Ehem , i cant just believe why i still didnt sleep at this time , while my housmate azni and kak rai has 'nyenyak' already , but me still in front of lappy and doing nothing haishh .I keep wacthing my FONETIK book at there without doing nothing too haha , when i want to read there have something that keep going in my mind such 'aarghh bosannya' , 'uuu lapar la pulak' . haha so what do u expect i will be doing ? Ngeheh :)
Okay , today like i said it such a boring saturday . Agak-agak knapa yer ? Adakah aku yang tak reti nak memanfaatkannya , atau aku yang buat-buat bosan , atau aku yang membosankan? Hahah entah la aku pn tak faham . Aku asik golek-golek atas katil , tadi baru je lepas layan cite twilight yelah utk paper penterjemahan aku , kami kna kaji novel twilight iaitu dalam bahasa Melayu nya ialah Senjakala , kami kena baca dua siri iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris . Tapi aku belum baca pon novelnya , sbb masih ada pada farhah dan bam-bam , yang si bam tuh agknya bila zaman boleh kasi aku hiks . Hum hum hensem betul lah si Cullen tuh , dia sangat-sangat WOW amazing , masa mula-mula tengok cite tuh aku trus like whoaaa !
Satu yang aku suka dia ialah dia sangat menjaga ISABELL , which mean dia sangat kan sayang kan that girl , best kan kalau ada lelaki yang menjaga kita bagaikan menjaga diri dia sndri . tapi aku tengok Cullen nih lebih pntingkan isabell dari diri dia . Waaaa guling-guling cair ~ pheww .
Jacoc pulak . sangatlah hot , dalam cite Twilight New Moon , iaitu Cinta Baru haha so sweet nama tuh. Jacob suka kat isabell tapi isabell sangat sayangkan Cullen sepenuh jiwa dan raga . Dan dia sangat down gila bila cullen tinggalkan dia camtuh . dan Jacob lah yang menjaga isabell sampai hati isabell hampir pulih juga sebenarnya , tapi tiba-tiba ketika cinta baru nak berputik cullen muncul kembali , aku paham situasi isabell , dia sayangkan Cullen tapi bila Cullen pergi tinggalkan dia , dan Jacob adalah antara orang yang ada disisi dia saat-saat dia sangat memerlukan someone so Jacob, kira mengisi kekosongan hati Isabell nih sedangkan dia masih sayangkan Cullen , ksian Jacob kan ? Tapi like i said , Cinta memang memerlukan pergorbanan ~ hew .
HAHA ! apakah aku nih buat sinopsis cerita ke apa ? hoho , takda la just nak bagi tahu je meh , oh yer hari nih ramai besday kawan aku 15 ogos hehe .
Maka dengan itu , aku nak mengucapkan HAPPY BESDAY to all of u yang menyambut besday hari nih , kepada encik Amir , selamat hari jadi yer , wahh anda dah semakin dewasa hew-hew haha . Agak-agak bila boleh dapat float ? huahaha . Semoga berbahagia dengan orang tersayang yer ;DD
Okay lah mahu tidur .
Gute Nacht ~
Saturday, August 14, 2010
i cant just believe
Posted by .chocolatevanilla. at 8/14/2010 2 comments
Hari sabtu yang mendung haha !
Phew hari nih punya plan tak tau lah nak buat apa kan ? aaaa nak buat apa nih ? Nota . asemen , ada jer haaa tersedia menanti . tapi aku rase cm takda mood nak buat aha nota da buat dah cuma tgal sikit je lagi kan . yang asemen tuh la kot . Huhu !
ahaha aku nak cerita , hari khamis lepas kita orang pegi lah bazar ramadhan dekat kerinci tuh . Konon janji pukul 4 kan , sekali pukul 5 baru gerak , haha aku siap boleh tertido lagi penat kot . Tambah dengan hari tuh yang sangat panas , aku balik kolej jalan kaki . trun bukit , naik bukit dengan bawak lappy yang berat gedabak fuh fuh gila dugaan wei aku rasa dah nak pengsan pon ada . pastu plan nak pegi bazaar plak dengan zahriman , bam-bam dan cik mah .
