CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 29, 2010

Apa yang dicari sebenarnya ?

Dengan lafaz bismilahh dan asalamualaikum . Aku memulakan bicara , hoho selamat hari minggu semua ! Okay hari nih aku takda buat apa sangat pon , cam biasalah kan . Basuh baju semua kan haha , tapi hari nih aku rasa tak BEST entahnya kenapa ? Aku sendiri tidak bisa menjawab persoalan itu . Agak lama aku tenung blog aku untuk aku ceritakn apa isi hati aku tapi aku rase ehem perlu ke suma tuh haha cam mengarut jea . Walau banyak yang terlintas dibenak fikiran namun semua nya aku lepaskan ia berlalu pergi cam tuh saja . Aku rasa tak gembira tak tau kenapa ? Mesti semua orng sedang bergembira suma kan tapi aku cm tak jer ,ntah apa yang aku cari aku sendiri tidak pasti ~

Baiklah , penah dengar tak apa yang dicari tak dapat yang dikendong berciciran ? Haaa tetiba aku teringat akan peribahasa itu , okay berdasarkan apa yang aku faham mksd peribahasa tuh apa yang kita kejar tak dapat tapi apa yang kita ada pon berciciran sebabnya kita mengejar sesuatu yang tak pasti dan yang ada tak dijaga rapi maka akhirnya dua-dua pon tak dapat haha . Aku ibarat mengata ..... ehem ! haha abaikan , Aku ini gembira sana sini , hu ha hu ha sana sini tapi betul-betul ke aku gembira sebenarnya ? Tetiba aku rasa cam apa je mengarut ahh semua nih huhu . Keliru barangkli tentang apa yang kita nak kan ?

Kalau nak kata aku ego , fine aku akui sikit mmg lah aku ego dan degil sikit , Tapi bila fikir balik kenapa dulu aku tak ego tak degil ? Back to 5 years ago , baik je aku mendengar kata tapi sebab aku baik mendengar kata aku di pijak pijak sampai aku jadi cam nih sekarang , bukan nak kata aku masih tak dapat lupakn kisah silam atau apa tetapi itulah kenyataan dan sedikit sebanyak mempengaruhi siapa aku sekarang . Tetapi hanya orang yang paham aku jea boleh nak mengawal keegoan aku dan kedegilan dan pastinya beliau lah orang yang boleh menguasai aku , bukan menguasai dari segi apa tapi boleh mngawal aku kelak .

Makanya sekarang aku mengalami sedikit kepayahan dan kesusahan dalam mencari apa yang aku mahukan sebenarnya , Mencari apa kalau dah ada depan mata ? Hoho , susah nya . Rupa-rupanya bukan senang , kau nak cari nak knal nak apa suma la . Dan perangai aku nih pulak dua tiga lain macam haha aduii siapa yang betul-betul nak terima aku seadanya haha dahlah selekeh , selebet, kuat makan ,gemok, banyak songeh , kuat tacing , mengada-ngada , apa lgi ? haha . Apa nak buat ? Tapi Aku rasa aku harus FOKUS lah . Apa yang terjadi semuanya adalah ketentuan ALLAH SWT , aku tak berharap pape pon , tapi kalau ada pihak yang nak salahkan aku , pls keep on blaming me . kalau itu dapat puaskan hati anda , namun saya mintak maaf saya bukan sengaja nak buat begitu .

Haha , aku juga merasakan aku kena bermuhasabah diri , betulkan balik niat kita . Apa yang kita nak semuanya kena betul okay mkin aku boleh bertapa kat gua tapi bukan GOA atau GUWA yer haha . Aku juga belaja kita jangan cakap sesuatu yang kita sendiri tidak boleh menjamin boleh kah kita melaksanakannya naty ? Takut naty apa yang kita cakap itu memakan dri sendiri , cakap dulu pung pang pung pang tup tup lain yang jer yang jadi . apa kes dulu lu cakap lain sekarang wa tgok lain pulak jadinya ? Contohnya , ini hanya contoh semata yang aku petik dalam drama-drama tv , I janji i takda orang lain selain U bla bla bla , tup tup haa dah ada pon org lain . banyak la contoh-contoh lain jugak tapi malas aku nak cakap je sendiri paham la, Makanya aku tak suka kalau orang cakap lain lepas tu jadi lain , jangan cakap sesuatu yang kita tak pasti okay takut naty memakan diri sendiri .

Aku cakap utk diri aku sendri gak kadang-kadang aku nih pon bukannya ingat kan , sebab tu aku tak nak cakap lebih-lebih , kang bila bnda yang aku cakap tuh jadi kat dri aku sendiri haa mahu terkebil2 aku naty beb ~ hew banyak dah aku membebel nih tapi sebenarnya ada banyak lagi tapi naty lah yer aku titipkan pada entri akan datang haha !

Okay selamat berbuka puasa semua , aku nak pegi bermuhasabah diri . banyak yang dah tak betul nih take care !


0 comments: