ke 22nd . Wahh dah dewasa , selamat hari jadi . Semoga berbahagia selalu dan persahabatan kita kekal selamanya ;)

Okay ngantok sangat nih , adui macam addicted je aku nih haaa . Dah la pagi pagi sejuk tahap apa ntah , mmg gigil aku kan. Wuuu .
okay semua take care ~

Wednesday, December 29, 2010

Its over !

Teheee asalamualaikum semua , selamat malam . Berakhir la sudanya semuanya , tiada apa yang harus dikesali lagi, yang hanya adalah suatu lembaran baru yang harus ditempuhi kelak . Moganya gua bisa tabah nak menghadapi liku liku yang lagi hebat dan ligat nih . Aku rasa kalau hari hari kau nak sedih , sentap , nages segala . Boleh blah lah . Aku tanak jadi macam tuh penat . Tapi jangan risau , kalau aku tak okay pon aku tetap akan cakap okay , sbb itulah aku . Tayah paham aku sebab aku pon tak mengharapkan sesiapa untuk paham aku ngahaha kejam tak ayat ? HAHAHA .


Itulah realiti nya , aku hanya manusia biasa . Aku tak mampu jadi robot atau besi yang tiada perasaan . Walau macam mana pon , aku tetap manusia biasa . Aku tak mampu menolak hukum tuhan . Namun , aku tak kan berhenti untuk berubah menjadi yang lebih baik . Insyaallah . Tahun baru pon bakal menjelma . Takda apa yang istimewa di tahun baru , macam biasa masa akan berlalu pergi dan umur smakin meningkat . Im going 22th . Huk huk . Walaupun angka tak melambangkan apa apa . Umur hanya menunjukkan perbezaan dan perubahan fizikal je , dari segi pemikiran umur tak melambangkan apa sangat . Tapi ada yang cakap , yela mkin sebab dia da berumur so dia lebih banyak pengalaman . Betul aku akui mmg banyak pengalaman, tapi mungkin itu juga mengikut pendapat masing masing , aku tak menolak. Pada aku , sejauh mana kematangan kau dalam berfikir itu adalah yang di ambil kira . Harusnya aku kenalah ada sedikit peningkatan untuk diri aku sendri kan ? Iye itu la yang kena aku buat . Walau cam mana pon aku masih belajar nak memahami dan mengadapt makhluk di sekitar aku . haha .


Tahun depan nak belaja rajin rajin . Ala macam biasa lah azam setiap tahun tapi tak tahu tercapai ke tak . So far aku berbangga dengan pencapaian aku , aku akan buktikan aku juga mampu okay ? Tapi aku tak boleh nak puas hati dengan apa yang ada , sebaliknya kena la keje keras untuk mendapat yang lebih baik .
Tahun depan jugak , harapnya hati aku jadi lebih kental dan cekal dan tabah dan tak mudah cengeng segala . Susah nak buat yang nih , banyak kali cuba . Kalau jadi pon , aku akan jadi heartless itu terlampau pulak , aku tak tau nak control macam mana . Agak agak takda ke butang khas yang boleh slow down kan skit ? hahaha , tapi takda kan so kecewa sangat nih.


Hum hum , aku nak gembira . Pls pls tolong la kasi aku tuh , aku nak T-T .
Huk huk , okay la harapnya semua akan okay ;D .
Cuma satu je , air mata tolongla berhenti , aku dah letih nih . sob sob .
ngahahaha , baiklah saya mendoakan tahun baru ini adalah tahun yang lebih baik untuk kita semua . Teruskan lah dengan apa yang bakal kita lalui dengan sebaiknya . Segala apa yang terjadi pasti ada sebab musababnya . Selamat malam.

Tuesday, December 28, 2010

Sekuel si gadis

Ehem ehem berani aku nak adakan sekuel cerita yang aku reka nih , but then aku terbawak-bawak kucing nih sampai dalam mimpi makanya , aku haruslah ada kesinambungan cerita kucing nih haha



Baiklah , kucing . Memang tiada berperasaan , namun kucing lupa bahawa muka nya tidak berperasaan itulah telah mmbuatkan gadis berperasaan . Huh , bukan senang gadis nak melalui nya . Walaupun , mmg kucing nih agak luar biasanya sifatnya . Walaupun pada mulanya , ia hanya seekor kucing biasa , namun hakikatnya kucing mmg luar biasa . Kalau dulu si gadis mmg mempunyai jalan cerita hidupnya yang tersendri dan itulah yang membuatkan si gadis mempunyai pandangan hidup yang berbeza supaya gadis dapat meneruskan hidup nya lagi .
Semua ini mmg tidak dipinta oleh gadis supaya berlakunya hal ini , namun apakan daya gadis juga hanya manusia biasa . Lagi dilari lagi kucing mengejar untuk mendekati si gadis . Ini membuatkan gadis tetiba terpana akan kehadiran kucing , yela bukan nya nak kata tak cuba menjauhi tapi semakin dijauhi semakin dekat datangnya , hingga gadis merasakan adakah ini suratan takdir atau hanya kebetulan .
iklan jap ( aku rasa gadis nih pakai guna-guna nih haha ) .