So , dalam pkul 5 lah gerak kan mulanya cuak dah nih takut jalan jem tapi dah mmg jelas ternyata itu adalah waktu jem haha . Si bam takut kita akan berbuka dalam kete cam mereka berbuka dalam kete masa 1st day puasa tragis betul haha, aku pulak 1st day puasa buka kat tengah jalan minum air masak , mmg best kan sebabnya aku ada kelas ko-k ehem !
So seperti yang di jangka , jalan sangat lah jem bermula di kps lagi . HAHA ! maka bam bam pon melakukan kepakaran beliau dalam menyelit-nyelit nih , nasib lah bawak kancil kan so kira consider lah nak menyelit haha . Dan akhirnya berjaya juga sampai ke destinasi yang dituju , kira hari tuh takda lah jem truk kan , boleh lah .
Sampai jer sana , siap parking suma aku agak dah lembik sebenarnya , tak larat nak jalan . Pastu zahriman kata , haa amik bau yang ada nih msti larat haha , Jap lagi bau suma nak harum-harum la kan , bau ayam goreng lah apa lah glurp aku trus cam waaaa sedapnya bau hahah ! so , aku pon jalan-jalan lah cari apa benda yang dibeli haha . Cam biasa lah kan . Dugaan jer tngok suma benda tapi jangan membazir huhu , tak baik . Then sebenarnya kak raihan lak kirim suh beli barang dapur utk rumah kan , aku pon pusing-pusing lah cari kan takda pulak meh . So beli barang makan jelah . haha nampak sdap semuanya wow !
Maka, apabila semua barang yang dikehendaki tlah dibeli kami pon haruslah mengundur dri kan agak-agak nak duk lama kat situ bakalan mmg habis lah duit . Yang 2 orang kawan aku tuh , nama je beli untuk sendiri tapi mak aih banyak gila , haha . Naty aku tunjukkan hasilnya yer . hehe :)
Ehem , actually aku ada benda yang nak story sikit . Huu terbuku di hati menyebabkan aku rase sangat sakit hati dan marah yang membara-bara . tapi aku cuba berfikir secara positif dengan harapan benda nih tak kan keep on my mind but entahlah . Cam mana eh nak cakap , before this aku adalah rapat dengan someone kan budak 1st year , Actually dia yang nak rapat dengan aku bagai , So aku tak kisah kawan jelahh aku mmg seorang yang easy going dan friendly , so kawan jelah kira aku baik lah dengan dia kan . Tapi dalam masa sebulan aku knal dia , tetiba afta seminggu lepas gerai konvo dia agak berubah aku pon cam tak knal sangat dah siapa dia .Gila lain dah perangai dia , sampai kan dia ada sikit slah faham dengan kawan dia kan , then aku nasihat kan try lah baik-baik kan . dengan kawan baik pon takkan nak gaduh pasal bnda tah apa-apakan . So aku ingat dah baiklah , tapi takda pon. Smpailah aku tahu satu cerita dia yang membuatkan aku rasa sangat sakit hati ! Memang cam arghh sakit hati dan marah suma ada . Aish aku tk tahu nak kata apa wei , dia sangat plastik ! Geram nya aku cakap dengan aku lain tapi yang jadinya lain pulak . lepas tuh bajet konon confuse lah apa lah memang betambah angin la aku kan .
