CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 31, 2010

Cinta Itu Indah ?

Dalam perhubungan banyak yang perlu dikorbankan . Okay itulah mukadimah aku pada kali ini :) Baiklah entri kali ni aku nak berkongsi pendapat tentang perhubungan . Aku jarang tulis tentang benda nih kan kat blog aku , so kali aku nak trylah menulis pasal relationship . Okay apa yang kita tahu pasal perhubungan , dia ada banyak jenis hubungan antaranya hubungan dengan Pencipta, Ibu Bapa, Keluarga, Kawan-kawan, Kekasih dan masyarakat namun hubungan yang bakal aku sentuh ini ialah hubungan dengan kekasih . HAHA aku bukanlah pakar cinta atau DR cinta yang arif lagi bijaksana pasal benda nih tapi lebih indah dan molek rasanya jikalau kita dapat berkongsi sama-sama tentang pengalaman yang kita ada atau dari pembacaan kita sendiri .


Dulu, kawan aku pernah kata . U want something so u have to sacrifice something too . Betol ke camtuh ? Tapi kadang-kadang aku akui ada kebenaran disebalik kata-kata kawan aku tuh . Sebabnya kita memang tidak boleh TAMAK kan . Ehem yes dalam perhubungan kita memang tidak boleh tamak . Okay kenapa aku kata camnih ? Okay contohnya BF/GF kita sudah tentu mempunyai komitmen terhadap perkara lain jugak , contohnya seperti komitmen terhadap keluarga, pelajaran, tugasan , kawan-kawan dan banyak lagi . Aku fahami naluri perempuan yang inginkan segalanya ditumpahkan kepada dia sahaja . Tapi kita juga kadang-kadang kena fikir rasional dan harus mempunyai timbang rasa terhadap BF/GF kita , maklum la pasangan kita bukannya robot malah dia juga punyai tanggungjawab terhadap perkara lain jugak .Tetapi aku rasa lagi sweet dan comel kalau korang boleh memahami pasangan korang dengan bersikap GIVE AND TAKE , aku rasa mesti pasangan korg lagi bertambah-tambah sayang dekat korang. Dalam hubungan, inilah yang harus kita hadapi realitinya , sapa kata dalam hubungan itu semuanya indah , haha aku dah penah laluinya lah weh , time indah mmg kau pun syok la kan, cuba time kau gaduh haa indah tak indah lah kan baru kau tau tinggi ke rendah langit tuh . Sebabnya dalam hidup nih kita tak boleh nak fikir diri sendri jugak kita kena fikir keadaan orang lain . Okay aku cakap camnih untuk diri aku sendiri jugak . Aku sedar jugak lelaki memang sukar untuk difahami tapi sebenarnya tak susah nak fahami lelaki . Yang penting kita tahu cara dan teknik yang betol untuk memahami lelaki .


Next, cinta bukanlah seperti cerita-cerita FAIRYTALE yang salu kita tengok kat tv atau kita baca kat buku cerita . Aku dulu masa zaman muda remaja salu jer nak tengok cite The Rapunzel, Snow White HAHA , pastu dah besar sikit baca novel-novel pulak . Kalau dah nama novel , tentunya lelaki dalam novel tu umpama nya perfect habis gua cakap . Contohnya, punya kerjaya hebat, baik, beriman ,kacak, tinggi, kaya , dan semua ciri-ciri yang perempuan semua nak lah. Kau ingat zaman moden nih camnih ada ke lelaki yang camtuh ? Whoaaa susah sangat nak cari yang camtuh , maka nya aku pon bila dah besar bila pikiran dah matang sikit aku pon sedarlah diri , takda la pasang niat nak ada BF yang perfect camtuh kan aku sendiri pon tak seberapa kan so berpijak pada bumi yang nyatalah , terima seadanya sudah memadai namun adalah ciri-ciri yang penting dan perlu di ambil kira . Konsepnya bila kau dah bersedia untuk menerima seseorang dalam hidup kau itu bermaksud, kau dah bersedia untuk menerima dia dalam segala hal . Haa dalam hal nih , baru la korang semua akan nampak di mana ada kelemahan dan kekekurangan. Tapi hal ini bukanlah masalah besar , kalau korg pandai nak tolerate dengan pasangan korang segalanya akan berjalan lancar , ini juga akan menunjukkan sejauh mana korang pandai untuk menghandle pasangan korang itu sendiri :)


Okay last aku nak cakap untuk entri kali ni ialah , dalam perhubungan kita kena pandai nak amik hati pasangan masing-masing , yes itu lah dia . Aku pon kena belajar jugak dalam hal ini . Apa yang terjadi dalam keretakan hubungan aku mkin disebabkan adanya ego, tak boleh nak tolerate , tak memahami dan juga faktor2 yang lain kan . Okay forget it . Kalau korang nak hubungan korang kekal , pandai-pandailah amik hati beb, lelaki ni senang je , kalau korang pandai amik hati dia , konpem dia cair punya lah ! Tapi tak yah over sangat beringat-ingat lah jugakkan . Contohnya, katakan BF korang punyai satu hobby yang mmg korang tak amik port langsung haha cam bola, music ke BMX ke , korang pandai2 lah amik hati dia kan, tak suruh pon kau join sekali main BMX ke main bola ke kan , cukup sekadar bila dia ada tournament korang memberikan sokongan padu dan semangat kat dia, aku yakin mesti dia happy habis beb dan bersyukur punya GF yang memahami dan menyokong dia ! Ataupun bila masa dia nak meluangkan masa dengan hobi dia, korang tak yah mara-marah dia sebb dia nak spend masa ngn benda yg dia suka . DIa ada life dia jugak , tapi lelaki tak yah OVER jgak smpai nak melebihkan hobi dari gf korg kan sapa tak angin huk huk . Dulu aku penah jeles sebab benda ni la haha teruk betol kan mmg tak patot aku buat camtuh . Di masa akan datang aku akan berubah menjadi lebih baik wahaha . Takpa kita belajar dari kesilapan lampau ye .


Okay itulah sajalah untuk entri kali ini .Takpa lepas nih aku update lagi okay , lagi panjang lebar akan aku story yea !~

2 comments:

mint heartnet said...

sumpah aku suka gila kau mention pasal tournament BMX tu. nape ek?

.chocolatevanilla. said...

ntah knapa kau suka ? haha .