Nak dijadikan cerita , setelah pemergian kucing, gadis ada menulis surat namun surat itu hanya lah sekadar untuk meluahkan perasaan . Ini kerana , si gadis telah menjumpai sesuatu yang begitu merobek hatinya dengan hebat sekali hinggakan gadis merasakan kenapa baru sekarang , kenapa tidak dari dulu lagi . Gadis teramat amatlah sedih , hati nya bagai telah retak mnunggu belah , ingin saja dia mnyuruh orang gamkan balik hatinya itu . Agar tidak bisa dia menanggung luka yang amat dalam itu . Surat itu sebenarnya hanyalah titik pembalasan atas apa yang telah di baca oleh si gadis , barangkali gadis juga dalam keadaan beremosi semasa menulisnya . Nak di jadikan cerita , aku rasa kucing nih mmg kucing istimewa ohh , dia rupanya ada kebolehan membaca . Pandai betol kucing nih . Aku rasa msti masa PMR dia dapat 6A dulu , huk huk sbb tuh dia pandai pastu dapat msuk asrama kucing lak , wahh cayala kucing . Kau mmg hebat kan . Woot woot



Maka nya , si kucing telah pon sentap , Perhhh mmg dia nih luar biasa . Sentap segala . Rupanya mmg btul la kucing sentap dengan gdis , sbb itulah dia melarikan diri, tapi kucing seharusnya tidak boleh buat bgtu . Itu sangat pentingkan dri kucing . Kau pgilah jumpa gadis pakai LC kau , haha . Okay tipu , kucing mana boleh bawakk moto , haaa kau cakap lah elok elok dengan gadis tuh , supaya dia faham akan keadaan kau sbnarnya . Tetapi ini tidak keadaan semakin teruk , masing masing dengan pegangan dan fahaman sendiri . Gadis telah mempunyai pengalaman hdup yang amat berbeza jadi seharusnya gadis mmg memerlukan masa dan ruang agar kesilapan tidak menjadi mliknya lagi . Hisy susah btol jadi gadis nih , kalau aku jadi gadis nih , aku bunuh semua orang AHAHAHA ! Erkk okay pengarang mengarut jap .


Huk huk , sedih sangat nih , si kucing meluahkan kepada si gadis begini bunyinya ' if tak suka , u are allowed to leave ' , Haa sentap tak ? Aku selaku pengarang yang bfikiran rasional pon sentap inikan pulak gadis kampung yang serba serbi kekurangan tuh , makanya berduka lara la si gadis . Air mata mula berjujuran bagaikan hujan yang turun dengan lebatnya sekali . Gadis sangkakan hujan di tengahri , rupanya langit yang mendung membawa taufan kartina untuk melanda. Kalau lah kucing tu faham yang gadis mula sayangkan kucing tuh, yela kan gadis dah berazam akan mengambil kucing sebagai haiwan peliharaan dia yang sah satu hari nanti . Yelah kena amik masa skit , nak pegi pusat kebajikan haiwan lagi , banyak bnda nak kena diuruskan . Tapi kucing harapnya bersabar lah . Sesungguhnya ALLAH mmberikan ganjaran yang hebat pada orang yang bersabar . Tapi ini kucing haha samala tuh .

Gadis sayangkan kucing nya itu . Tapi kucingnya itu seakan tidak memahami , agak agak kucing tuh nak pegi cari tuan lain ke haa ? Ehem ehem . Tapi kalau kucing da tanak gadis tuh jadi tuan dia nak buat cam mana , redha jelah . Itu kehendak kucing , gadis sememangnya tidak boleh memaksa , ini kerana masing masing punya kemahuan sendiri bukan ? Baiklah kucing , gadis sygkan awk . Gdis juga faham walau apa pun yang terjadi , dia telah cuba yang terbaik dan dia haruslah kuat untuk menempuhinya .



HAHA , okay ini sekuel sambungan cerita kucing aku ahaha . Grrr aku mmg gilakan kucing betol , agak agak bila nak ada kucing sendri nih . ahaha . Baiklah . mkin akan ada sambungan nya kelak . Happy reading cte dongeng aku nih :)

Monday, December 27, 2010

Si gadis dan kucingnya

Hujan sekarang , berkaca hatinya mendengar perkataan itu , ia bagaikan dirobek-robek . Namun , apakan daya . Ahhh !