Aku tak kisah la kau nak buat apa pn untuk hidup kau, but kau ingat balik apa yang kau aim msa kau masuk sini okay . Entahlah , kalau dulu aku nasihat dia , kira dia boleh lah mendngar lagi kan sekarang dengan sombongnya ya allah hanya tuhan je yang tahu betapa sakit hati aku ,
Aku geram gila dengan dia wei ! Aku cuba lah tak nak ada rasa sakit hati dengan dia kan tapi kadang-kadang tak boleh , tak kan pasal SOMEONE tuh kau berubah ? Come on la wei jangan lemah la dengan godaan semua tuh , CINTA PADA KECANTIKAN SEMATA TAK KAN KEKAL . Kau tahu semua tuh kan , tapi kau still confuse , ntah tak pham aku .
Jadi , natijahnya sebgai seorang kawan aku sangat lah kecewa krana beliau telah berubah . Takpa lah semoga beliau tahu dan yakin dengan pilihan yang beliau buat dan bukan lah membuat keputusan mengikut nasfu semata , Harapnya beliau gembira dengan hidup beliau sekarang bersama dengan orang tersayang . Mungkin itu yang terbaik untuk kamu kan ?
Tidak mengapa saya sangat memahami kompromi yer . WELL , last but not least i always pray the best for u okay :')
Posted by .chocolatevanilla. at 8/14/2010 0 comments
Tuesday, August 10, 2010
Belajar Untuk Hidup .
Ehem , semalam aku pergi ke kelas sosiolinguistik meh , so belajar lah cam biasa kan . tetiba prof aku bercerita pasal apa eh its like cm psangan hidup . Dia tanya dah pnah dating belum ? Klau sekarang 2nd year belum , okay takpa tahun depan ada masa lagi , tapi kalau 3rd year tak merasa dating itu payah , katanya haha . Okay apa yang dia nak cakap sebenarnya kalau sekarang time belajar tak mencari naty kalau dah habis belajar susah lah , tapi dia kata ini utk perempuan . Aku cam aih kenapa pulak ? Rasionalnya dia cakap , katakn kalau kita jadi cikgu , okay ini contoh biasa . Dalam satu-satu sekolah , katakn cikgu graduate perempuan yang masuk nih dalam 10 orang , then kat sekolah tu pulak hanya ada 3 orang guru lelaki yang masih bujang itu pn lulusan maktab tapi tak kawen lagi , Prof cakap 10 vs 3 kan . so sapa cepat dia dapat . Dlam 3 orang lelaki tuh tak kan dia orang yang nak approach sbabnya dia org hanya lulusan maktab haha ! So yang perempuan lah kena bertindak . aduii .
Then prof cakap lelaki sekarang pulak pemalu , aku cakap euww pemalu ke ? huhu , tapi lelaki sekarang mmg skit buktinya dalam class aku ada 2 orang jer lelaki haha . ksian tak perkara tuh ?
hoho . Pastuh lelaki dalam class suma pura-pura konon pemalu haha eshh gedix betul mereka nih ! Jadi prof kata masa belajar lah awak nak cari partner pn huhu tapi pada aku mmg lah betul kan , tapi semua pn bergantung pada jodoh jugak , kita hanya mampu berusaha kalau ada , adalah kan ? ehem ehem :)
Tapi betul lah lelaki sekarang agak pupus apalagi yang berkualiti tuh . agak-agak apalah pilihan wanita cam kami nih huhu , so kalau dah ada tuh jgnlah lepaskan nya pulak haha ! Opps alamak , susah woo nak cari lelaki yang betul-betul zaman sekarang nih .
Semalam juga aku pergi dengar ceramah dekat Ds , pasal ramdhan nih yelah sok kan kita bakal menyambut ramadhan , cepat betul masa berlalu tgok dah nak puasa . Aku tak dapat puasa dengan family sedih nya ;'( uwaaa nak balik nak balik meh !
Mesti best kan kat rumah , aku kat rumah jugak tapi rumah dengan kawan-kawan bukan dengan family adui sebak jer rase . aishh ~
Semalam aku pg Ds pakai baju krung , sbbnya aku tak sempat mandi ialah takda air kot haha . so pg jelah Ds kan , jap lagi kawan aku bahan aku beria jer pakai bju kurung padahal nak dengar ceramah jer pn cis ! haha , aku pakai bju dari class kot adehh ~.~ senget betul . Wei nak float , dah lama tak mnum float , nak nak nak !
sapa nak bawak aku g float nih ? sob sob .
okay lah nak trus berangan float walau takda yang nak bawak kan . T-T
Posted by .chocolatevanilla. at 8/10/2010 0 comments
Monday, August 9, 2010
Apa akan jadi kalau ikatan yang terjalin putus begitu sahaja ?
Selamat petang semua , saya baru balik class nih ! Hiks gedix gila nak bgth semua orang .Okay sebenarnya entri kali bukanlah perkara yang mengembirakan sangat pon , tapi ianya melibatkan hati dan perasaan okay ! Tetiba sejenak saya berfikir apa akan terjadi kalau hubungan yang terbina putus begitu sahaja ? Adakah kerana kita tidak sehaluan lagi , tiada lagi persefahaman lagi antara kita ? Atau ini memang ketentuannya ? Apa ingin saya cuba katakan ini tidak semestinya hubungan antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan PERSAHABATAN ! Memang kadang-kala pekara ini terlalu subjektif untuk diperkatakan tapi , sebabnya ianya melibatkan perasaan kawan-kawan saya faham tak ? Hew okay ain chill chill .
Kalau dulu kita selalu keluar sama-sama kan ? Kalau makan kat DS mesti roger antara kita dulu kan ? Nak pegi kak yah mesti salah sorang akan msg punyalah , tak sah kalau sehari tak dapat msg ' makan jum '? , 'Kat mana' ? , msti akan dapat punyalah . Aku tahu mungkin perkara ini terjadi sebab kami juga kan , aku tak nafikan juga kami busy suma kan tetapi kami punya sebab dan mmg menjadi tanggungjawab kami untuk melaksanakan tugasan yang kami dapat ketika itu dan kami dah kata bila kami dah free kita boleh spent masa bersama bukan ? Tapi itu semua hanya dulu , kami bukan lagi orang yang penting seperti dahulu kala . Kami tidak lagi bermakna mgkin , siapa kami di hati kamu pon kami tak tahu dah ? Entahlah , sedih wei sedih ingat aku tak sedih . Tapi aku cekalkan jer . sbb aku mmg dah nekad kalau ini yang terjadi nak salahkan siapa . kalau dah ada orang lain yang boleh amik berat pasal korang semua kan . Saya hanya mampu mendoak yang terbaik sahaja utk kalian semua . Tapi jangan bila dah tiada orang lain kalian mendapatkan kami semula pls jangan !
Ingat tak dulu kita pg Kampung Baru makan sesama Chicken Chop , sedap kot . Teringin nak makan lagi , tapi tak ada orang pelawa pon , Tgok-tgok korang dah sampai pon sana , Takpa lah kami makan kat kak yah itu pon dah bersyukur kami tak kisah , sbb salah kami juga kan kami busy . So salah kami takda msa utk kamu semua , maka tinggal la kami kini sendiri
Ingat tak dulu , kalau free jer petang kita pg jalan-jalan pg tasik varsiti , makan angin , tgok orang sembang-sembang bagai . Best sangat walau hanya pg tasik varsiti jea . Tapi kini tiada lagi teman bermain . Kalau korang nak kata aku rapat dengan junior . tapi korang ingat junior tuh boleh rapat ke cam aku rapat dengan korang dulu , Tak okay .tak !