Hum hum. Nak kongsi cerita si kucing dengan seorang gadis lah , Hmmm kita kongsi sama sama nak . Cerita nya begini seorang gadis telah menjumpai seekor kucing di persekitaran rumah nya.Pada mulanya gadis itu tidak mengendahkan kucing itu kerana pada pandangan gadis itu ia hanya sekadar seekor kucing biasa seperti terdapat nya kucing kucing lain dan gadis itu tidak mengangapnya sebagai lebih daripada seekor kucing sahaja . Namun kucing itu sangat manja , dan seperti nya amat memahami situasi gadis itu yang agak tidak keruan dan di rundum seribu satu masalah . Maka nya , kucing itu lah selalu menghiburkan gadis itu , bermain dengan dia , membuat si gadis ketawa , walaupun kadang kala kucing itu gigit tangan si gadis sampai TERLUKA sikit namun tidak mengapa, kerana itu hanyala gurauan manja seekor kucing yang baik lagi memahami itu .


Semakin hari , si kucing telah memupuk perasaan sayang yang luar biasa kepada si gadis . Si kucing semakin mendekati dan mengambil hati gadis itu , walaupun sebenarnya gadis itu tidak bersedia untuk menerima seekor kucing dalam hidup nya kerana gadis itu umpamanya telah di asak dengan seribu segala peristiwa menjadikan gadis itu mempunyai agenda hidup yang tersendiri dan motto hidup yang berbeza .
Tetapi si kucing , begitu pandai mengambil hati , selalu menemani si gadis walaupun tanpa di pinta . Kucing itu sangat kelakar , walaupun taleh bercakap tapi sangat memahami . Ada satu time tuh si kucing duk sebelah si gadis sambil menonton tv , eleh kucing tu macam paham je kan , tapi macam saya kata si kucing umpamanya sangat mmhami . Nk di jadikan cerita , tengah best layan tv ada satu iklan nih , iklan ( Kelapa dan Orked , saya nak balikkkk duit saya.... ) Seyes , gadis tuh siap boleh gelak guling guling segala sbb kelakar sangat , actually tu iklan lama macam mana ntah bole kuar balik . Si kucing pon meow meow konon kononn gelak sekali kire kasi respon dekat gadis tersebut , haaa telatah kucing tuh cukup menghiburkan hati si gadis .


Makin hari, si gadis telah jatuh sayang kepada kucing itu , apabila kucing itu hilang , dek kerana merayau-rayau bsama angkatan kucing yang lain ( cis berani dia pegi merayau bsama kucing lain huk huk) . Pasti si gadis mula risau dan mula rindukan kucing . Si gadis mula aneh dan pelik , Perasaan apakah yang di alaminya itu . Manakan tak nya , si kucing selalu datang dekat rumah gadis itu , dan gadis itu selalu mberi kucing itu makan , semua nya lah . Setidak-tidak nya kucing itu bagaikan telah memberi sinar baru kepada si gadis . Gadis itu memberikan kucing itu dengan nama diddy . Comel sangat nama nya , kalau di panggil si kucing akan menyahut , kadang kala kalau lebih manja si gadis hanya memmangil nya dengan panggilan 'd' sahaja tetapi kucing itu tetap menyahut umpama paham pulak yang mmg si gadis sedang memanggilnya .

Rupanya , benar lah . Si gadis mula sayangkan kucing itu , cuma dia belum bsedia je nak amik kucing itu sebagai kucing peliharaan dia yang sah , haha tapi gadis tuh da bertekad nak amik jugak kucing itu satu hari nanti , cuma gadis itu tanak terburu buru dan tergesa gesa, wlaupun hakikatnya dia sayangkan kucing tuh . Hari berganti hari , kalau dulu kucing selalu datang pada si gadis , menceriakan hati si gadis , tapi kini tidak lagi . Entah mengapa , kelibat si kucing tidak kelihatan , hati si gadis menjadi sayu dan hiba . Apa yang telah dia lakukan , salah ker dia menyayangi kucing itu walaupun sebenarnya kucing itu yang telah membuat si gadis kembali untuk meneruskan hidup . Sikap kucing amat mengecewakan si gadis . Si gadis begitu terluka , sampai hati kucing itu meninggalkannya setelah kucing itu memupuk perasaan sayang kepada si gadis . Kenapa perlu hadirnya kucing itu kalau akhirnya kecewa jugak.


Akhirnya , si kucing telah menghilangkan diri . Sakitnya si gadis hanya dia sahaja yang tau . Si gadis berharap yang kucing itu akan kembali seperti dahulu dan menceriakan hidupnya kembali .
sob sob ~
sedih sangat kisah nih . Haha ,inilah cite mengarut yang aku reka kan . kalau mat salleh ada fairy tale aku ada kucing ahahaha , mampu ?

Monday, December 20, 2010

Hello .


Aku sangat malas nak update
seriesly .
Haha , tapi kang tak elok nak biarkan bersarang lelama .
aku just nak tunjukkan nih .
Apa yang aku duk buat dalam gambar ni
Huk huk tah pape jek ngeee .