Ingat tak waktu tuh study week , Macam mana kita stdy sesama ? Memang kongkang habis , tapi takpa aku suka suasana yang dulu . Ingat senang ker nak dapat balik suasana camtuh ? Huh , mkin tak lagi, mkin lah . Sepanjang minggu tuh aku stdy ngn korang , Then bila someone tuh takda kat situ . ingat tak cam mana yang lagi sorang amik peranan dia ? Sumpah aku rindu waktu tuh wei , aku rase itu antara kenangan kita yang paling manis sekali . hanya kita berenam sahaja , yang tahu apa yang kita lalui waktu itu .
takda orang lain , kita rapat cam adik-beradik , Bagaimana nama kongkang itu semua terhasil kan . Ingat tak masa kita tasik dekat taman jaya ? Best kan , masa tu pulak angin sepoi-sepoi bahasa mmg aku ingat lah . tapi Agak-agak korang ingat tak ? Ada siapa tak yang ingat salah sorang daripada kita tak amik gambar konvo lagi dengan someone ? Perasaan tak ? Okay mungkin ini simple things jer tapi bagi dia satu perkara yang besar tau . Aku nak cakap tapi sbb dia aku simpankan jer .
Okay banyak lagi kalau nak cerita , tapi aku takda lah nak salahkan sesiapa . Sebabnya aku meletakkan diri aku adalah sebagai pesalah utama . Sebabnya bila nak ajak makan . aku akan cakap ada meeting lah , ada class lah , kadang-kadang lagi truk tak reply langsung tapi masa tuh mmg takda credit . so maaf yer , saya takda niat lansung nak lukakan hati sesiapa . Kalau boleh nak jaga hati semua orang di muka bumi nih , namun saya juga hanyalah manusia biasa yang tak mampu nak jaga hati semua orang kadang-kala ada jer jugak terlepas pandang , tapi hakikatnya aku sayang akan ikatatan yang telah terbina , andai kata kita tak bersama lagi selepas ini takpa aku mredhai nya aku lepaskan semua kenangan itu berlalu pergi dengan setenang yang mungkin namun jangan lah kalian semua lupakan apa yang telah kita lalui selama ini , kerana apa yang kita lalui semua itu merupakan satu kenangan yang terharga nilainya faham ?
Korang jangan lah ingat lain knapa aku buat entri ini , as what i said , im not blaming anyone, tapi ini lah yang aku rasa , dah lama aku rase sebenarnya aku ingatkan aku sorang yang merasekan cmnih tapi rupanya aku tak keseorangan . Mungkin aku yang terlalu emosi pasal benda remeh temeh pn nak kecoh , atau korang yang tak perasaan atau mmg kita buat tak tahu jer , Itu persoalan yang aku tak dapat nak jawap .
Okay takpa walau apa pn aku sayang jer korang semua , aku sentiasa mendoakan korang bahagia okay . Buat sunbae semoga berjumpa dengan orang yang boleh membuatkan kamu bahagia ,yang boleh jaga kamu ,kenangan yang lepas tuh jadikan lah ia sebagai satu kenangan yang indah , jangan silap dalam membuat keputusan okay ! Kami mendoakan yang terbaik untuk anda ~
as long as stars twinkle in the sky
as long as angels are there up high
til ocean dry up
and till the day i die'
Posted by .chocolatevanilla. at 8/09/2010 0 comments
Saturday, August 7, 2010
HAHA penatnya hari nih !
Okay hello semua . Agak-agak sihat tak ? Alamak birunya font nih umpama awan yang sedang terapung-apung . Okay hari nih , aku dikejutkan dengan housmate ksesayangan ku utk solat subuh haha tetapi biasalah subuh gajah sikit lah ehem ain apa nak jadi ? Phew then tetiba aku dapat call dari junior aku nak ajak aku jog . What ? Hahaha hello what do u i ecpext i akan cakap kat dia . Haruslah tidak , mengantok gila kot . Dah lah tak cakap awal-awal kan , mmg tak dapat lah huhu aku cakap kat dia later lah yer kita jog bersama haha , aku mmg malas sikit kalau nak jog tapi tak plan atleast inform la kat aku ker kan , ini tak . hoho !
And then dalam pkul 10 tuh . mak call aku kata dah siap belum ? Aku terus melompat dari katil umpama Panthera tigris tengah melompat cari mangsa hehe . Mana taknya aku siap lagi boleh tido-tido , baring-baring suma kan , jap lagi mak aku call kata dah nak smpai nih dah siap belum . Huhu haruslah aku belum siap kan kata melompat dari katil tadi , lepas tuh apa lagi mandi lah kan siap-siap bagai , then baru nak pakai tdung mak aku dah sampai haha . Phew lega rasenya , haha tapi masuk jea kete kena bahan dengan ayah aku , apalah mata sepet nih haha . Alamak kantoi disitu ! Ah aku gelak-gelak jea lah kan apa nak buat lagi tersengeh jelah mcam kerang yang wangi tuh haha .
Maka destinasi kami ialah ke IKEA. Ehem nampaknya saja jelah nak berjalan-jalan kat situ kan . Dah smpi sana kami pon cam biasa jelah kan , ke sana ke mari aku cam biasa geram tgok adik aku yang bongsu tuh aleya lari ke sana sini , bajet konon dah besar lah kan orang pimpin tangan taknak huh . jap lagi merayau sana sini hilang kang macm mana meh , aku jugak yang susah . Ah kelakar betul aleya tuh mulut bukan main lagi bobeknya , dah ah suka merajuk . aaa sumpah cm aku sikit, eh tak banyak hehe :)
Lepas makan-makan suma kami pon gerakla nak beli barang kan , actually tingin nak makan meatball ikea yang dorang kata sedap tuh , Aku punyalah teruja usulkan kat mak ayah aku nak makan tuh tapi tak jumpa pulak sobs sedih jea . Mkan lah nasi lemak je kan .
Pastu masuk dalam IKEA . cam biasa ak aku orang paling teruja second aku lah kan haha . Mna tak nya tgok harga barang rm3.30 bagai kan cam seronok pulak padahal benda tuh takda lah penting mana sangat pn , tapi suka jea . Tapi mak aku beli kerusi meja apa ntah , utk adik aku lah kot nak stdy haha iye jea adik aku nak stdy haha !
Then afta shoppng suma , Kami gerak g masjid india lak nak g beli tudung . Hoo jalan mmg jem lah kan , Ahh tensi aku rase huhu . Aku pg ngn mak aku and adik aku jea , yang lain tinggal dalam kete jea haha , Aku pon cam hilang arah la bila pegi tempat-tempat camnih . Adui knapa lah duit ak tak berkepuk-kepuk kan ?? haha .
Huhu aku beli tudung jelah kan , then adalah sikit barang-barang lain . Namun , hajat aku sudah tercapai haha . Wohoo thanx mak , ain sayang mak lah !
Orang memang ramai gila , pheww aku pon tak larat dah lama-lama bukan apa pening wehh sebabnya ramai sangat orang , then kami pon balik lah . Mak aku pn dah penat kan .
Lepas tuh , hantar aku balik UM lh. adui bosan betul hush hush .
Tapi best lah sebabnya aku dapat jumpa family aku then g jalan-jalan . So ari nih terisi lah kan . Tapi aku balik umah , jap lagi semua orang takda haha . Yang ada lala ngn azni , yang lain pg gerai konvo then balik umah suma . ohoo sunyi je umah nih . Bosan oh , aku pn takda buat nih kan mmg sngt bosan lah kan ! Wei aku rase aku dah gems lah which is stand for GEMOKS haha uwaaa mcm mana nih wei :'(
Adui aku kena diet lah kan . tapi ntah pape jer konon nak diet cita-cita aku umpama hangat-hangat tahi ayam jer , bila nampak makanan nauzubillah lupa diri terus , suma nak makan aduiyaii . benci betul .
Okay go ain !!!
Okay lah bosan tak tau nak buat apa . saja nak update blog nak lawan mawe kononnya nak menjeleskan aku kan hahah , elehh ~.~
Posted by .chocolatevanilla. at 8/07/2010 0 comments
Friday, August 6, 2010
Hari ini punya cerita
Oleh itu, mak aku akan datang amik aku sok huhu :)
Baiklah , sekarang aku tengah dengar satu lagu yang aku rase amat sedih dan meruntum jiwa aku sobs . Ah bukan nak kata aku jiwang atau apa . Persoalannya lagu ini amat sedih okay . Buat saudara amir saya rase lagu yang saya tengah dengar nih lagi jiwang dari lagu yang awak suka tuh kalau tak percaya awak dengar lah hoh ~ lagu nya ialah cinta terakhir by aiman . Sobs :(
Aha lupa pulak , dengar lagu nih mengingatkan aku kepada arwah kawan adik aku mira , arwah Firdaus yang telah pon pergi ke rahmatullah , aku sangat terkejut sebenarnya . Mereka dah kawan lama , aku harap adik aku boleh terima , ini semuanya ketentuan Tuhan , redhai lah pemergian beliau kita hanya mampu doakan semoga rohnya bersemadi dengan tenang .Semua pon turut bersedih dengan pemergiannya termasuk mak sendiri .
Ya Allah aku pulak yang rasa sedih nanges sekarang :'(
Sedihnya wei aih aih apa jer lah kau nih ain ! Oh yea hari nih aku agak gembira sikit tapi sikit jelah sebabnya aku dah hantar asemen aku tadik siang hehe . Oh lega sikit . Kalau tak payah meh tapi aku harus bersedia barangkali aku akan menerima satu tugasan yang baru ! hahaha chaiyokk ! Tadi aku pg feskum lagi (Festival Konvokesyen UM ) haha aku asyik tgok jer baju kurung yang aku nak tuh , tapi hati agak berbelah bahagi , aku bajet nak tggu mak aku datang kononnya kan bleh lah g tgok sesama haha agak-agak mana tau boleh la pau sekali ~
Tapi hari nih tak jadi pulak mkin boleh esok jer meh . Buat zharif juga tahniah kerana berjaya melanjutkan pelajaran yer , Insyaallah saya i mendoakan yang terbaik utk u !
Haa aku ada berita yang agak hebat untuk aku umumkan . Rase-rasenya aku nak berdiet lah haha ! aih tak payah la gelak , kali ini mmg betul aku nak diet lah asyik makan je aku nih kan agak-agak lah ain , kalau cmnih mana tak naik berat kau kan !
Pheww senget betul :P , minggu depan dah nak puasa . Haruslah aku lebih cekal dan tabah dalam menempuhi segalanya . Rasenya boleh lah juga aku trunkan sikit berat badan aku . Haha tapi niat kena betul aku puasa bukan kerana hanya nak kurus atau apa , tapi apa kerana Allah swt ~
Aku ada satu impian yang buat masa ini masih belum tercapai . Nak tau tak apa dia ?
Ehem-ehem . Actually aku teringin nak pakai jubah . seyes , tak tipu . aku mmg teringin nak pakai jubah tapi malu ohh . Rse segan pulak . yelah aku nih cm mana kan biasa jea orangnya bukanlah bgus sgt pon . Tapi rasenya tak salah kalau nak menjadi lebih baik meh .
Insyaallah ain slow slow and step by step :)
Oh yer aku nak menasihati diri sendri pada kali ini .
Segalanya akan ditentukan oleh masa , walau apa jua ain haruslah kau tabah dan kuat untuk menempuhi apa jua dugaan walau susah mana sekali pon dan berat mana pon kau kena juga tempuhinya kan ?
Untuk menjadi yang lebih baik bukan la mudah , betul tak ?
Ingat mudah ker ? takpa slow slow okay .
Okay lah selamat malam semua :D
Posted by .chocolatevanilla. at 8/06/2010 0 comments
Sunday, August 1, 2010
Akhirnya ..
Ahaks . ohh yes Selamat Petang semua . ohh lama sangat-sangat tidak mengupdate blog nih . Perghh agak-agak cm dah bersarang habis kot haha !
Setelah sekian lamanya tidak update blog kan macam-macam lah perkara telah terjadi dari mula MHS sampailah sudah habis MHS sampai juga dah habis MKB . Phew penatnya pon tak habis lagi nih meh huhu . Kalau nak cite pon gila banyak sgt dah tak tahu nak cite cm mana . Oh yer terlupa program HATI kat fakulti pon dah settle jugak haha ! kalau nk cite pengalaman masa jadi PM mmg best gila terbaik lah walaupun untuk mengharungi sebelum jadi PM mmg bnyak gila la cabaran dan dugaan sampai aku rase give up suda . Tapi pengalaman yang manis itu banyak sekali mmg best lah . Sepanjang gerak kerja tak balik umah balik pon kejap-kejap jea kan tapi mmg terbaik lah mcm-mcm perkara yang aku belajar . Kena saman lah apa lah haha prank orang haha best sgt !
Masa nak MHS (Minggu Haluansiswa) haha semua cuak gila aku lagi la cuak cm mana agak-agaknya aku nak menguruskan budak-budak junior nih kan lagi pulak kita org suma pm junior kot suma satu batch ada sorang jea senior tuh pon bukan dari kalangan PM dulu kan . kira aku bangga sbb kami berjaya menempuhinya ohh . Kira alhamdulilah berjaya jugak kami lakukannya meh haha walaupn masa kami MHS kami kena kuaratin sbb H1N1 sekarang kami pulak kena bawak junior kat luar pg fakulti , DTC suma huhu mmg penat habis dengan tak cukup tdo bagai .Tapi best la aku dapat knal PM dri kolej lain suma kan . hahah !
Junior pon okay lah jugak haha , yang tak okay pon ada jugak hoho tapi biasalah kan . Tapi yang paling best tuh buat cheers kat DTC haha mmg havoc sgt la kn sbb masa nih la kau nak buat ngn semngat jerit-jerit suma haha . Agak-agak PM yang hilang kawalan bukannya junior kan hahaha :D
Memang penat tak terhingga la kan aku nih haa . Tido bape jam sehari barangkali mata sememangnya dah mata cm panda sudaa . haha . Nih dah msuk sem baru pon aku masih lagi agak terkapai-kapai sebab busy sgt meh ! haha .
Maka dengan itu aku haruslah bukan mata dan juga berpijak pada bumi yang nyata tambahan lagi aku dah memilih jabatan ataupun majoring aha go LINGUISTIK go !
hahaha . Hari nih penat gila aku tido jer asemen pon tak siap lagi . Penat pon tak hilang lagi kan tuh yang cover semua penatnya hahaha :)
Agak-agak bila la aku nak siapkan asemen aku nih ? huhu
Haa yer aku sem nih duduk flat meh dekat 4th nih huhu bersama 10 orang lagi housemate kesayanganku . Perhh mmg terbaik dari ladang lah kan hahaha ! bersama mengharungi kesusahan demi penghuni 4th yang lain maka kami dah lah yang berkorban . Bersama juga mengharungi ketiadaan air sampai pg clss orang buli aku kata tak mandi cis ! Geram betul . hoho :)
Oh yes aku lapar nih hahaha . Mlas gila nak trun makan nih . Nk balik rumah tapi asik busy jea memanjang cm mana nak baliknya aduiii . Geram betul lah lagi seminggu nak puase dah huhu kejap jea kan masa berlalu huhu . Risau pulak rasenya haha . Alamak sok dengar kata takda air lagi haha perhh mmg seronok kot kena la tadah air kan haha
okay la naty update lagi yer ting tong *
:))
Posted by .chocolatevanilla. at 8/01/2010 0 comments


